BAB 3

Romance Completed 8015

Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak bersama umi, kami kemudiannya menyiapkan makan malam untuk makan bersama. Hari umi masak ketam masak gulai lemak cili padi. Perghh, memang terliur aku dibuatnya.

“Tadi, perasan tak suara orang azan dah lain?” Soal adikku. Aku yang sedang menjamah makanan menghentikan pergerakan. Aku mengfokuskan apa yang cuba adik aku sampaikan walaupun mataku tetap pada nasi dan buat muka tak kisah.

“Siapa?” Soal umi. Memang biasanya Tok Bilal aka Pak Hussin yang melaungkan azan. Tapi hari ni pulak tukar orang.

“Tu anak jiran baru kita yang baru pindah dua bulan lepas tu, Yaakob. Anak dia baru habis belajar di Darul Quran. Kebetulan tadi Pak Hussin tu sakit, tak dapat datanglah ke surau. Yaakob pulak suruhlah anak dia yang azankan” terang abiku. Jiran baru? Kawasan perumahan aku ni ada jiran baru pindah ke? Aku tak tahu pulak. Soal aku di dalam hati.

“Sedapkan suaranya, bang. Nanti bolehlah lepas ni gantikan Pak Hussin” umi pula memberi pendapat.

“Umi, akak! Dia hensem gila tau. Muka memang pure melayu. Nama dia tak silap orang, Amir. Lepas solat tadi, adalah orang sembang sikit sikit dengan dia. Bahasa dia memang tip top. Sopan santun je. Walaupun orang baru sembang kejap dengan dia tapi orang dah dapat macam macam ilmu dah. Kiranya Abang Amir tu bukannya orang yang jenis cakap lagha” Si Ridhuan ni memang describe habis jiran baru.

“Ye ke?” Tanya umi.

“Ya umi…” jawab adikku. Abi pula hanya mengangguk tanda setuju dengan segala perbicaraan adikku. Aku pelik, wujud lagikah orang yang sebaik macam tu sekali dalam zaman sekarang ni?

“Eh kak, esok kau tak kerja kan?” Tanya adikku selepas habis makan malam. Aku ketika itu sedang menonton televisyen mengalihkan pandangan untuk melihatnya. Tersengih sengih muka adik aku ni. Aku perhatikan mukanya, cuba untuk mentafsirkan isi tersirat di sebalik senyumannya.

“Ahhhh, tak nak. Akak malas!” Laungku. Tak payah cakap pun tak pe. Aku dah tahu dah maksudnya.

“Alaaa… boleh lah kak. Kau duduk rumah pun bukannya buat apa pun. Tahu nak menghabiskan beras je. Lagi elok kau teman aku. Boleh eh kak… Please…” mohon adikku lagi sambil buat muka ala baby face. Keraskan hati kau Asha. Ridhuan ni harap je dah form 5 tapi perangai, muka, segalanyalah mengalah budak lima tahun.

“Please kak… ni nampak ni pipi kau ni dah naik tembam dah” dicucuknya pula pipi aku ni. Aku tepis tangannya. Ah, alasan semata mata. Pipi aku cengkung adalah. Berat aku 45, okey.

“Tak nak” tegasku. Aku baling bantal ke arah mukanya. Padan muka.

“Kau tengok lah nanti apa aku buat kat kau pagi esok. Aku akan pastikan esok kau temankan aku jugak. Titik. Fullstop. Tiada bantahan.” Ceh, pikir aku takutlah dengan ugutan dia tu. Please lah dik oi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience