BAB 9

Romance Completed 8015

“Awak… duduklah sini. Temankan abang.” laung Amir dari ruang tamu.Aku yang dari dapur terus mengambil tempat di sebelahnya. Diam tak diam sudah 3 bulan kami menikah. Dan dalam masa 3 bulan itulah kami banyak mengenal satu sama lain. Kami sudah pun berpindah ke rumah baru. Rumah yang terletak tidak berapa jauh dengan tempat kerjanya. Nak berdikari katanya. Tak nak selalu berharap dengan orang tua.

Suamiku meletakkan kepalanya di atas ribaku. Satu yang aku perasan pasal suami aku ni ialah dia suka sangat bermanja. Bukan dengan aku sahaja, dengan umi dia, walid dia kadang kadang dengan umi dan abi aku pun dia nak bermanja. Aku mula mengusap janggutnya yang seciput itu dan bermain main dengan rambutnya. Tiba tiba telefon suamiku berdering. Lekas dia bangun dari pembaringannya. Dia tunjukkan pada ku screen telefonnya. Ooo… Asyraf yang call. Loud speaker ditekan.

“Assalamualaikum abang”

“Wa’alaikumsalam. Haa… nak apa?” Tanya suamiku acuh tak acuh.

“Eh eh abang ni. Orang punya lah semangat nak call abang, macam ni abang layan orangkan. Yelah orang dah kahwinkan. Habis madu sepah dibuang. Dah ada bini, adik dibiarkan merana. Haiih apalah nasib” Asyraf seperti biasa sudah memainkan peranannya sebagai king of drama.

“Yelah apa apa jelah Asyraf…”

“Ni abang, orang nak share satu berita gembira ni”

“Hmm… apa dia?” “Ala… kau ni bang nak dengar ke tak nak?” Aku setia menemani Amir berborak dengan adiknya. Amir dan Asyraf memang mempunyai perangai yang 100 % berbeza. Tetapi perbezaan tulah yang buatkan mereka menjadi rapat.

“Ye. Abang tengah dengar lah ni”

“Guess what? Orang dapat jadi ketua pengawas sekolah ! Hebat tak?”

“Wahh… mabruk Asyraf. Tapi ingat lagi tinggi, lagi banyak jawatan yang kita ada. Makin lagi banyak amanah yang kita pegang. Jawatan ni amanah bukan setakat nak pungut markah ko kurikulum je tau. Kau kena jaga amanah yang cikgu dan kawan kawan berikan pada kau. Jangan sampai dekat akhirat nanti kau kena soal pasal benda ni” panjang lebar nasihat Amir berikan pada adiknya. Aku mengangguk angguk tanda setuju dengan pendapatnya. Tak dinafikan pelajar sekarang rebutkan jawatan hanya untuk mendapat markah lebih dalam ko-kurikulum. Pabila disuruh buat kerja nanti mulalah tarik muka. Tapi bukan majoriti, hanya segelintir sahaja yang mengamalkan sikap sebegitu.

“Aip aip kapten ! Arahan diterima. Eh bang, kak Asha mana. Asma nak cakap dengan dia pulak” pinta Asma. Mana pulak muncul si Asma ni.

“Mana ek kak Asha. Kak Asha… ooo… kak Asha…” laung suamiku. Padahal aku elok je kat sebeleh dia. Tak terkutik pun.

“Aik, bini sendiri pun tak tahu ke kat mana bang?” Soal Asyraf pelik.

“Hah ! Abang tahu, kak Asha ada dalam hati abang la” ya Allah selamba dek je dia cakap. Malunya aku dengan Asma dan Asyraf.

“Muntah hijau orang bang. Sawit sangat la macam tu? Cakap lah betul betul bang” pinta Asma kembali.

“Akak ada kat sini jelah Asma. Hihi… Mabruk alaik ye Asyraf dapat jadi ketua pengawas” aku pula bersuara setelah sekian lama mendengar perbualan dua beradik ni.

“Terima kasih akak sayang. Abang, kak asha, bila nak datang rumah? Rindulah nak jumpa” soal Asma. Aku pandang Amir di sebelah. Soalan begitu aku tak boleh nak jawab, segalanya terserah kepada Amir.

“InsyaAllah minggu depan abang dan kak Asha balik. Minggu ni kami nak lepak dulu rumah ibu abah kak Asha. Nanti pesan kat umi masak sedap sedap tau, Asma”

“InsyaAllah. Okeylah bang, kak Asha. Asma nak buat homework dulu. Bye. Assalamualaikum” Asma dan asyraf bersuara.

“Bye. Wa’alaikumsalam” jawab kami serentak. Amir kemudiannya kembali meletakkan kepalanya di ribaku. Madu tiga lakonan P. Ramlee bersama tiga isteri olok oloknya ditonton bersama.

“Abang…”

“Ye wakk..” matanya masih tertumpu pada siaran filem tersebut.

“Kalau suatu hari Asha bagi keizinan kat abang untuk kahwin lagi satu nanti…”

“Apa sayang cakap macam tu?” Belum sempat aku menghabiskan kata – kata suamiku sudah pun bersuara. Ye, aku tahu hal sebegini merupakan hal yang sangat sensitif. Tapi entahlah. Aku cuma terfikir.

“Shhh… bagi Asha cakap dulu” jariku diletakkan di bibirnya.

“Kalau Asha dapat madu, Asha tak nak abang buat benda yang sama macam Abang Jamil tau. Tak adil dengan isteri sendiri. Kesian tau isteri – isteri dia. Rasa macam diperbodohkan. Kalau abang nak kahwin lagi satu, abang cakap je. InsyaAllah Asha setuju dengan pilihan abang.” Isteri mana yang hendak dimadukan. Tapi pada aku lebih elok aku sendiri mengetahui bahawa dia sudah berkahwin lagi satu daripada dia menipu aku.

“Asha ni cakap macam nak abang betul betul kahwin lagi je. Kenapa? Dah tak sayang abang dah ke? Sampai nak suruh orang lain yang bagi kasih sayang tu pada abang” suaranya seakan menjauh hati.

“Bukan macam tu abang. Asha cuma cakap ‘kalau’ abang nak, Asha boleh izinkan je. Bukan Asha suruh abang kahwin lain. Asha ni InsyaAllah will always love you, abang” Aku menjelaskan hal sebenar.

“Isteri abang yang seorang ni pun abang tak terjaga. Dekat akhirat nanti ntah abang boleh jalan elok ke tak nanti. Ni nak pulak beristeri dua. Lupakan jelah. Abang rasa abang tak mampu lagi” aku tersenyum mendengar penerangannya. Alhamdulillah Allah berikan aku jodoh yang mampu membimbing aku di dunia dan di akhirat nanti. InsyaAllah.

“Abang, nak tanya lagi satu soalan boleh?” Soalku. “Hmm… tanya jelah”

“Abang rasa rasa Asha layak tak masuk syurga” soalku lagi.

“Asha rasa Asha layak tak?” Soalanku dijawab dengan soalan lain.

“Asha rasa macam Asha tak layak. Banyak sangat dosa yang Asha dah buat kat dunia ni”

“Asha, kalau kita buat dosa, kita minta ampun dengan Allah. Kita kena percaya yang Allah akan ampunkan dosa kita sebab Allah itu sifatnya Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Tapi itu bukan maksudnya kita boleh sesuka hati buat dosa. Abang ni pun belum tentu dapat masuk syurga. Tapi selagi kita berusaha untuk mendapat husnul khotimah InsyaAllah, Allah akan bantu kita, Allah akan tunjukkan jalan yang sebenar” Allahu Akhbar. Mahu menitis rasanya air mataku ini. Dikurniakan seorang suami seperti ini merupakan jodoh yang terindah dalam hidupku. Aku memeluk tubuhnya. Ketenangan dapat ku rasai. Amir kemudiannya menglap air mataku yang telah tumpah jua akhirnya. Diciumnya lembut dahiku. Satu yang aku risaukan. Aku takut aku yang akan menarik dia dari masuk ke syurga kerana menanggung dosa dosaku.

“Abang, abang janji dengan Asha. Nanti kita sama sama masuk syurga. Abang jangan tinggalkan Asha tau. Asha takut Asha tak mampu lepas. Asha… Asha takut sangat bang” luahku padanya. Aku genggam erat tangannya. Aku takut aku mungkin aku terlepas daripada genggam ini atau mungkin genggam ini yang akan dilepaskan. Sungguh aku takut.

“Dah sayang. Jangan nangis macam ni. Ye InsyaAllah. Kita usaha sama sama supaya kita dapat masuk syurga ye sayang”

“Alhamdulillah, terima kasih sangat sangat abang” terima kasih ya Allah. Kau berikan aku ‘Amir’ yang dapat membimbingku. Aku berharap perkahwinanku ini akan membuahkan hasil yang dapat memberikan manfaat kepada ummah. Abang, kita jumpa kat syurga Ya

Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Q.S Ali Imran: 102)

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience