Chapter 1

Romance Completed 18739

Bab 1

“ Angah, bangun..ni si Rai call ni” teriak Puan Zulaika dari bawah.

“ hurmmm….arghhh… Ya Mama..” sahut Sintia manja dari tempat tidurnya sambil menggeliat.

“ Eh.. knapa pulak budak Rai ni tak call aku kat hp aku ni ya?” sambil tangan nya mencapai hp yang terletak di meja kecil di tepi katil.

“ Alamak, ada 10 miss call.. habis la kena bebel ngan dia ni” sambil turun dari katil dan berlari mencapai telefon di ruang tamu.. Puan Zulaika hanya memerhati dengan senyum sinis melihat gelagat anak daranya itu.

“ Hello..” perlahan sahaja suara Sintia berkata kerana dia tahu pasti akan di marahi oleh sahabat baiknya.

“ Hah perempuan..kau baru bangun ya? Aku call tak berangkat? Kata nak pergi fitting baju? Pukul berapa dah ni” kedengaran Raie membebel tak berhenti..

“ Hehehe…aku tertidur la beb.. malam tadi aku kena siapkan kerja sebelum aku cuti panjang ni.” Jawab Sintia ringkas.

“ Aku tak kisah..bukan aku yang nak kahwin.. kau tu.. dah cepat pergi mandi..aku datang jemput kau dalam setengah jam.”

Kedengaran si Raie masih membebel namun dengan nada perlahan.

“ Ok..tunggu ya..tapi bagi la aku 1 jam..setengah jam tak dan aku nak bersolek” balas Sintia.

“ Ok..ok..1 jam eh…dah siap cepat” Raie menegur sahabatnya yang bakal berumahtangga tidak lama lagi.

Sintia tersenyum sambil meletak ganggangan telefon dan terus mendapatkan ibu nya yang sedang sibuk membaca buku majalahnya itu.

“ Mama, Angah keluar dengan Danny ya..Angah nak pergi fitting baju dengan dia” sambil tangan gadis itu memeluk erat dari belakang ibunya itu.

“ Hurmm…ok sayang.. tapi jangan balik lewat sangat. Darah manis ni tak elok keluar sampai lewat malam.” Tegur Puan Zulaika.

“ Ya mama.. Angah jumpa Danny je…angah pergi fitting baju lps tu nak cari benda sikit untuk hantaran.”

“ Benda apa lagi Ngah.. kan semua dah diuruskan oleh Datin.” Puan Zulaika memandang penuh tanda Tanya pada Sintia yang sambil membelek majalah yag diambil ditangan nya tadi.

“ Hurmm…. Malam tadi Is minta Angah belikan kasut Angah utk hantaran sebab dia tak sempat nak beli.. Jadi ingat nak pergi cari la sekali.. “ senyum Sintia pada ibunya itu.

“ Kenapa Don tak pergi dengan Angah sahaja? Kenapa dia suruh angah pergi beli sendiri?” keluh Puan Zulaika.

“ Angah minta izin pada dia nak keluar fitting baju dengan Rai hari ni, tu yang dia minta pergi beli sekali. Katanya kalau dia sempat dia akan follow kemudian” Jawab Sintia. Dia tahu ibu nya tidak suka cara Iskandar yang sekadar lepas tangan semua hal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience