BAB 6

Romance Completed 8015

“Asha, tadi ada orang datang meminang. Namanya, Amir anak jiran baru kita tu”…..

Teringat telefon aku bersama umiku tadi. Sebaris ayat itu membuatkan aku terus berfikir panjang ‘Asha, tadi ada orang datang meminang’. Rajinnya lahai orang datang meminang aku. Kali dah masuk kali yang ketiga. Tapi semuanya aku tolak mentah mentah. Yang paling buat aku terkejut, Amir. Dah kenapa pulak dia nak meminang aku? Bukannya aku kenal dia pun.

“Akak!” Sergah Ridhuan dari arah belakang. Dia kemudiannya duduk bersebelahan denganku di buaian yang terdapat di rumah kami. Aku pandang mukanya. Ya Allah, bila agaknya aku boleh kenal dengan orang itu? Dari dulu hingga sekarang hatiku tidak pernah berubah. Setia menanti pada yang belum pasti.

“Hello… Anyone here?” Jemari Ridhuan menari nari di depan mukaku. Aku tersentak. Pastas aku mengalihkan pandangan. Aku mendongak melihat langit ciptaan Allah. Subhanallah. Tenang rasanya hatiku ini.

“Kak, kau okey tak ni?” Tanya adikku dengan nada yang dilembutkan sedikit.

“Hmmm…” balasku seiring dengan anggukan kepala.

“Dah kalau macam ni caranya, nampak sangat kau tak okey kak.” Ceh, kakak aku ni. Nak menipu tak pandai. Tu lah kecik kecik tak nak belajar menipu.

“Mana adalah. Dah lah kau ni pergi masuk dalam. Belajar lagi bagus.” Arahku. Kacau jelah dia ni. Ridhuan ni dah la pandai korek rahsia. Ada je taktik dia. Aku dengan dia memang susah nak menipu. Bukan kata nak menipu je, aku baru nak bagi ayat cover line pun dia dah perasan. Ayat yang menjadi kebanggan dia…

“Kak, aku dengan kau ni lahir dari perut yang sama. Aku dah hidup lama dengan kau. Aku dah tahu sangat selok belok perangai kau ni. Celah gigi jelah kak” haaa… ayat ni lah yang selalu keluar. Bangga sangat.

“Cuba kau cerita apa sebenarnya masalah kau ni?” Tanya Ridhuan. Muka curious habis.

“Tak de mendelah dik weh” balasku ajuk tak ajuk. Suasana petang itu sepi seketika. Ha, dah habis dah ke soal siasat?

“Kau okey ke tak?” Tanyaku pula. Senyap tiba tiba je. Tapi sayang sekali. Soalanku dibiar sepi.

“Aku dah tau dah! Kau mesti terfikir pasal apa yang umi cakap tadi tu kan.” Tebaknya. Terdiam seketika aku. Eh, dia taulah.

“Aku rasa dah tiba masanya kau kena terima pinangan abang Amir tu. Sampai bila kau nak tolak pinangan orang lain.” Aku terdiam mencerna segala apa yang dia ucapkan.

“Ntahlah. Aku rasa belum ready lagi nak terima sesiapa.” Alasan !

“Tapi kak, kali ni dah 3 kali tau orang pinang kau. Abang Amir tu okey apa. Baik, soleh, handsome senang cerita memang perfect lah.” Pujuk Ridhuan. Aku mengeluh sedikit. Hati aku ni rasa macam berbelah bahagi.

“Ye, aku tahu. Tapi bukan tu masalahnya.” Jelasku. Aku teringat kembali zaman dahulu. Suara itu. Walau aku belum kenal pemilik suara itu. Aku tak pasti suara yang aku dengar sewaktu di sekolah tu mungkin suara yang aku dengar di surau. Mungkin mereka orang yang sama. Atau mungkin suara sahaja yang sama tapi bukan orangnya.

“Kau tengah tunggu seseorang ke kak?” Tekanya.

“Malam nanti kau buat istikharah. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan kau. Aku harap kau boleh buat pilihan yang terbaik untuk hidup kau sebab bukan setakat umi dan abi je tapi aku pun nak tengok kakak aku yang aku sayang ni hidup bahagia.” Aku tenung mukanya. Kadang kadang pemikiran adik aku ni lebih matang jika dibandingkan dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience