BAB 5

Romance Completed 8015

Amir melihat adik adiknya menonton tv bersama di ruang tamu. Asyraf dan Asma, walau cuma dua orang adik ini boleh membuatku tergelak besar kerana telatah mereka yang sangat melalut.

“Bang, termenung apa tu?” Sergah Asyraf.

“Tak de apalah. Asma, tadi siapa yang jadi naqibah kat surau?” Soal Amir. “Ustazah Aisyah. Yang kita jumpa waktu pergi jogging hari tu.” Yang itu rupanya…

“Ooo…”

“Kenapa bang?” Soal Asma. Pelik. Tiba tiba abang Amirnya bertanyakan perihal Ustazah Aisyah. Selama ini tak pernah pun.

“Tak delah saja tanya.” Jawab Amir sambil mengeleng kepala. Aisyah namanya. Sudah besar rupanya gadis itu. Gadis yang selama ini dilihatnya secara curi curi di alam persekolahan dulu telah muncul kembali dalam hidupnya. Dia masih ingat lagi dahulu pernah dia mencuri curi dengar suara Aisyah mengaji sambil menangis. Dia sanggup tunggu di dalam surau hinggalah gadis itu selesai mengaji.

Sejak dari itu dia selalu memerhatikan Aisyah dari jauh walau cuma sekejap. Aisyah memang tidak mengenali dirinya. Dia juga tidak mahu menonjolkan dirinya pada Aisyah. Padanya lebih baik memendam daripada menghebohkan. Lagi pun mereka masih bersekolah ketika itu. Biar suatu saat jika Aisyah itu menjadi jodohku, akanku ceritakan segalanya pada dia. Itu pun jika dia memang jodohku. Jika bukan, aku terima ketentuan Illahi seadanya. Aku lantas bangun naik ke bilikku. Ada suatu yang perlu aku lakukan.

“Bang, kenapa dengan Abang Amir tu?” Tanya Asma kepada abang keduanya, Asyraf.

“Ntah, ada problem kot” jawab Asyraf tulus. Dia pun pelik. Jarang sebenarnya melihat abangnya seperti itu. Abang yang dikenali ialah seorang abang yang sentiasa tenang menangani segala masalah yang datang. Datanglah ribut sekali, insyaAllah abangnya mampu menyelesaikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience