Chapter 5

Romance Completed 18739

BAB 5

Kedengaran telefon bimbit Datin berbunyi.

“ Hello Danny.. ya, Mummy kat Kedai Miss Lee ni lagi. After this Mummy nak keluar dengan kak Ar dan kak Rai ni.

Nak cari barang. Mummy tumpang kereta Kak Rai sahaja. Apa sayang.. boleh.. rasanya Mummy ke KLCC je kot if they doesn’t mine going there” Datin bercakap di telefon sambil memandang pada Rai Dan Sintia.

Rai dan Sintia tersenyum dan mengangguk.

“ Ok then, we’ll see you there.” Jawab Datin pada panggilan ditelefonnya.

“ Danny nak follow kita sekali. Mummy datang dengan dia tadi. Tapi dia ada hal, then just drop Mummy kat sini.”

Rai tersenggih suka kerana Rai sebenarnya ada hati pada Danny yang sememangnya setahun muda dengan dia dan Sintia.

Panggilan kakak hanya kerana Sintia akan berkahwin dengan abang Danny, Don.

Danny seorang jejaka hensem yang menjadi kegilaan ramai wanita. Don dan Danny saling tak tumpah. Namun karakter mereka berbeza. Don seorang yang ambil mudah dalam semua pekara dan seorang yang bersosial di masa lapangnya dan Danny seorang yang pendiam namun bertanggungjawab dalam segala hal.

Datin amat berharap perkahwinan antara Don dan Sintia ini akan mengekalkan persahabatannya diantara Puan Ros dan dia. Datin juga berharap Sintia dapat merubahkan karakter Don itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience