BAB8 [PENAMAT].

Crime Series 3336

"Saya dapat aduan yang kamu berdua bergaduh semalam dalam kelas, betul ke? "Tanya Cikgu Musa di dalam biliknya. "Ya cikgu, Amir bangun daripada tempat duduknya dan tumbuk muka saya... ni buktinya cikgu. "Zafri serta-merta bercerita tentang perkara yang berlaku, biarpun tidak betul. Amir memandang Zafri dengan muka yang terkejut. "Tak betul cikgu! "Amir masuk campur. "Bukan tu yang terjadi sebenarnya. "Kata Amir. "Habis tu apa sebenarnya yang terjadi? "Tanya Cikgu Musa. "Masa tu saya tengah berbual dengan rakan saya, lepas tu Zafri datang suruh saya ikut dia.. pergi mana pun saya tak tahu. Saya katalah saya tak nak tapi dia suruh jugak.. saya pun tumbuk dia... "Kata Amir dengan suaranya yang semakin perlahan. "Jadi betullah kamu yang pukul dia? "Tanya Cikgu Musa. Amir terdiam. "Kamu pukul dia dulu? "Tanya Cikgu Musa lagi. "Betul tu, cikgu. "Zafri menyampuk. "Tapi cikgu, sebelum ni dia selalu buli saya... kes haritu pun memang betul kitaorang bergaduh, Akmal dan Mahir pin ada sekali! "Amir mengungkit peristiwanya dipukul Zafri dan rakannya di belakang sekolah. "Betul ke Zafri? "Tanya Cikgu Musa, inginkan kepastian. "Takde lah cikgu... masa tu dia pukul saya dulu sebab dia ingatkan saya yang laporkan kat cikgu! "Zafri cuba memutar belitkan kenyataan. "Kamu pergi panggil Akmal dan Mahir sekarang. "Suruh cikgu Musa kepada Zafri. "Tapi kamu jangan lari pula.. datang balik sini. "Sambung Cikgu Musa.

"Assalamualaikum.. "Zafri memberi salam tanda hormat kerana ada guru yang mengajar. "Ada apa Zafri? "Kata Cikgu Nurlida, guru yang berada di dalam kelas. "Erm.. Cikgu Musa nak jumpa dengan Akmal dan Mahir kat bilik dia. "Kata Zafri. "Akmal, Mahir, pergi sekarang... jangan buat cikgu tertunggu-tunggu. "Kata Cikgu Nurlida. Akmal dan Mahir bangun daripada tempat duduknya dan keluar daripada kelas. Mereka bertiga kemudiannya pergi ke bilik Cikgu Musa. "Zafri, kamu nak pergi mana pula? "Tanya Cikgu Nurlida. Zafri memberhentikan langkahnya. "Saya pun Cikgu Musa suruh pergi sekali. "Jawab Zafri. "Amir mana? "Tanya Cikgu Nurlida lagi. "Amir ada kat bilik Cikgu Musa. "Kata Zafri. "Kenapa Cikgu Musa nak jumpa dengan kamu berempat? "Cikgu Nurlida menanyakan soalan yang bertubi-tubi. "Cikgu, tadi cikgu kata jangan buat cikgu tertunggu-tunggu. "Zafri tidak menjawab pertanyaan Cikgu Nurlida menunjukkan tanda serabut dengan soalan yang bertubi-tubi. Mereka bertiga kemudiannya bergerak ke bilik disiplin, iaitu bilik Cikgu Musa. "Kau berani kata benda bukan-bukan pasal aku nahas kau. "Ugut Zafri kepada Mahir sambil menuju ke bilik disiplin. Pintu bilik Cikgu Musa diketuk. Zafri dan yang lain masuk. "Aa.. kamu dah sampai...? Mahir, betul ke Amir yang pukul Zafri dulu masa kejadian yang lepas? "Tanya Cikgu Musa sebaik mereka masuk ke dalam biliknya. "Eh, takdelah cikgu, Zafri yang pukul Amir dulu... Amir langsung tak balas apa-apa kat dia. "Jawab Mahir, cuba mempertahankan Amir. "Habis tu, kes semalam.. siapa mulakan dulu? "Tanya Cikgu Musa lagi. "Yang tu.... "Mahir melihat ke arah Amir. Amir mengangguk perlahan. Mahir faham dengan pergerakan kepala Amir. "Yang tu Amir mulakan dulu... Tapi semua tu sebab dia nak mempertahankan dirinya.... Zafri selalu buli Amir.. Kalau cikgu tak percaya, cikgu boleh tanya Hamzi. "Kata Mahir panjang lebar. "Betul ke semua ni, Akmal? "Tanya Cikgu Musa kepada Akmal pula. Akmal terdiam, tidak tahu apa yang harus diucap. "Huh... dahla.. kamu semua masuk kelas dulu... lain kali saya akan panggil balik kamu berempat. "Keluh Cikgu Musa. Mereka berempat kemudiannya menuju ke kelas.

"Amir, kenapa cikgu panggil kau tadi...? sampai Mahir pun kena ikut sekali.. "Tanya Hamzi selepas Cikgu Nurlida keluar daripada kelas. "Takde apalah... "Amir menjawab ringkas. "Ish kau ni, suka sangat berahsia dengan aku. " Hamzi buat-buat mengajuk. "Oh, cakap pasal rahsia, nanti habis sekolah kau nak ikut aku tak? "Tanya Amir. "Pergi mana? "Hamzi membalas. "Kalau kau nak tahu.. lepas ni ikut aku. "Kata Amir. "Korang nak pergi mana...? Aku ikut boleh?"Mahir menyampuk. Amir berfikir. "Mmm..... bolehlah.. lagipun kau pun dah jadi kawan aku sekarang. " Jawab Amir setelah seketika berfikir. Tamat waktu persekolahan. Amir, Hamzi dan Mahir mengemas beg galasnya dengan segera kerana mereka telah berjanji untuk mengikuti Amir ke sebuah tempat. Mereka bertiga keluar daripada kelas dan menuju ke destinasi mereka. "Kita nak pergi mana Mir? "Tanya Hamzi ingin tahu." Ikut je.. " Jawab Amir.

Setelah beberapa jam mereka mengikuti Amir, mereka pun sampai di bukit belakang kampung, tempat rahsia Amir dan arwah ibunya. "Wah! Cantiknya pemandangan kat sini. "Kata Mahir, kagum. "Kan? Cantikkan? "Amir menjawab. "Tempat ni sekarang jadi tempat rahsia kita semua. Nilah tempat aku dengan arwah ibu aku selalu lepak masa aku kecil. "Kata Amir.. Mereka berbual panjang.

"Baiklah, tujuan saya memanggil kamu semua hari ini adalah untuk memaklumkan bahawa kita akan adakan perkhemahan seperti yang saya janjikan beberapa bulan yang lalu. "Cikgu Musa memaklumkan kepada semua pelajar tingkatan 3 setelah beberapa bulan berlalu. "Siapa nak pergi, hantarkan nama kepada saya. "Tambah Cikgu Musa.

"Mak, minggu depan ada perkhemahan.. Amir nak pergi boleh tak. "Tanya Amir kepada Mek Nab semasa makan malam. "Tak.. " "Boleh Amir!! Boleh.. "Jawab adik kandung Amira sebelum sempat ibunya menghabiskan kata-kata. Amir tersenyum. "Kenapa kau kata boleh tadi? "Tanya Amira hairan sebaik sahaja selesai makan dan menuju ke bilik adiknya. "Ala... akak ni.. nantikan hari lahir ibu.. biarlah dia pergi.. boleh kita sambut gempak-gempak sikit. "Kata adiknya. Mereka tersenyum.

"Akmal, kita lalu sinilah.. "Ajak Zafri ketika berada di hutan dalam perkhemahan. "Ishh... taknak lah.. bahayalah.. "Jawab Akmal, enggan. "Ala.. Ikut jelah... "Zafri memaksa. Mereka menuju ke arah yang berlawanan dengan ahli pasukannya. "Baiklah.. semua orang dah ada kat sini? "Tanya Cikgu Musa sebaik sahaja semua pelajar sudah berhimpun di hadapan khemah. "Cikgu, Zafri dan Akmal tak sampai lagi. "Kata salah seorang ahli kumpulannya. Semua guru dan beberapa orang pelajar mula mencari Zafri dan Akmal termasuklah Amir. "Zafri!... Akmal!... "Suara laungan pasukan mencari jelas kedengaran. Mereka masih tidak dapat menjumpai Zafri dan Akmal. "Zafri!.. "Laung Amir. "Tolong! "Amir terdengar suara orang meminta tolong. Amir bergegas menuju ke arah suara tersebut. "Zafri! "Amir terkejut melihat Zafri dan Akmal berada di dalam sebuah lubang yang Agak dalam."Amir, tolong aku Amir! "Laung Akmal, cuba meminta tolong. "Kejap. "Kata Amir. Amir mengeluarkan tali yang berada di dalam beg galasnya. "Pegang tali ni.! "Laung Amir. Zafri memegang erat tali tersebut. Amir menarik Zafri keluar daripada lubang tersebut. Selepas itu dia menarik Akmal pula. Mereka dipimpin Amir menuju ke tapak perkhemahan.

"Apa jadi ni? "Tanya Mahir yang bergegas menuju ke arah mereka. "Cepat, rawat diorang ni. "Kata Amir tanpa menjawab pertanyaan Mahir. Pada malam tersebut, Zafri dan Akmal berjumpa dengan Amir. "Amir, terima kasihlah sebab kau fah selamatkan kitorang tadi. "Kata Zafri. Amir tersenyum. "Kitaorang pun nak minta maaf dengan kau sebab selalu buli kau.. maafkan kitaorang eh? "Sambung Zafri lagi. "Mmmm.. "Amir mengiya. Sejak dari kejadian tersebut, mereka telah menjadi sahabat rapat. Mereka berenam tidak lagi bermusuhan.

"Selamat hari jadi, selamat hari jadi. "Alunan lagu hari jadi bergema di rumah Mek Nab.Angin bertiup kencang. Belum sempat lilin ditiup, lilin tersebut telah terkena pada langsir yang bergoyang-goyang ditiup angin. Api marak dengan cepat. "Cepat..! Padamkan!! "Jerit Amira.Masing -masing sibuk memadamkan api tetapi tidak berjaya.Mereka tiga beranak mati dalam kebakaran tersebut. Ayah Amir sedang bekerja di pekan. Amir pulang setelah mendapat berita tersebut daripada Cikgu Musa. Mayat sudahpin siap dikapankan. Kemudian dikebumikan. Kini, Amir hanya tinggal bersama ayahnya di rumah lama mereka. Rumah tinggalan arwah ibu Amir. Kehidupan mereka tidak lagi terikat dengan Mek Nab dan anak-anaknya. Amir, Sara, Siti, Hamzi, Mahir, Zafri dan Akmal kini hidup gembira. Mereka tidak lagi bermusuhan.


~TAMAT~

sebenarnya cerita ni panjang lagi... tapi masa yang ada adalah terhad.. Terpaksalah dipendekkan.

insyaallah ada cerita baru..
follow my ig @nickiboyz03

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience