BAB 7

Romance Series 7998

TUBUH aku sandarkan pada kereta. Kemudian, pandangan aku pakukan pada rumah bersaiz sederhana yang berada dihadapanku sebelum aku alihkan pada beberapa orang pekerja papa yang sibuk menurunkan barang-barang daripada lori. Suara lantang mama dan Cynthia yang masih tidak berpuas hati jelas kedengaran sampai ke luar. Memberontak mahu kembali ke rumah semula.

               "Katty...".

                Kepala aku tolehkan pada Bella yang sedang berjalan menghampiriku sebaik sahaja mendengar suaranya. "Macam mana?". Soal aku tidak sabar.

              "I dah bincang dengan Zayn pasal ni tapi Zayn cakap dia tak boleh buat apa-apa". Jawap Bella dengan wajah keruh.

                Dahi aku kerutkan dengan hairan. "Tapi Zayn dia kan...".

                 "Kalau Zayn tak boleh buat apa-apa tu maknanya orang yang dah rampas rumah you tu lebih berpengaruh daripada Zayn".

                   Tak. Papa cakap Kyle tak setaraf dengan Zayn. Ayah dia cuma kerja sebagai peguam. Jadi macam mana Zayn tak boleh nak buat apa-apa?.

                  "You sure ke nak tinggal dekat rumah ni?. Rumah ni tak adalah besar sangat. You dah biasa tinggal dekat rumah besar sebelum ni. I takut you tak selesa". Kata Bella sambil turut memandang rumah baruku.

                   "Tak apa. Rumah ni tak adalah teruk sangat. Thanks sebab bagi i dengan keluarga i tinggal dekat rumah ni buat sementara waktu. I bukan tak nak tinggal dekat hotel tapi i takut kalau i kena halau sekali lagi. Kalau orang tu boleh halau i daripada rumah i sendiri, itu dekat hotel pun dia boleh halau i".

                  "You tak tahu ke siapa yang dah buat perkara ni?". Bella mengalihkan pandangannya padaku kembali.

                   "Tak. Mungkin musuh papa". Bohong aku.

                  Bella sekadar mengangguk.

                   "Habis sekarang ni you nak buat apa?".

                     "I nak pergi kampus kejap lagi". Kyle dah melampau. "You balik lah dulu jangan risau". Aku mengukir senyuman nipis.

                      "Er..Katty sorry sebab i tampar you kelmarin. I terserempak dengan Kyle dekat luar taman dan dia ternampak you dengan Zayn. I tak tahu nak buat apa dan i tak nak rosakkan plan you. So, i terpaksa buat macam tu. I tak rasa you nak Kyle tahu pasal plan kita". Ujar Bella bersungguh-sungguh.

                   "It's okay. You buat perkara yang betul. Thanks again Bella".

                   Bella menarik nafas lega.

                     "You welcome. Kalau macam tu i pergi dulu lah". Pamit Bella sebelum beredar.

                    Kaki aku atur melangkah ke arah rumah. Pintu dibuka lalu aku berjalan masuk ke dalam. Mama dan Cythia yang duduk di sofa tidak jauh daripada tempat aku berdiri, aku perhatikan.

                   "Ma!. Cynthia tak nak tinggal dekat rumah macam ni?. Kenapa kita kena halau daripada rumah kita sendiri?. Malu lah kalau orang tahu nanti!". Bentak Cynthia lantang.

                 "Mama pun tak nak tinggal dekat sini tapi kita ikut cakap papa". Pujuk mama sambil menggosok kepala Cynthia lembut.

                  "Suruhlah papa buat sesuatu!. Ni mesti ada yang tak puas hati dengan papa. Jangan-jangan papa dah jatuh bangkrap, mama".

                  "Janganlah cakap yang bukan-bukan. Papa tu belum bangkrap lagi".

                  "Habis tu kenapa tak cari rumah lain?. Rumah yang lebih besar daripada ni!".

                  "Cynthia..papa kan dah cakap tadi kita cuma tinggal dekat sini sampai perkara ni selesai lepas tu kita akan balik ke rumah kita semula. Sabar ya sayang. Cynthia kan anak mama. Anak mama kena dengar cakap mama. Semuanya akan okey".

                   Aku menarik nafas panjang. "Katty pun...Katty pun anak mama". Luah aku perlahan.

                     "Caytrina!". Panggil papa yang tiba-tiba muncul di ruang tamu. Tangannya mengamit aku ke arahnya. Membuatkan mama dan Cynthia turut menolehku arahku.

                    Tanpa membantah, aku mendekati mereka bertiga. Punggung aku labuhkan di salah satu kerusi yang masih kosong di situ. "Tunggu apa lagi?. Pergi naik atas!. Dari tadi asyik memekak..menangis!!". Jerkah papa pada mama dan Cynthia.

                  Tersentak mama dan Cynthia dengan jerkahan itu. Cynthia mencerlungkan matanya kepalaku. "Kenapa papa nak asyik nak marah Cynthia dengan mama?. Perempuan jalang tu papa sajung pulak!". Cynthia menunjuk ke arahku.

                   Aku menjulingkan mataku ke atas. Tidak melayan. "Kau tak dengar ke apa yang papa cakap?. Nak aku ulang?". Tanya aku sinis.

                    "Caytrina!!". Tengking mama tiba-tiba.

                     "What?!". Aku memandang mama. "Bising tahu tak?. Mama pun tak dengar ke apa yang papa cakap tadi?".

                  "Anak tak gu...".

                   "Enough!!. Pergi naik atas. Sekarang!!". Ulang papa sekali lagi.

                     Mama terus terdiam dan tanpa membuang masa, Cynthia terus ditarik naik ke atas.

                    "Papa nampak Bella dekat luar tadi. Bukan Cay dengan Bella bergaduh ke?". Tanyanya curiga sambil mengambil tempat di sofa berhadapan denganku.

                    Aku tersenyum nipis.

                     "Cay minta maaf dekat Bella. Cakap yang Cay tak sengaja. Biasalah Bella tu naif. Dia terima maaf Cay dan yakin yang Cay takkan dekati Zayn lagi. Papa pernah dengar kan orang cakap keep your friends close but keep your enemies closer. Tengoklah apa yang Cay dapat. Bella terus menerus tolang Cay...orang yang akan rampas suami dia tak lama lagi".

                      "Bijak. Teruskan apa yang Cay buat". Pujinya membuatkan senyuman aku semakin melebar. Papa..papa..kali ni aku takkan buat apa yang papa suruh.

                  "Dan papa akan pastikan orang yang berani cari pasal dengan papa ni takkan terlepas". Sambungnya nekad.

                    Kepala aku anggukkan. "Kalau tak ada apa-apa Cay nak pergi kampus sekejap". Ujar aku lalu segera bangun daripada kerusi dan berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada papa.

               ??????????????????

Sapaan daripada pelajar-pelajar tidak aku hiraukan sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kampus. Kyle yang sedang membuka pintu lokarnya, pantas aku dekati. Pintu lokar aku tutup dengan kuat. Menyebabkan pandangan Kyle teralih padaku. Namun, belum sempat aku berkata apa-apa, dua orang lelaki bersut hitam tiba-tiba sahaja memegang kedua tanganku. Menarik aku menjauhi Kyle sedikit.

             Kyle tersenyum sinis. Tubuhnya disandarkan pada lokar sambil kedua tangannya disilangkan ke dada. "What's wrong kitten?". Tegurnya tenang.

              Aku berhenti memberontak untuk melepaskan diri apabila Kyle bersuara. "Is it fun?". Tanya aku bengang.

                Melihat Kyle menganggukkan kepalanya, amarah aku semakin membara. "Yes. So much fun. Did you enjoy it?".

                  "Kyle!!". Jerit aku geram.

                   "Relaks kitten. Ini baru permulaan". Balas Kyle sambil menapak menghampiriku.

                   "Kyle, apa yang you buat tu melampau. Tu rumah i. Bukan i sorang aje yang tinggal dekat situ. Family i pun dah sekali!. Give it back".

                   "Should i?". Sindirnya.

                   "Kyle...".

                   "Aku nak kau pergi dari sini. Jauhi Bella dan Zayn. Kalau perlu aku boleh tukarkan kau ke universiti lain dan kalau kau ikut cakap aku, aku akan beri apa yang kau suka. Money". Ujarnya serius lalu mengisyaratkan dua orang lelaki tadi dengan matanya supaya melepaskan aku. "Name your price, Kitten. Aku akan bagi apa sahaja yang kau minta".

                  "I want my house back". Tegas aku tidak mengalah.

                  "Damn it!!". Kyle menumbuk lokar yang berada berdekatannya dengan kuat membuatkan aku tersentak. "Kau memang sengaja nak buat aku marah kan?. Buat ajelah apa yang aku suruh. Itu yang kau nak kan?. Duit!. Tak payahlah berlagak baik. Aku tahu macam mana perangai perempuan macam kau!".

                   "Semuanya tak semudah tu, Kyle". Aku bersuara.

                   "Cakap ajelah yang kau gatal sangat nakkan suami orang!. Kau ingat ada ke orang yang suka kau dekat sini, huh?. Tengoklah sekeliling kau. Siapa yang suka dekat kau?".

                     Pandangan aku liarkan kesekeliling. Memandang beberapa orang pelajar yang saling berbisik-bisik sambil menjeling ke arahku. "Semua orang bertahan dengan kau sebab kau ada Bella. Just give up and go away from here. Tak ada orang yang perlukan kau dekat sini".

                   Aku terkaku.

                    "Kalau kau masih tak nak dengar cakap aku, aku akan hilangkan satu-persatu apa yang kau ada". Ugutnya lalu segera berjalan meninggalkan aku

             ????????????????????

Kelopak mata aku pejamkan buat seketika apabila melihat skrin telefon bimbit. Terduduk aku di atas katil membaca berita yang terpapar. Belum sampai sehari, papa sudah diisytiharkan bangkrap. "Arghh!!. Tak guna!". Jerit aku bengang. Bantal-bantal yang berada di atas katil dicampak ke lantai dengan kasar sebelum aku terduduk di atas lantai. Tak..tak..Kyle tak boleh buat macam ni. Macam mana kalau papa....

            "Eh Katty!". Panggil Cynthia kasar yang tiba-tiba sahaja menceroboh masuk ke dalam bilikku.

              "What?". Soal aku tidak berminat.

               "Kau kena buat sesuatu. Aku tak nak hidup miskin!. Kau tahu tak apa yang terjadi dekat bawah sekarang ni?. Semua kereta papa kena tarik kau tahu tak?!". Arahnya geram.

              "Kau boleh tak jangan tambahkan lagi masalah aku?".

              "Kau kan suka goda lelaki untuk dapatkan duit diorang. Kau buatlah sesuatu. Cari lelaki!". Tepiknya lantang.

                Bibir aku ketap kuat sambil berdiri semula. "Apa kata kalau kau yang buat semua tu?".

                 "Aku tak semurah kau". Kata Cynthia.

                 "Get out!". Tengking aku kuat. Mengejutkan Cynthia. "I said get out!. Kau yang tak nak hidup miskin. Jadi kau yang kena selesaikan masalah kau sendiri!. Kalau perlu jual diri kau sendiri macam yang kau cadangkan tadi. Boleh lah kau jadi semurah aku kan?".

                     "Ni semua bukan pasal aku aje, Katty tapi pasal papa. Kita berdua tahu yang papa tak suka hidup miskin. Kau tahu kan apa yang dia buat bila dia marah. Duit penting untuk dia". Cynthia mengingatkan aku.

                 Kepala aku gelengkan. "Tak. Aku tak tahu. Jadi boleh tak kau keluar. Aku tak nak tengok muka kau dan kalau kau kisah sangat pasal papa kenapa kau tak keluar cari duit?. Dah keluar!". Jawap aku sambil menolak Cynthia keluar daripada bilik. Kemudian, pintu bilik dikunci. Tubuh aku sandarkan pada pintu.

                  Aku benci untuk akui apa yang Cynthia cakap tu betul. Papa perlukan duit. Hanya itu untuk kekal papa untuk terus 'waras'. Aku tak nak papa marah. Perasaan takut tu aku tak nak rasainya lagi.

             ????????????????????
                    

 "Abang jangan!!". Jeritan seseorang mengejutkan aku daripada tidur. Pantas aku turun daripada katil dan berlari turun ke tingkat bawah dengan jantung yang berdetak laju. Pandangan aku terpaku pada papa yang sedang memukul mama dan Cynthia menggunakan tali pinggang yang berada ditangannya.

             Nafas aku seakan tersekat apabila melihat apa yang berlaku di depan mata aku saat ini. Jeritan mama dan Cynthia yang kesakitan kedengaran jelas ditelingaku.   

               "Papa jangan!!. Sakit!".

                "Abang berhenti!".

                "Kau berdua tak habis-habis menyusahkan aku kan?!. Sini aku ajar kau!". Papa melepaskan tali pinggang ditangannya ke lantai lalu mendekati mama. Rambut mama ditarik kuat tanpa belas kasihan membuatkan mama menjerit kesakitan.

              "Abang tolong...sakit...". Rayu mama yang sudah menangis teresak-esak.   

             "Hati aku ni lagi sakit. Kau berdua bukannya nak bagi aku duit tahu nak menyusahkan aku je tiap hari!!. Esok aku nak kaurang berdua keluar cari duit!. Kau faham tak?!!". Rambut mama dilepaskan dengan kasar lalu papa bergerak pula ke arah Cynthia. Wajah Cynthia dipukul beberapa kali tanpa rasa bersalah.

                "Cay rasa dah cukup untuk malam ni". Aku bersuara dengan tiba-tiba. Menghalang mama dan Cynthia daripada terus dipukul. Wajah tidak berperasaan aku tayangkan sambil kaki aku menapak mendekati mereka bertiga. Punggung aku labuhkan pada sofa yang berada di situ. Kaki aku silangkan. Kemudian, sebelah tangan aku tongkatkan pada dagu. Memandang mama dan Cynthia dengan senyuman sinis. "Tolong perlahan suara ya?. Ada orang lain yang perlukan tidur dalam rumah ni".

             Mama dan Cynthia tidak menjawap. Hanya tunduk melihat lantai.

           "Buat apa lagi?. Menganggu betul. Kau bawa mama naik atas. Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku". Arah aku pada Cynthia.

            Tanpa membuang masa, Cynthia segera mendapatkan mama yang berada tidak jauh daripadanya sebelum naik ke atas dengan langkah yang terhuyung-hayang. Pandangan aku alihkan pada papa sebaik sahaja kelibat mereka berdua menghilang.

           "Kita dah buat perjanjian kan?". Aku memandang papa yang berdiri berhampiranku dengan tajam. "Selagi Cay buat apa yang papa suruh, papa takkan dera mama dan Cynthia lagi". Aku menekan suaraku sambil bangun daripada sofa.

             "Mama dengan adik kau tu yang cabar kesabaran aku!".

             "I don't care. Jangan sentuh diorang berdua lagi. Cay dah jual maruah Cay sendiri untuk kepuasan papa. Tak cukup lagi ke?".

               "Memang tak cukup. Aku nak kau buat lebih lagi. Kau tengoklah macam keadaan kita sekarang ni. Miskin!. Aku nak kau dapatkan duit daripada Zayn secepat mungkin!".

                 "Papa ingat senang ke?. Zayn tu bukan macam lelaki bodoh yang pernah Cay tipu sebelum ni. Papa dah bagi masa sebulan kan?. Tunggu ajelah!". Suara aku sudah naik senoktaf.

               "Kau jangan nak tinggikan suara dengan aku, Caytrina!". Bentak papa tidak berpuas hati.

                    Nafas panjang aku tarik. Cuba menahan perasaan. "I'm sorry. Just please...hold on. Cay akan buat sesuatu. Kita takkan hidup miskin. Cay akan kembalikan harta papa yang dah hilang ni. Cuma satu yang Cay minta, tolong...jangan pukul mama dengan Cynthia lagi". Rayu aku bersungguh-sungguh.

                    "Papa pegang janji Cay". Katanya sebelum berlalu meninggalkan aku sendirian.

                    Kolam mata aku mula bergenang. I'm afraid. Sampai bila aku boleh hentikan papa...sampai bila aku boleh bertahan sebelum diri aku sendiri hancur.

    
          ????????????????????

Rambut panjang berwarna hitamku, aku sikap rapi sebelum dibiarkan terurai melepasi pinggang. Dress yang turut berwarna hitam yang dikenakan pada tubuh dibetulkan sedikit sebelum cermin mata hitam yang berada di atas katil dipakai. Langkah aku atur ke arah cermin. Memandang pantulan diriku sendiri. Bibir aku mengukir senyuman lebar. Cantik!.

           

?

                 Bagasi yang berada di tepi diambil lalu tanpa melengahkan masa  pakaian yang sudah aku keluarkan daripada almari, aku masukkan ke dalam bagasi tadi sehingga penuh. Setelah berpuas hati dengan semuanya, aku melangkah keluar daripada bilik sambil mengheret bagasi.

               "Kau nak pergi mana?". Sampuk Cynthia sebaik sahaja aku turun ke tingkat bawah.

                  Aku menoleh. Wajahnya yang lebam aku perhatikan. Aku patut hentikan papa lebih awal semalam. Walaupun Cynthia bencikan aku tapi dia masih satu-satunya adik yang aku ada. Aku berdehem kecil sambil berjalan beriringan dengannya untuk keluar daripada rumah. "Bukan urusan kau tapi kau jangan nak suka sangat. Aku bukannya tak balik rumah ni terus". Balas aku kasar.
                   
                "Aku pun tak nak lah ambil tahu hal kau".

                  Aku mencebik.

                  "Kau nak tumpang aku tak?. Kau bukannya ada kereta nak pergi kampus". Tanya aku saat melihat teksi yang sudah aku pesan berhenti di depan rumah.

                   Cynthia tidak menjawap. Namun, langkahnya diatur ke arah teksi yang aku katakan tadi. Pemandu teksi aku arahkan untuk menyimpan bagasiku di bonet sebelum aku mengambil tempat di tempat duduk belakang tetapi sempat aku menghalau Cynthia untuk duduk bersebelahan dengan pemandu.

                  Sebaik sahaja tiba di hadapan kampus, aku segera keluar daripada teksi. Bagasi yang dikeluarkan oleh pemandu teksi, aku bawa ke sisi. Kemudian, aku menoleh pada Cynthia yang baru sahaja keluar. "Kau bayar. Aku tak ada duit".

                    "Apa?". Tanya Cynthia hairan. "Kau yang...".

                      Aku tidak melayan. Bagasi aku tarik bersamaku masuk ke dalam kampus. Mengundang pandangan pelajar-pelajar yang berada disekeliling. Berkerut dahi mereka semua dengan penampilanku. Siapa yang pakai macam ni masuk kampus kan?.

                  Senyuman terukir dibibirku saat pandanganku terpaku pada orang yang aku cari sedari tadi. Kyle yang sedang berjalan masuk ke sebuah kelas tidak jauh dari situ, aku dekati dan nasib aku baik apabila lelaki-lelaki yang selalu mengikutinya tiada.

                Pintu kelas yang sedang dibukanya, aku tutup semula. Membuatkan Kyle menoleh padaku. "Hai!". Tegur aku ceria.

              Kyle memandangku dengan hairan. "Kau dah hilang akal ke?". Balasnya kasar.

               Tangan aku tepuk dengan kuat dihadapan mukanya sebelum ketawa kecil. "Well..sikitlah. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan suasana baru. By the way, nanti you tolong bawa 'kesayangan' i ni tau". Bagasi yang aku pegang sedari tadi, aku heret kehadapan Kyle.

                "Kau betul-betul dah hilang akal".

                "Belum lagi. I belum cakap tau bahagian penting dia. Cubalah teka!".

               Diam.

               "I nak pindah masuk rumah you mulai hari ni!. Suprise!. Terkejut tak?. You tahulah kan...". Rambut aku libas ke belakang. "I tak selesa tinggal dekat rumah kecil. Bukan taste i. I dah biasa hidup senang. Jadi bila i fikir balik baik i tumpang rumah you. You kaya kan?".

                "Get away from me!". Bentaknya dengan wajah tegang.

                    "Why?". Aku menayang wajah sedih. "You tak setuju ke?. Kalau tak setuju you boleh pulangkan balik apa yang you dah ambil dan berhenti masuk campur urusan i. Baguskan cadangan i?. Tak payahlah susah-susah kita berjumpa macam ni kan?".

                   "Kau...".

                    "Betul apa yang you cakap". Potong aku sambil menapak ke hadapan sedikit. Senyumanku bertukar sinis. "Semua orang bertahan dengan i sebab Bella. Jadi bertahanlah dengan i mulai sekarang. You tak nak Bella sedih kan?".

                     "Kau cuba ugut aku ke, perempuan?. Kau tahu kan apa yang aku boleh buat?". Tangannya mencengkam sebelah lenganku kuat.

                    "Apa lagi yang you boleh buat?. You take everything from me!. Papa i dihalau daripada rumah dan syarikat dia sendiri". Tangannya aku tepis kasar. "I akan tinggal dekat rumah you. Kalau you tak suka i tak paksa, i boleh tinggal dekat rumah Bella. Bella mesti tak sanggup nak tolak permintaan i kan?. Dekat sana ada Zayn. Siapa tahu apa yang i akan buat dengan Zayn kan?". Aku cuba menaikkan amarahnya.

                   Zayn mengetap giginya kuat. Memandang aku dengan wajah yang kemerahan menahan marah. Tubuh aku ditolak ke dinding dengan kuat dalam sekelip mata. "Kau takkan berani".

                  "Ohh Kyle...I can do more than that and tengok..baru aje sebut dah muncul cinderella you". Aku menunjuk ke arah Bella yang sedang berjalan ke arahku bersama Sara dan Eliya.

                    Kyle pantas menjarakkan dirinya daripadaku. "Katty?". Sapa Bella pelik sambil memandang aku dan Kyle silih-berganti.

                   "Hai Bella". Sapa aku kembali.

                     "You nak ke mana pakai macam ni, Katty?. Mama you beli baju baru ya?". Celah Sara pula. Memandang aku dari atas sampai ke bawah.

                    "Mestilah mama i belikan. Siapa lagi". Bohongku seperti biasa. "You all tahu kan tentang apa yang dah terjadi dekat keluarga i. I sedih sangat-sangat tapi nasib baiklah Kyle ni...sudi tumpangkan i dekat rumah dia. Dia takut i tak selesa. Pandai you pilih kawan Bella". Bahu Kyle aku tepuk beberapa kali.

                        "Betul ke?". Soal Bella teruja. "Thank you Kyle sebab tolong Katty. Dia penting untuk i dan perkara dekat taman hari tu cuma salah faham. Tolong jagakan Katty untuk i ya".

                  Kyle tidak menjawap.

                   "Mestilah dia akan jaga i Bella. Kan Kyle?". Pandangan aku alihkan padanya sebelum aku bersuara perlahan. Cukup untuk hanya didengari olehnya. "Sediakan i bilik yang paling mewah tau. Perempuan mata duitan macam i tak suka barang-barang murah".

#NOTEDITED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience