Chapter 9

Romance Completed 18739

Bab 9

Keadaan sekeliling amat riuh rendah sekali. Ramai hadirin yang hadir untuk melihat mempelai diijab Kabul sebentar lagi.
Kelihatan seorang gadis yang cantik di hias sedang duduk bersalaman dengan hadirin yang datang ingin melihat dengan jelas pengantin baru itu.

Dengan baju kebaya moden terkini yang berwarna merah jambu lembut, memakai tudung dan vail muslimah dikepala.. memperlihatkan kejelitaan si pengantin perempuan.

Sempat dia menjenguk ke luar kelibat ayah dan bonda nya sedang melayan saudara yang jauh dan dekat di pintu hadapan. Datin dan Dato juga sibuk melayan tetamu mereka. Rai yang sentiasa berada disisi nya sesekali menjenguk ke luar menanti sahabatnya yang seorang lagi belum juga sampai.

“ Aduh..mana pula si Widad ni. Aku call tak angkat-angkat” Rai membebel seorang diri.

Sintia yang sedang leka terdengar bkeluhan itu. “ Tak apa..mungkinkejap lagi dia sampai la tu. Kan dia dah janji nak datang” jawab Sintia dengan penuh harapan.

Masa bergerak namun kelibat pengantin lelaki tidak juga Nampak. Hati Sintia sudah mula tidak merasa senang. Teringat kali terakhir dia berjumpa dengan tunang nya itu beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya itu.

“ Ar, Don sayang Ar. Tapi kalau apa-apa yang berlaku…Segalanya adalah ketentuan darinya. Jadi kita kena redha dan menerima.” Don berkata-kata sambil memegang erat tangan tunangnya itu.

“ Kenapa Don cakap begitu? Don sakit ke?” Sintia seperti tidak sedap hati namun dikuat kan hatinya.

“ Tak da la sayang. Don hanya mengingatkan sahaja” Don hanya tersenyum dengan penuh makna.

Datin tiba-tiba masuk kebilik pengantin sambil memegang telefon dan bertanya pada Sintia.

“ Ar, Don ada call tak? Dia ada kata dia smpai pukul berapa?”

“ Tak Pula Mummy. Kenapa Mummy?” Sintia dapat melihat kegelisahan diwajah Datin.

“ Mummy risau ni. Dannyri dah sampai. Katanya Don akan susur kemudian dengan Joe kawan dia.” Datin mula berasa gelisah. “ Mummy dah cuba call dia tapi dia tak angkat call.” Datin berkata-kata lagi.
Datin mula tidak sedap hati, lantas dia meminta Rai untuk memanggil Dato dan Puan Ros dan suami.
Rai akur dan mula mencari mereka, dan meminta mereka ke bilik pengantin. Dannyri yang berada disebelah Dato juga mengikut dari belakang.
Mereka melihat Datin sedang cuba bercakap dengan seseorang.

“ Don, kenapa ni nak.. Anak kat mana? Semua dah tunggu ni.” Datin memujuk.

Sintia yang cuba menyembunyikan rasa gelisah itu akhirnya tewas pada kata-kata Datin dihadapannya. Dannyri yang berada disana segera mencapai telefon dan membuka pembesar suara telefon ibunya. Tatkala itulah terdengar suara Don di telefon itu.
“ Mummy, Don minta maaf sangat pada Mummy, Daddy, Ayah dan Mama dan juga pada Sintia. Sebenarnya, Don tak boleh berkahwin dengan Sintia mummy, Don sayang Sintia sangat tapi Don dah terlanjur Mummy.

Don baru dapat tahu yang Don akan jadi seorang ayah Mummy.”

Semua tersentak termasuk Sintia yang dar tadi hanya menangis terkenang kan hal ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience