BAB 7

Romance Completed 8015

Aku lantas bangkit pergi ke tandas untuk mengambil wudhu’. 3 per 4 malam waktu mustajab untuk melakukan qiammullail. Aku teringat pesanan adikku petang tadi. Kata katanya benar menusuk qalbu. Mungkin dari luaran dia nampak macam budak tak cukup umur tapi sekali dia berkata kata terus tersentap. Aku melakukan solat taubat sebelum melakukan solat istikharah diikuti pula solat hajat, memohon agar semua urusan berjalan lancar. Nak buat solat istikharah ni bukannya senang. Walaupun cuma 2 rakaat sahaja tapi yang penting hati kita sendiri. Kita tak boleh nak berat sebelah. Bak kata orang kena neutralkan hati balik. Serahkan segala pada Allah. Biar Dia sahaja yang menentukan.

‘Boleh jadi perkara yang kamu suka itu mendatangkan keburukan kepada kamu, boleh jadi juga perkara yang kamu tidak suka itu mendatangkan keburukan kepada kamu’ ayat itu benar benar buat aku jatuh terduduk. InsyaAllah keputusannya…

***

Diam tak diam sudah dua bulan lebih dah aku menjadi tunangan orang. Maksudnya lagi sebulan lebih jugaklah akan bakal menjadi isteri orang. Ikhlaskan hati Asha. Ni jodoh kau. Ini takdir kau. Terima semua ketentuan Allah. Aku kemudian menyambung semula tugasku menyiram pokok bunga. Dari tadi dok termenung je sampai banjir pasu bunga umi aku.

“Akakk! ” oitt terkejut aku. Aku pandang muka Ridhuan atas bawah.

“Terkejut aku. Kau, kalau nak panggil orang tak boleh elok elok ke? Kena menjerit jugak? Macamlah aku ni jauh beribu batu” aku menggosok telinga kananku. Dia menjerit betul betul sebelah telinga aku. Lepas ni kalau aku pekak, aku cari kau dulu, dik.

“Ampun kak. Tadi aku panggil kau elok elok bukannya nak dengar. Termenung je. Aku jerit jelah terus” jelas Ridhuan.

“Ni aku nak keluar dulu jap. Aku dah call dah umi dan abi informkan. Kau duduk rumah baik baik sikit, kak.” sambung Ridhuan lagi. Eh dia ni, aku yang kakak ke, dia yang abang? Suka suki je mengarah aku.

“Kau nak pergi mana petang petang ni? Nak dekat pukul 6 dah. Umi dengan abi dah lah tak de kat rumah. Takkan kau sanggup tinggalkan kakak kau seorang je.” Nampak tak permainan drama aku. Whahhahaha… umi dan abi keluar dari pagi tadi untuk ziarah sahabat mereka yang terlantar di hospital. Jadinya tinggal aku berdua jelah dengan adik aku ni.

“Aku pergi sekejap je, kak. Aku nak pergi ambil buku Akaun aku kat rumah kawan jap. Pastu aku balik lah” terang Ridhuan. Budak SPM katakan. Berkepit je dengan buku.

“Kawan kau yang mana pulak ni?” Kawan si Ridhuan ni ramai. Berpakej siap. Geng main bola, kawan kelas, kawan tuisyen, geng futsal dia lagi. Aku sampai naik muak dah tengok kawan kawan dia. Kalau aku keluar rumah, pastu tiba tiba ada mamat sekolah menengah tegur tu memang tak syak lagi lah tu. Memang tu semua kawan si Ridhuan. Entah macam mana dorang boleh ingat aku pun aku tak tahu. Aku pun tak kenal dorang.

“Asyraf. Alaaa… adik abang Amir” Asyraf mana pulak ni? Amir mana pulak ni?

“Asyraf yang mana? Abang Amir yang mana?” Soalku.

“Berapa banyak Amir yang kau kenal kak?” Ishh, tak terbilang Amir yang aku kenal. Amir kan nama favourite.

“Tunang kau lah, kak. Asyraf tu kan adik Abang Amir” jelas Ridhuan. Krisis apakah? Abang Amir tunang aku maksudnya, Amir yang memang betul betul tunang aku lah kan.

“Ye ke?” Soalku seakan tidak mempercayai kata katanya.

“Betullah, kak. Ahmad Asyraf bin Hilmi. Ahmad Amir bin Hilmi. Hah, kan sama tu” nama bapa tunang aku Hilmi ke?

“Muka dorang pun sama kak. Asyraf tu yang selalu datang rumah pastu lepak depan gate dengan motor dia tu. Takkan kau tak perasan langsung” jelas Ridhuan dengan lebih terperinci. Budak tu ke adik Amir? Patut la lepak sini pun macam tak de hal. Umi, abi pun tak pernah marah. Rupanya dia adik Amir. Tapi masalahnya…

“Kau ingat tak muka Abang Amir?” Soal Ridhuan setelah aku membisu tanpa kata. Dia ni macam tahu je apa dalam otak aku. Secara jujurnya, aku memang tak berapa nak ingat muka Amir. So macam mana aku nak perasan yang muka dorang sama. Masalah betul kau ni Asha.

“Kau ni teruk lah kak. Kalau Abang Amir ni tahu mesti dia kecik hati. Adik dia sendiri pun kau tak tahu. Muka dia pun kau tak ingat. Macam manalah dia boleh terpikat dengan kau kak?” Marahnya selepas aku menggeleng kepala tanda aku tidak mengingati wajah Amir.

“Yelah. Aku baru berapa kali jumpa dia. Takkan terus ingat muka dia” aku datang membela diri. Walaupun sebenarnya aku tahu memang ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Ridhuan tadi.

“Suka hati kau lah kak. Nanti dah kahwin jangan sampai muka suami sendiri tak ingat pulak. Dah lah, aku gerak dulu. Assalamualaikum” pesannya. Ceh, sempat lagi tu dia nak pergi aku.

“Wa’alaikumsalam” jawabku. Aku kemudian masuk ke dalam rumah setelah Ridhuan dari penglihatanku. Aku kembali memikirkan kata kata adikku. Teruk sangat ke aku ni? Entahlah. Cuma aku masih belum terima bahawa dia itu jodoh walaupun hati aku kuat mengatakan dia jodohku. Tiba tiba aku teringat kembali waktu zaman sekolahku. Ya, suara itu. Suara itu yang mengugat aku untuk menerima Amir sebagai bakal suamiku. Itulah orang kata jangan cinta pada yang belum halal. Sekarang, tengok. Inilah jadinya, sukar menerima hakikat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience