Chapter 3

Romance Completed 18739

BAB 3

Pon..pon…kedengaran hon kereta Rai diluar. Sintia bergegas mencapai tangan ibunya sambil mencium tangan dan pipi ibunya itu. Sintia hanya melihat ibunya dengan hati yang senang. Ternyata ibunya masih jelita walau menjangkau usia 50an.
“ Kirim salam Mama pada Widad ya..” Puan Zulaika memesan pada Sintia.

“ Insyaallah mama..bye” Sintia melambai tangan pada ibunya itu.

“ Kita nak pergi mana dulu Ar? “ Tanya Rai yang sedang memandu menyusuri jalan MRR2 itu.

“ Kita pergi singgah jenguk Widad dulu nak? Kalau dia sihat kita boleh ajak dia keluar sekali.” Sintia berkata sambil membelek-belek wajahnya di cermin dihadapannya itu.

“ Ok..aku pon dah lama tak jumpa dia. Hari tu je aku call dia, dan katanya dia tengah kat klinik nak check up. Selepas itu aku call dia tak berapa larat nak layan” getus Rai.

Sambil mendengar radio yang berkumandang didalam kereta Sintia tertanya-tanya sendiri, apakah penyakit sahabatnya itu. Sintia yang telah bersahabat dengan Widad dan Rai selama 15 tahun hanya termenung memikirkan sahabatnya itu.
Kereta memnyusuri jalan hingga sampai kedestinasi nya di Damansara.

Mereka memberhentikan kereta di sebuah condominium di Damansara. Mereka keluar dan menuju ke lif dan menekan ke tingkat 8. Mereka menekan loceng dan seorang gadis yang putih melepak, berambut panjang dengan wajahnya yang tidak bermaya membuka pintu itu. Gadis itu terperanjat dan tersenyum sambil membuka grill pintu yang berkunci.
“ Kenapa dengan kau ni Widad?” Tanya Rai pada sahabatnya itu.

Widad hanya senyum namun kelihatan wajahnya amat tidak bermaya.

“ Tak da apalah. Doktor kata aku kerancunan makanan. Tu yang aku muntah-muntah dan muka aku sakit ni” jawab Widad seperti menyembunyikan sesuatu.

“ Kerancunan?? Serius ker?” Tanya Sintia dengan penuh simpati.

“ Tak lah. Aku ok. Cuma penat sahaja” Jawab Widad lagi.

“ kau larat tak ni? Aku nak ajak kau temankan aku pergi fitting baju pengantin ni. Sambil tu boleh kita lepak-lepak macam dulu.” Sintia mengajak sambil memandag terus ke muka Widad.

“ Tak larat la. Aku penat ni. Lain kali la kita lepak sama-sama ya” Widad menolak dengan harapan sahabatnya itu memahami.

“ Ok la, kami datang nak tengok kau je dan nak ajak kau keluar sekali. Tapi dah kau tak sihat kami faham. Kami pun tak boleh nak lama sebab Datin tunggu kat kedai fitting tu jam 10pagi ni. Kang marah pulak mak mertua kawan kita ni bila kita lambat.” Seloroh Rai sambil melihat jam tangan yang menunjukkan jam pukul 9.15 pagi.

“ Oh ok..nanti kirim salam pada Datin ya.. lama aku tak jumpa dengan dia.” Kata Widad pada sahabatnya.

Widad dan Rai memang rapat dengan Datin Dahlia dan Puan Zulaika kerana persahabatan antara mereka terjalin sekian lama.

“ Insyaallah..mama pun kirim salam pada kau” jawab Sintia pada Widad.

“ Waalaikumsalam.. ingat mama pada Widad eh…hihihi” widad terketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience