BAB 8

Romance Completed 8015

Alhamdulillah aku telah sah menjadi isteri kepada Ahmad Amir bin Hilmi. Menitis air mataku saat lafaz sakinah dilafazkan oleh tuan badan. Macam manalah kehidupan aku selepas ini. Hatiku rasa sangat damai pabila Amir melakukan upacara pembatalan air sembahyang. Air mataku sekali lagi menitis di saat tangannya diletakkan di atas kepala untuk membacakan doa.

“Arrggghh… penatnya…” aku melepaskan keluhan. Aku membaringkan badanku di atas katil. Lega rasanya. Penatnya hari ni… Akad nikahku bermula selepas isyak jadinya memang walimahnya habis lambat. Ni pun nak dekat pukul 12 baru tetamu semua balik. Habis je urusan tadi terus aku naik atas. Laki aku dibiarkan saja. Ala pandai pandailah dia. Aku gagahkan diri nak bangun mandi walaupun rasa macam tulang aku ni nak retak seribu je.

Sebelum kaki kiriku melangkah masuk ke dalam tandas sempat aku membaca doa masuk ke tandas. Lega rasanya dapat membersihkan diri. Wudhuk diambil. Sebelum tidur elok ambil wudhuk dulu biar kita tidur nanti dalam keadaan suci. Aku dengar pintu bilikku dibuka dari dalam. Umi kot masuk. Memang dari kecil umi selalu masuk ke dalam bilikku sebelum tidur. Nanti umi akan titipkan beberapa pesanan sebelum aku melelapkan mata. Kira macam sesi muhasabah diri bersama umi la. Aku keluar dari tandas sambil mengelap rambutku menggunakan tuala. Aku perasan macam ada orang yang duk perhatikan aku. Aku pusing ke belakang ke arah katil.

“Allahu akbar!” Ya Allah ada lelaki sedang terbaring di atas katilku. Segera aku membetulkan tualaku untuk menutup rambutku. Boleh lelaki ni duk tersenyum je pandang aku. Hati aku ni rasa macam dah terbakar je. Sesuka hati dia nak masuk bilik perempuan.

“Siapa kau? Keluar! Aku kata keluar!” Arahku dalam nada yang ditegaskan.

“Aisyah, saya…” tergagap gagap lelaki itu untuk mengeluarkan suara. Lelaki itu menukar posisi baringnya terus duduk. Aku pandang lelaki tak tahu malu itu. Pandai baju smart, tapi sayang tak beradab.

“Apa?!” Sergah. Baik kalau macam ni caranya. Aku buka pintu bilik apabila dia masih tak keluar. Aku bagitahu umi dan abi memang habis dicincang cincangnya lelaki ini. Eh, jap. Macam mana dia tahu nama aku? Terhenti segala pergerakanku. Aku toleh memandangnya. Dia senyum melihatku. Aku toleh kembali ke arah pintu. Muka dia. Muka dia macam aku pernah nampak. Kat mana ya? Baju dia pun macam pernah nampak. Tapi aku tak ingat. Aku dengar suara aku tergelak dari belakang. Aku kembali melihat dia. Oh, ya ! Laki aku !

“He he he…” ketawa aku yang dibuat buat. Macam mana pulak aku boleh lupa suami aku sendiri. Dia juga turut tergelak sama. Cuma yang bezanya. Dia ketawakan diri aku. Tapi aku ketawakan diri aku sendiri. Kemudian aku tepuk dahiku tanda aku sudah mengingati semuanya kembali.

“Dah ingat dah?” Tanyanya. Aku mengangguk kecil. Tersenyum sipu aku memandangnya. Malunya wehh. Dia lekas bangkit.

“Abang nak ambil wudhuk jap. Kita solat sunat sama sama.” Aku mengangguk. Solat sunat ini dilakukan tanda syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya semua berjalan dengan lancar. Sepanjang solat sunat dan pada saat doa dilafazkan, air mataku sekali lagi menitis. Menitis kerana suaranya itu benar benar buat aku teringat kembali kisah dahulu. Dia mengusap kepalaku pabila melihat aku masih lagi menitiskan air mata.

“Abang, Asha nak tanya satu soalan boleh?” Soalku. Soalan yang sudah lama aku pendam.

“Apa dia? Tanya je.” Jawabnya sambil tersenyum. Sungguh, wajahnya benar benar menyejukkan siapa saja yang melihatnya.

“Dulu abang sekolah menengah kat mana?” Tanyaku.

“La, nak tanya tu je ke? Abang ingatkan apa lah tadi. Dulu abang sekolah kat SMKA Seri Indah. Kenapa?” Terdiam aku. Suara yang sama, sekolah yang sama. Kebetulan ataupun tidak.

“Betul ni?” Tanyaku lagi untuk mendapat kepastian. Dia mengangguk perlahan. “Abang pernah laungkan azan masa kat sekolah dulu tak?” Jika soalan ini benar dari pemerhatianku jadi benarlah dialah orangnya.

“Abang tak ingat sangatlah. Tapi tak silap abang, abang pernah azankan sekali je. Sebab dulu abang tak berani sangat” jawabnya sambil ketawa mengenang kisah dahuli. Tapi tidak bagiku. Jadi benarlah dia orangnya.

“Abang tahu tak dah lama Asha tunggu abang ! Dah la masa tu Asha tak tahu nama abang. Kelas mana, tingkatan berapa. Yang Asha ingat suara abang je. Abang tahu tak?” Aku meluahkan segala yang aku pendam selama ini kepadanya. Dia masih dengan muka terkejut. Ahh, lantak lah. Asal aku dapat lepaskan segalanya.

“Asha, kenapa ni? Cuba cerita elok elok,” pintanya. Aku menarik nafas dalam.

“Ada satu hari, Asha sedih sangat. Lepas tu Asha lepaklah dalam surau sekolah sebab Asha ingat nak tenangkan fikiran. Mulanya Asha ingat nak lepak sekejap je so Asha just mengaji jelah. Asha tak sedar yang Asha mengaji dah lama sangat. Masa tu nak masuk waktu zuhur dah pun. Asha pun get readylah nak solat semua. Lepas tu Asha dengar suara bilal azan. Suara tu sedap sangat. Bila Asha dengar hati Asha ni tenang sangat. Sejak daripada tu Asha terus tunggu suara tu lagi. Tapi suara tu tak muncul jugak sampai Asha habis sekolah. Lepas abang pindah sini, Asha dengar suara tu balik. Ridhuan kata suara tu suara abang. Asha rasa macam tak percaya. Bila abang masuk meminang, Asha tak tahu Asha nak terima atau tak. Sebab Asha masih teringat lagi suara yang Asha pernah dengar dulu. Lepas buat solat istikharah, Asha nampak abang. So Asha serahkan segalanya pada Allah. And now Asha rasa lega sangat bila dapat tahu yang abanglah pemilim suara tu.” Ceritaku panjang lebar. Kejap dia mengangguk, kejap dia mengeleng. Fahamkah dia? Aku sendiri tak pasti.

“Asha, abang tak pasti sama ada ini semua kebetulan atau memang takdir Allah nak temukan kita. Sebenarnya masa yang Asha mengaji tu, abang ada kat tempat lelaki. Abang sampai dulu dari Asha. Masa Asha tengah mengaji abang hayati setiap lafaz kalimah yang Asha lontarkan. Memang betul pun abang yang laungkan azan masa tu. Abang nak tenangkan hati Asha sebab masa tu Asha nangis teruk sangat. Takkanlah masa tu abang nak datang pujuk Asha pulak kan. So abang decide untuk laungkan azan. Sejak daripada tu jugak abang selalu perhatikan Asha dari jauh.

Bila pindah sini, abang ternampak Asha. So abang tanyalah Asma betul ke tidak yang tu Aisyah yang abang kenal dulu. Rupanya betul. Abang terus jelah meminang Asha dan Alhamdulillah Asha terima.” Tercenggang aku. Boleh pulak cerita aku dan dia bersambung. Tergelam aku. Kelakar pulak bila fikir balik.

“Tak sangkakan abang sekarang kita jadi husband and wife.” Ujarku.

“Itu menunjukkan bahawa aturan Allah itu indah. Allah itukan sebaik baik perancang, sayang.” Dia mencuit pipiku. Aku dah rasa macam ais berg dalam hati aku ni macam nak cair je.

“Dahlah, kita tidur dulu ye. Abang penat sangat ni.” Dia kemudiannya merebahkan badannya di katil. Aku mengambil telefonku untuk menghantar pesanan pada seseorang. Usai menghantar mesej, aku turut merebahkan badan. Selimut aku tutup hingga ke muka sebagai benteng pertahanan untuk menutup maluku nanti. Telefon miliknya berbunyi. Arrgghh, rasa menyesal pulak hantar. Aku dapat merasakan dia semakin hampir denganku.

“Love you too, sayang. Alahai malunya isteri abang ni.” Dia membisikkan kepadaku. Aku tersenyum sendiri. Teringat kembali mesejku tadi.

– I ? you, abang –

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience