Chapter 6

Romance Completed 18739


BAB 6

Kelihatan seorang jejaka yang berkemeja biru yang mengikut badan dan berseluar jeans hitam berjalan kearah 3 orang wanita yang asyik berborak di salah sebuah Restoran terkenal di KLCC.

“ Assalamualaikum” tegur jejaka itu.

Mereka bertiga tersentak dan menyahut salam itu. “ Waalaikumsalam”

“ Maaf sebab Danny terperanjat semua” Danny tersenyum sambil menjeling manja pada mummy. Kelihatan lesung pipitnya yang dalam dalam senyuman diberikan itu.

Rai yang terperanjat sempat senyum dan tertnduk malu.

“ Apa khabar kak Ar? How’s your preparation? Kak Rai makin cantik la..” Danny bertanya sambil menarik kerusi di sebelah Datin Dahlia.

“ Thank’s to mummy, semua nya ok, Alhamdullillah” Sintia menjawab sambil memandang senyum pada Datin. Senyuman Sintia yang manis itu amat menyejukkan hati Datin.

“ Eh…x da la.. Kak Rai same old, same old” pintas Rai malu. Terlihat wajahnya yang cerah itu menjadi merah kerana menahan malu dipuji.

“ Eh..mana ada old nya, muda lagi tu” kedengaran gelak mereka berempat di meja itu.

“ Mummy dah dapat ke barang yang dicari” Danny memandang ibunya itu.

“ Hurmm…belum sayang. Kita pergi cari kasut Kak Ar dulu la. Abg Dontu suruh Kak Ar cari sendiri. Kita temankan dia dulu ya. Lepas tu kita cari barang Mummy” Datin menjawab.

Selepas mereka selesai minum direstoran mereka pun bergerak berjalan-jalan di kawan membeli belah KLCC.
Sintia tahu apa yang dicari. Lantas dia hanya masuk ke sebuah kedai dan memilih kasut yang sesuai. Dia tidak mahu berjalan jauh sangat kerana kasihan pada Datin kepenatan.

Ketika sedang Sintia mencuba kasut yang dipilih, Danny menunjukkan kasut tinggi yang putih yang mempunyai reben dibelakang kasut berkenaan.

“ Kak Ar, kasut tu cantik. Kalau kak Ar pakai bertambah cantik kasut tu. “ kata Danny sambil mengambil kasut itu dan meminta penjual wanita itu mencari saiz Sintia.

Sintia tersenyum sambil berkata” Ya Ker?, Ok la..kalau adik akak yang pilih mesti sama citarasa dengan abang dia kan”
“ Memang banyak citarasa sama pun” seloroh Danny pada Sintia.

Datin yang dari tadi hanya melihat kemesraan antara bakal kakak ipar dan adik ipar itu tersenyum gembira disebelah Rai yang memerhati dengan perasaan cemburu tapi gembira melihat sahabatnya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience