Chapter 10

Romance Completed 18739

BAB 10

“ Siapa perempuan yang kau dah terlanjur tu Don? Cakap sekarang” Dato Danial dengan nada marah yang dari tadi mendiamkan diri.

“ Maafkan Don Daddy.. Perempuan itu adalah Widad”

Sintia seperti hendak pitam mendengar kata-kata dari Don itu. Terasa gelap keadaan bilik pada waktu itu. Barulah Sintia tahu kenapa Widad sakit dan muntah-muntah akhir-akhir ini. Rupa-rupanya dia telah mengandung.

Sintia dengan sepantas kilat mengambil telefon yang berada ditangan Datin.

“ Hello abg.. saya tahu segalanya adalah ketentuan Tuhan pada saya. Saya redha dan saya terima seadaanya. Abang tak perlulah lari dari semua orang dalam hal sebegini.

Abang datang sahaja di majlis ini dan abang bawa Widad sekali. Abang akad nikah sahaja disini. Saya redha bang. Kami akan tunggu abang disini. Tak perlu abang risau pasal semua, insyaallah Allah akan tunjukkan jalan terbaik buat semua.” Sintia memujuk.

Datin hanya mampu menangis dan memeluk Puan Ros yang terperanjat mendengar kata-kata dari Don dan ditambah pula ayat dari anak perempuan nya itu.

En. Abdullah ayah Sintia yang terduduk hanya mampu menangis dan merasa amat tertipu.

“ Ayah, mama, Mummy, Daddy…kita harus terima Qada dan Qadar dalam semua yang berlaku.

Sintia juga rasa amat terluka namun kita tidak bole menolak takdir Allah. Segalanya telah tertulis. Ayah, mama, Sintia tahu yang apa yang berlaku akan mencalar maruah kita namun kalau Ar boleh terima yang tertulis, kenapa tidak pada Mama dan Ayah. Majlis tetap akan berlangsung kerana sebentar lagi abg Donkandar akan datang bawak Widad, jadi pengantin lelaki dan perempuan tetap ada. Kita harus terima mereka.

Widad anak yatim kematian ayah dari kecil. Jadi dia perlukan kasih sayang semua juga. Please for me.” Sintia merayu dengan air matanya berderai laju.

Dato dan Datin hanya terdiam dan merasa malu dengan apa yang berlaku. En.Abdullah cuba memujuk Puan Zulaika yang tidak terhenti-henti menangis.

“ Mama dan mummy lap la air mata tu..nanti apa kata tetamu. Ar akan salin pakaian sebelum mereka smapai sebentar lagi” Sintia bersuara.

“ Jangan, Ar tak payah ganti pakaian. Majlis bukan berlangsung untuk sepasang pengantin tapi 2” tiba-tiba Danny bersuara.

“ Sintia, Danny dah lama cinta pada Ar namun bila Mummy buat pilihan nak jodohkan Ar dengan Abang, Danny terpaksa undur diri. Danny selalu ikuti perkembangan Ar dari kecil. Walau pun jarak umur kita hanya muda 1 tahun, semua itu hanya angka. Danny harap Ar dapat terima Danny.” Danny melutut dihadapan Sintia.

Semua yang berada di dalam bilik terperanjat dengan pengakuan Dannyri itu. Sintia tertunduk dan hanya mendiamkan diri. Dia berasa serba salah. Sahabatnya Jun juga menaruh harapan pada Dannyri. Sintia juga pernah ada perasaan pada Dannyri namun itu hanya cinta zaman kanak-kanak dan slepas dia tahu sahabat baiknya menaruh hati dia undur diri juga.

Rai yang berada disisi Sintia tahu kegelisahan yang dihadapi oleh Sintia kerana nya.

“ Ar, kau juga pernah kata yang Jodoh pertemuan itu ketentuan tuhan. Jadi aku juga redha yang jodoh aku bukanlah dengan Danny kerana Danny tak pernah pandang pada aku selama ini kerana aku dapat melihat perasaannya pada aku. Hanya aku sahaja yang beriya-iya pun tak ada guna nya. Cinta dan kasih sayang hadir untuk dua insane yang saling memerlukan dan bukan hanya seorang. Percayalah, aku restui pernikahan ini” Jun menyapu air mata yang mengalir di pipi Sintia.

Sintia dan Jun memeluk antara satu sama lain. Akhirnya pernikahan antara Danny dan Sintia dilangsungkan bersama dengan Don dan Widad.

Mempelai disandingkan diatas satu pelamin yang dihiaskan cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience