BAB 4

Romance Completed 8015

“Kak, cepatlah sikit!” Jerit adikku yang sudah beribu batu di hadapanku. Ini sebabnya aku malas nak teman dia. Dia ni kata je nak jogging tapi jogging macam lari pecut. Aku ni dah la agak tak berapa nak laju lari. Memang kena tinggallah jawabnya. Pastu dia menjerit jerit suruh aku cepat. Tak tahu istilah cepat ke apa budak ni? Ikutkan hati memang aku tak ikut.

Tapi pagi tak Ridhuan ni menggunakan kuasa veto abi aku untuk suruh aku pergi jogging. Siap bisik lagi kat aku ‘tak baik tak dengar cakap ibu bapa kita’. Masa tu nak aku tumbuk tumbuk je muka dia. Aku cuba berlari sedaya upaya untuk mengejar adikku di taman itu. Kemudian aku berhenti di bangku renhat. Ahhh, sudah. Aku dah give up. Lantaklah kau dik. Pergilah kau lari sorang sorang. Aku mengelap peluhku dengan tuala. Tudung labuhku aku kibas lembut supaya memperoleh banyak angin.

“Assalamualaikum, Ustazah Aisyah kan?” Sapa seseorang.

“Wa’alaikumsalam. Oh, Asma rupanya. Jogging kat sini juga ke?” Sapaku mesra. Asma merupakan salah seorang pelajarku di surau. Oh ye, aku mengadakan usrah bagi pelajar perempuan setiap hari Ahad pada waktu dhuha. Mentelah hari Ahad merupakan hari yang biasanya ramai pelajar sekolah bercuti, aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang aku tahu. Almaklumlah, bila masuk alam remaja ni di zaman persekolahan ni kan banyak cabarannya. Sekurang kurang aku dapat membantu mereka membuat segala persiapan untuk mengharungi segala cabaran yang akan mendatang.

“Ye ustazah” “Asma, kan kak Asha dah kata pangggil akak ni kak Asha je. Akak ni tak layak lagi nak dipanggil ustazah” penat aku menegurnya. Suka benar dia memanggilku ustazah. Aku bukannya apa. Apabila aku dipanggil ustazah, aku rasa akan wujud jurang antara kami seperti guru dan anak muridnya. Walhal aku sebenarnya mahu menjadikan adik adik usrahku ini seperti seorang sahabat.

“Ala… Asma suka panggil ustazah, ustazah. Tak pe lah eh. Lagi pun, kata kata kan satu doa. Tak salah kan?” Sengihnya. Ada ada sajalah Asma ni.

“Eh ustazah, abang Asma dah panggil kat hujung sana tu. Asma balik dulu ye. Assalamualaikum ustazah Aisyah” tanganku dicapai dan dicium. Kemudian dia berlari mendapatkan abangnya yang sedari tadi hanya memerhati. Setelah aku itu aku membuat keputusan untuk mencari adikku yang telah hilang dari tadi. Mana pulak dia ni. Aku memerhatikan susuk tubuh yang sangat aku kenali itu. Ceh, budak ni. Cakap je nak jogging tapi duk bersembang dengan kawannya. Aku tepuk bahunya.

” ‘Lama’ nya kau jogging. Jom lah akak nak balik” sempat lagi aku memerlinya di hadapan kawannya.

“Perli ke apa? Okeylah weh. Aku nak balik dulu. Jumpa Isnin nanti kat sekolah. Assalamualaikum” pamitnya kepada sahabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience