Chapter 4

Romance Completed 18739

BAB 4

Kelihatan disebuah kedai seorang perempuan sedang berbual-bual dengan seorang staff disebuah kedai. Sintia dan Rai sampai dengan senyuman dimuka. Wanita itu memandang pada arah kedua gadis yang baru sahaja melangkah masuk kedalam kedai berkenaan.

“ Mummy baru sampai ke? “ Sintia bertanya pada wanita dihadapannya sambil bersalaman dan mencium tangan wanita itu.

“ Maaf Datin, Rai lambat bawak Ar kesini. Kami singgah melawat Wani tadi” balas Rai yang juga bersalam pada wanita itu.

“ Eh..tak la Ar. Mummy baru sampai. Mummy borak-borak dengan Miss Lee ni pasal baju Ar. Wani kenapa Rai?” Tanya Datin Sarifah penuh tanda Tanya.

“ Tak ada apa Datin. Dia kerancunan makanan sahaja. Dia kirim salam pada Datin” jawan Rai.

“ Oh.. walaikumsalam. Ar.. baju Ar ada kat sana. Pergi cuba. Nanti kita tengok mana nak ke orter.” Sambil menunjukkan kearah bilik berdekatan pada Sintia.

“ Ok Mummy.. Ar pergi dulu jap ya.” Sambil Sintia menuju ke bilik itu.

Satu persatu baju diperagakan akhirnya segalanya selesai. Datin Sarifah berpuashati, begitu juga Sintia dan Rai.

“ Rai, nnti masa majlis sanding tu, saya dah siapkan baju untuk kamu dan Wani juga. Nanti ajak Wani pergi cuba ya. Saiz kamu dengan Ar ni sama aje jadi tak susah nak tempah. Nanti kamu bawak Wani pergi cuba di Butik adik Datin ya.”

“ Ya Datin. Terima Kasih Datin” Rai tersenyum keseronokan bila mendengar kata Datin Sarifah.

“ Ar, lepas ni kamu nak kemana?” Tanya Datin pada bakal menantunya itu.

“Ar nak cari kasut untuk hantaran dan lepas itu nak pergi minum dengan Rai. Mummy nak ikut sekali?” Sintia bertanya pada bakal mertuanya.

“ Cari kasut? Kasut siapa? “ datin bertanya lagi.

“ kasut Ar.. Abg Don minta Ar carikan sebab kebetulan Ar nak keluar hari ini. “ jawab Sintia perlahan-lahan.

“ Donkandar ni..kita suruh dia, dia suruh pulak tunang dia yang pergi. Donh… “ Datin membebel keluh sendiri.

“ Boleh la Ar. Mummy ikut sekali. Sepatutnya Don pergi dengan Ar ni. Ni dia plak yang tak ada. Biar Mummy gantikan Don ya.”
Datin memujuk Sintia yang senyum memandangnya.

“ Eh..tak pa Mummy. Kalau Mummy ada hal, Ar tak kisah. Ar boleh cari sendiri sahaja.” Sintia menyembunyikan perasaan malunya itu.
“ Tak pa, Mummy pun nak cari barang lain gak. Boleh la kita keluar sekali” jawab Datin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience