Chapter 2

Romance Completed 18739

BAB 2

Sintia bangun dan terus menuju ke biliknya untuk bersiap sambil menyanyi-nyanyi kecil.. Dia berharap ibunya tidak akan Tanya lebih panjang lebar perihal Don tunang dan bakal menjadi suaminya itu.

Puan Zulaika hanya melihat telatah anak daranya yang bakal berumahtangga itu.. Kadang-kadang dia merasa marah dengan perilaku bakal menantunya yang hanya lepas tangan dengan setiap pekara. Hanya meminta Sintia sahaja yang lakukan sendiri.

Mujur besannya, Datin Dahlia yang baik dan amat menyanyangi Sintia, sentiasa menyokong Sintia dalam semua hal. Hingga kan majlis perkahwinan Don dan Sintia pun Datin Dahlia yang akan sponsor semuanya. Segan juga namun bila di rayu oleh Datin yang juga sahabatnya dari kecil, Puan Zulaika terpaksa mengalah.

Don dan Sintia telah mengenali antara satu sama lain dari kecil kerana persahabatan yang terjalin antara kedua keluarga. Atas pilihan Datin untuk meyambung tali persahabatan ini, dia yang memutuskan agar Don dan Sintia disatukan.
Don seorang usahawan muda yang sentiasa komited dengan tugas beliau. Namun, sikap nya yang bersahaja kadang kala merisaukan Datin pada anak terunanya itu. Don juga seorang yang kuat bersosial namun sejak mengikat tali pertunangan antara dirinya dan Sintia dia menghadkan aktivitinya itu.

Datin yang mempunyai 4 orang cahaya mata adalah seorang ibu yang penyayang. Don adalah anak lelaki yang sulung dan Danny yang jarak usia 2 tahun dari Don juga adalah salah seorang pengurus syarikat suaminya Dato’ Kamaruddin. Fahmy dan Lily keduanya masih bersekolah di asrama penuh.

Puan Zulaika pula mempunyai 3 orang anak perempuan. Arniza yang telah berumahtangga dengan jejaka pilihannya 4 tahun lalu, Sintia dan Widad yang masih belajar di university tempatan.

“ Hai mama, tersenyum sendirian Nampak..teringat siapa tu” gurau Sintia yang baru sahaja turun dari biliknya.

Puan Zulaika melihat Sintia yang menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil tersenyum.

“ Tak da apa la” pintas Puan Zulaika.

“ Angah tak sarapan dulu ker? “ Tanya Puan Zulaika pada anaknya yang sedang menjenguk-jenguk diluar jendela.

“ Tak pa mama, Angah makan ngan Rai je. Ingat nak lawat Widad sekali la mama. Rai ada bgtau ari tu Widad tak sihat beberapa hari lepas. Alang-alang nak keluar singgah sekali nak lawat Widad”

Puan Zulaika berkerut dahinya , “ Sakit apa ngah?”

“ Entah la mama, kata Rai dia tak lalu makan. Asyik melepek sahaja dirumah. Kesian pulak angah dengar.” Keluh Sintia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience