BAB 2

Romance Completed 8015

“Assalamaulaikum” laungku sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah.

“Wa’alaikumsalam” jawab umi. Aku lihat sekeliling. Ada umi je dalam rumah. Mesti abi dan adikku, Ridhuan berada di surau. Maklumlah nak dekat maghribkan.

“Macam mana hari? Okey?” Soal umiku.

“Alhamdulillah. Dah okey sikit daripada first day hari tu” jawabku tulus. Baru tiga hari aku memulakan praktikalku di sebuah syarikat. Mula mula masuk tu memang lah macam blur sikit. Tapi Alhamdulillah makin lama makin okey.

“Alhamdulillah kalau macam tu. Dah pergi naik atas. Mandi, siap untuk solat maghrib” suruh umi. Aku mengangguk kemudian terus masuk ke bilikku. Selepas selesai menyegarkan badan, aku ke surau di rumah kami, seperti biasa untuk menunaikan solat jemaah bersama umi. Rumah kami memang rumah teres biasa tetapi kebetulan ada satu bilik kosong. Kemudian abi membuat keputusan untuk jadikan bilik tersebut sebagai surau. Sementara menunggu azan berkumandang, aku membentangkan sejadah untuk aku dan umi. Azan berkumandang menandakan sudah masuknya waktu maghrib. Aku menghayati azan tersebut. Suara itu. Aku masih ingat akan suara yang pernah aku dengari 5 tahun lepas. Suara yang membuatkan aku jatuh cinta pada suara itu walau tidak mengenali orangnya. Sekali lagi air mataku menitis seperti dahulu. Aku rindu akan suara azan itu.

“Asha…” bahuku ditepuk lembut. Aku lap air mataku yang menitis sebelum aku menoleh. Oh, umi rupanya.

“Asha, kenapa ni tiba tiba menangis” soal umi prihatin.

“Eh, tak delah umi” dalihku. Umi tersenyum melihatku.

“Asha, ingat. Sesuatu yang jadi tu pasti ada hikmahnya. Ingat, Allah selalu ada dengan kita. Kalau tak mampu nak luahkan pada umi, mengadu saja pada Allah ye. Jangan tunggu ada sesuatu yang bahagia baru Asha nak senyum tapi belajar. Belajarlah senyum untuk bahagia ” pesan umi lembut. Inilah umi. Walau aku tidak cerita sepatah pun padanya, dia mesti dapat mengagak sesuatu.

“Ye umi. Insya Allah, Asha akan ingat” jawabku.

“Dahlah jom kita solat” ajak umiku. Aku masuk ke dalam saff. Surah An Nas dibaca perlahan untuk mengelak daripada gangguan syaitan ketika solat. Takbir diangkat. Allahu Akhbar…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience