BAB2 [ATASI DIRI SENDIRI]

Crime Series 3336

"Hamzi, kumpulan kau dah cukup ahli ke belum? " Tanya Amir sebaik sahaja tamat waktu persekolahan. "Hah, kumpulan? Kumpulan apa? " Jawab Hamzi, kebingungan. "Ish kau ni, kan Cikgu Nurlida suruh buat kajian tu dalam kumpulan. Tak ingat la tu. " Jawab Amir. Hamzi hanya mampu tersenyum sambil berkata bahawa ahli kumpulan telah cukup. Amir bingung kerana dia masih tidak mempunyai ahli kumpulan. "Kumpulan siapa lagi yang tak cukup ahli? " Hati Amir mengeluh memikirkan masalahnya itu.

Keesokannya , Amir pergi ke bilik guru untuk berjumpa Cikgu Nurlida.
"Erm, cikgu. Boleh tak kalau saya buat kajian yang cikgu suruh tu sendiri? " Amir bertanya kepada guru Geografinya itu. "Nak buat sendiri? kenapa pula? Bukan ke saya suruh kamu buat secara berkumpulan? " Tanya Cikgu Nurlida Panjang lebar. " Memang cikgu suruh buat secara berkumpulan. Tapi saya tetap boleh siapkan kerja cikgu tu sendiri ."

"Takde -takde. Walaupun kamu rasa boleh buat sendiri, saya tetap nak kamu berkumpulan. Dah, pergi masuk kelas. " Balas Cikgu Nurlida. Amir dengan perasaan yang sedikit hiba keluar daripada bilik guru dan menuju ke kelasnya. Amir gelisah kerana dia masih tidak berkumpulan. Amir masuk ke kelas dan duduk di mejanya bersebelahan dengan Hamzi. Melihat keadaan Amir yang serabut, Hamzi bertanya "Kau ni kenapa, Mir? Monyok semacam je. Gaduh ngan awek eh.? "kata Hamzi cuba untuk bergurau. "Ish kau ni, mana ada la. Aku takde kumpulan lagi ni .." Jawab Amir. " Apa susah, aku dengar kumpulan Sara tak cukup ahli lagi. Baik kau join sebelum orang lain join. " Balas Hamzi.

"Kau gila ke apa? Kumpulan dia tu semua pompuan. Takkan aku sorang je laki? " Amir meninggikan sedikit suaranya. "Lagipun kau tahu aku ni macam mana kan? " Sambung Amir.

"Aku tahu... Kau tu tak suka ramai orang rapat dengan kau, bagi kau, ada sorang kawan yang setia, sanggup jadi penyokong kau pun, dah cukup bagus dah. "Jawab Hamzi.

Semasa waktu rehat, Amir memberanikan dirinya untuk pergi ke tempat duduk Sara. Ketika itu Sara sedang asyik berbual dengan rakan karibnya , Siti. "Sara, aku dengar kumpulan kau tak cukup ahli lagi, betul ke? " Tanya Amir, berani. "Ha'a, kumpulan kitaorang tak cukup sorang lagi ahli, kenapa tanya? " Jawab Sara. "Baguslah... ma.. macam ni, kalau aku join kumpulan kau boleh tak" Tanya Amir lagi.

"Apa? Kau nak join kumpulan kitaorang? Biar betul. " Siti mencelah.

"Boleh je, Mir." Jawab Sara serta-merta. Sara sebenarnya telah lama menyimpan perasaannya terhadap Amir. Cuma tidak diluahkannya sahaja.

"Esok cuti, jadi kitaorang bercadang nak pergi tempat kajian kitaorang esok. Tapi sebelum pergi kita akan berkumpul kat depan pagar sekolah. Macam mana? Kau boleh ikut tak? " Tanya Siti kepada Amir.

"Esok? Tengok lah macam mana. " Jawab Amir, ringkas.

Waktu persekolahan tamat. Amir mengayuh basikalnya pulang ke rumah. Alhamdulillah, hari ini dia tidak dibuli oleh Zikri dan rakan-rakannya. Dapatlah Amir pulang awal ke rumah. "Assalamualaikum! " Amir memberi salam tetapi tiada sesiapa yang menjawab. Amir sudah masak dengan perkara begitu dan terus melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Ibunya yang sedang menonton televisyen sambil berbaring di sofa merah langsung tidak menghiraukan Amir yang baru sahaja pulang dari sekolah. Amir berhenti seketika sambil berbisik "Nak kata sekarang ke nak kata masa makan nanti? Kalau aku kata sekarang sah-sah kena bebel. Malam karang lah aku kata, ada ayah. Selamat sikit. " Amir kemudiannya meneruskan langkahnya ke bilik. Selesai mandi, seperti biasa Amir melakukan kerja hariannya. Semasa sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki, Amir terdengar suara orang memberi salam.

Tanpa berlengah, Amir meninggalkan kerjanya dan bergegas ke pintu depan rumah. Mek Nab, ibu tirinya sudah tiada di sofa merah yang dilihatnya sebentar tadi, entah ke mana dia pergi, Amir pun tak tahu. "Wa'alaikumussalam, eh, abang dah balik. " Jawab Amir. "Siapa abang kau? Hah, mak aku mana? " Balas Nizam. "Ada, sekejap. " Amir bergegas ke bilik ibunya untuk memanggilnya. Pintu bilik diketuk. "Masuk! " Jerit Mek Nab. "Mm... mak, abang Nizam dah balik. " Amir memberitahu ibunya. Mek Nab bergegas ke pintu depan rumahnya. Amir ditolaknya ke tepi. "Nizaaam!! Anak mak dah balik!! Macam mana kem ? seronok? " Kata Mek Nab sambil memeluk anak bongsunya yang baru sahaja pulang daripada kem bina semangat . " Seronoklah mak! Mak, laparlah. " Jawab Nizam. "Kau dengar apa anak aku kata kan? Pergi buat makanan cepat! " Kata Mek Nab kepada Amir Dengan pandangan yang tajam. Nizam pelajar tingkatan empat manakala Amir pelajar tingkatan tiga yang bakal menjalani PT3 tak lama lagi dan Amira pelajar tingkatan lima. Amir bergegas ke dapur untuk menyiapkan makanan. Beginilah hidup Amir, selalu dilayan sebagai hamba sahaya. Dia tidak ingin melawan cakap ibu tirinya itu kerana baginya itu adalah menderhaka.

"Ayah, pagi esok boleh tak kalau Amir nak pergi sekolah, cikgu ada bagi kerja berkumpulan. Nak kena kaji pasal bentuk muka bumi kat sawah padi Pak Ayob. " Amir memberitahu ayahnya. "Pergilah. " Jawab ayah Amir, ringkas. Mek Nab hanya menjeling tingkah laku Amir. Pagi itu, selesai menyiapkan sarapan, Amir terus meluru ke arah basikal tuanya dan pergi ke sekolah. Dia sedar bahawa dia telah lambat. "Ha, tu Amir! " Kata Siti sambil menundingkan jarinya ke arah Amir. "Sampai pun kau, ingatkan dah tak datang dah. " Perli salah seorang daripada ahli kumpulannya. "Maaflah, tadi aku ada hal sikit. " Amir berkata dengan rasa bersalah. "Dah la tu, kita dah lambat ni, jom pergi! " Sara mencelah cuba menenangkan keadaan. Masa yang diambil adalah selama 30minit untuk tiba di sawah padi. Setibanya mereka berlima di sawah padi, mereka terus menjalankan kajian mereka tanpa berlengah.

Mereka semua berada disana lebih kurang selama 1 jam. "Korang, kita sambung esoklah. Matahari dah duduk atas kepala dah ni. " Kata salah seorang ahli mereka. "Eh, ha'a la... jom la balik. " Balas Siti. "Nanti-nantilah, kita berehat dulu bawah pokok besar tu. " Kata Amir kepada ahli kumpulannya. Mereka semua menurut kata Amir dan menuju ke arah pokok besar di tepi sawah. Pemandangan sawah padi yang dilihat mereka menghilangkan rasa letih yang dirasai mereka. "Amir, kenapa kau nak sertai kumpulan kitaorang, aku rasa kumpulan Akmal pun tak cukup orang lagi" Tanya Siti, ingin tahu. Sara juga menanti-nantikan jawapan yang akan dilontarkan daripada mulut Amir. "Ala... kau tahu-tahu jelah. Kalau aku sertai kumpulan dia, sah-sah bukan diorang yang buat kerja, tapi aku sorang je. " Jawab Amir. "Lagipun aku memang selalu jadi mangsa diorang tu. Kalau boleh, aku nak je belasah diorang, tapi apakan daya, aku tak kuat macam diorang. " Tambah Amir. Sara hanya mendengar apa yang keluar daripada mulut Amir. "Tu la, Aku rasa kau ni lurus bendul sangat la. Apa yang orang sekeliling kau nak, semua kau buat. Kadang-kadang jadi terlampau baik pun tak boleh jugak ,Mir. "Kata salah seorang ahli kumpulannya. "Nak buat macam mana lagi, macam-macam dah aku cuba, tapi semua tak menjadi. "Balas Amir. "Sara, macam mana kau boleh selalu dapat nombor satu dalam kelas hah? " Tanya Amir, cuba untuk mengubah topik perbualan.

Mahir yang sedang melalui kawasan Amir dan ahli kumpulannya berehat melihat tingkah laku Amir dan yang lain-lain. Kemesraan mereka berbual-bual jelas dilihat Mahir. "Ni berita baik ni! " Bisik Mahir di dalam hatinya. Mahir bergegas menuju ke rumah Zafri untuk memberitahunya perkara yang dilihatnya sebentar tadi. "Assalamualaikum! Zafri! Zafri! " Sahut Mahir. "Ada apa kau panggil aku ni? "Zafri datang menghampiri Mahir dari belakang. Ketika itu, Zafri berada di belakang rumahnya, membuat aktivitinya secara tersembunyi, iaitu merokok. Puting rokok yang dihisapnya jelas kelihatan di tangan kanannya.

"Wuish, berani betul kau hisap rokok kat rumah sendiri! "Kata Mahir. Zafri cepat-cepat menutup mulut Mahir.

"Diam sikit boleh tak?! Mak aku dengar nanti kang! "Balas Zafri.

"Ish! Dah! Aku datang ni ada berita gempar nak bagitau kau. Dengar ni, tadi aku nampak Amir bukan main lagi berborak dengan pujaan hati kau, si Sara tu! "Kata Mahir dengan nada yang teruja. Zafri memang suka pada Sara. Dia mempunyai cita-cita untuk jadikan Sara sebagai isterinya apabila besar nanti.

"Apa! Dekat mana kau nampak dia?!" Tanya Zafri, geram.

"Dekat pokok besar kat sawah Pak Ayob. Jom! Kita kerjakan dia. "Ajak Mahir.

"Tak payah! Aku ada idea yang lagi baik. " Kata Zafri kepada Mahir sambil tersenyum.

*MEROKOK ADALAH SUATU PERBUATAN YANG HARAM HUKUMNYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN KETAGIHAN. SAMA SEPERTI MINUM ARAK. JADI, HINDARILAH DIRI KITA DARIPADA AKTIVITI SEPERTI INI.

[NANTIKAN SAMBUNGAN]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience