BAB7[SAHABAT BARU]

Crime Series 3336

Sudah hampir satu jam Zafri keluar daripada kelas. Sudah dua mata pelajaran penting yang ditinggalkannya. "Kau dah hebat sekarang, Mir. "Hamzi memuji Amir. "Huh.. tu baru sikit... banyak lagi benda aku boleh buat kat dia tu. "Amir cuba membanggakan diri. "Aku bangga dengan kau Mir. "Kata Siti dari tempat duduknya. "Kau dah semakin berani sekarang."Puji Sara pula. Bertan-tan suara pelajar memuji Amir yang berjaya melawan pelajar paling 'bahaya' di sekolah. Amir hanya tersenyum malu. Mahir bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah Amir. "Amir, aku nak cakap sikit dengan kau. " Kata Mahir. Mereka berdua kemudiannya keluar ke beranda sekolah. Masing-masing membisu. "Apa benda yang kau nak cakap? "Tanya Amir hairan. "Aku bangga dengan kau... pencapaian kau sekarang menenangkan hati aku. " Jawab Mahir. "Buang tabiat ke apa dia ni? "Hati Amir berbicara. "Aku tahu, mesti kau fikir aku gilakan.. sebab kata benda macam ni kat kau... Tapi semua ni betul. Sebenarnya, dah lama aku nak berkawan dengan kau, sikap kau yang pelbagai dapat mengubah aku. "Kata Mahir panjang lebar. "Habis tu, kawan kau dua orang lagi tu? " Tanya Amir. "Diorang... biar je diorang tu... lebih baik kawan dengan kau daripada kawan dengan dia. "Jawab Mahir sambil tersenyum. Mereka kemudiannya masuk ke kelas semula. Semua pelajar curiga apa yang mereka bincangkan. "Psst.. dia kata apa? "Tanya Hamzi. Amir hanya tersenyum.

"Kau nak buat apa sekarang Zafri? "Tanya Akmal. "Mahir mana? "Tanya Zafri tanpa menjawab persoalan Akmal. "Entah, tadi dia tak ikut kita pun"Jawab Akmal. Mereka yang berada di belakang sekolah berbual-bual. "Siap aku kerjakan makhluk tu nanti. "Kata Zafri kepada dirinya sendiri. "Kau nak masuk kelas tak ni? "Tanya Akmal. Zafri menjeling Akmal menandakan tidak.

Waktu persekolahan tamat. Amir menuntun basikalnya hingga ke pintu pagar sekolah. Separuh jalan Amir daripada pintu pagar sekolah, Zafri dan Akmal berdiri di hadapan Amir. Amir memberhentikan langkahnya. "Apa kau nak? "Tanya Amir. "Kau jangan ingat semua ni dah berakhir, lepas ni kehidupan kau akan betul-betul merana. "Kata Zafri cuba mengugut Amir. " Sara dan Siti yang berada tidak jauh dari situ bergerak ke arah Amir. "Jangan risau, Mir.. Kalau hidup kau merana, aku akan ubah balik semua tu."Kata Siti sambil berdiri di sebelah Amir. Sara mengangguk. "Aku sekali. "Hamzi muncul berdiri di sebelah Siti. "Jangan lupa letakkan nama aku sekali. "Mahir muncul dan berdiri di sebelah Sara. Zafri dan Akmal terkejut. "Kau...."Akmal membuka mulut. "Minta maaf, tapi aku bukan sekumpulan dengan kau lagi. "Kata Mahir sebelum Akmal sempat menghabiskan kata-katanya. Mereka berlima beredar daripada pandangan mata Zafri dan Akmal. "Huh.... selamat.. "Hati Amir berbicara. "Assalamualaikum! "Amir memberi salam dan naik ka dalam rumahnya. "Amir, mari makan. " Ajak Nizam. Amir berhenti, hairan. Amir bergerak menuju meja makan. Amir meletakkan begnya ke bawah dan mengambil pinggan, sedia untuk makan bersama. "Kenapa dengan diorang harini? Biarlah... rezeki jangan ditolak. "Bisik Amir. Amir makan dengan gelojoh kerana jarang-jarang dia dapat makan makanan bukan daripada sisa tinggalan. Amira, Nizam dan Mek Nab hanya melihat. "Ha, kau dah makankan? Lepas ni pergi pekan cari buku untuk aku... aku nak pergi tapi kak Mira ajak aku teman dia, tak bolehlah. "Nizam memberi alasan. "Diorang tak sedar lagi ke? "Amir berbisik. "Kau dengar tak? "Tanya Amira. "Faham. "Jawab Amir. Amir mula memperlahankan tangannya yang menyuap nasi tanda kecewa. Tiga beranak itu hanya tersenyum. Amir turun daripada rumah dan menuju ke pekan sebaik sahaja selesai makan dan mandi.

Amir mengayuh basikal tuanya dengan kadar yang perlahan menunjukkan bahawa dirinya malas. "Buku ni ke....? Ambil jelah.. siapa suruh aku beli? "Kata Amir sambil memilih buku yang diinginkan Nizam di kedai buku. "Amir! " Kedengaran suatu suara memanggil Amir. Amir menoleh ke kirinya. Mahir, rakan baharunya berada di sebelah. "Eh, kau buat apa kat sini? "Tanya Amir, hairan. "Nak beli roti... Ish kau ni, ni kan kedai buku.. sah-sahlah aku nak beli buku. " Kata Mahir. "Hehe, ya tak ya jugakkan?" Balas Amir sambil tersenyum. "Tapi bukan ke kau tak suka belajar? "Sambung Amir. " Aku kan dah jadi kawan kau... jadi, kalau nak jadi kawan kau mestilah kena belajar... kan? "Jawab Mahir. "Ha'a, nak jadi kawan aku mestilah kena belajar.. kalau tak bukan kawan aku. Haha. " Amir menyambung lawak Mahir. "Dah la, aku nak kena gerak dulu ni.. jumpa kau esok. "Amir melangkahkan kakinya ke kaunter pembayaran. Semasa dalam perjalanan pulang, Amir ternampak ayahnya sedang memungut sampah-sarap di sekitar pekan itu dengan memakai pakaian yang serba selekeh. "Ayah! "Amir memanggil ayahnya lalu mendekatinya. Ayah Amir terkejut kerana dapat tahu Amir melihatnya. "Ayah buat apa kat sini, bukan ke sepatutnya ayah ada kat kebun sekarang ni? "Amir bertanya tanda hairan. "Kenapa? Tak boleh ke? " Tanya ayah Amir kembali. "Bukan tak boleh, tapi Amir hairanlah. " Amir membalas. "Dah la, pergi balik. Nanti kena marah dengan mak... cepat! "Ayah Amir menyuruh pulang untuk mengelakkan Amir bertambah curiga. Selama ini, memang inilah kerja harian ayah Amir, mengutip sampah yang boleh dikitar untuk dijual. Kerjanya sebagai pekebun seperti yang Amir tahu hanyalah untuk tidak merisaukan Amir.

"Assalamualaikum! "Amir memberi salam tandanya sudah pulang ke rumah. Nizam kelihatan berbaring di sofa sambil menonton TV tidak seperti yang dikatakannya semasa makan tadi. "Abang Nizam, ni buku yang abang nak. "Kata Amir sebaik sahaja nampak Nizam berbaring di sofa. "Mmm... pergi letak dalam bilik aku. "Arah Nizam. "Kenapa Abang Nizam tak pergi ikut Kak Mira? " Amir hairan kerana semasa makan tadi Nizam memberitahu bahawa dia akan ke suatu tempat bersama Amira. "Tak jadi...... tempat tu tutup harini. "Amira menjawab pertanyaan Amir. "Dah dengarkan kenapa? Dah, pergi. "sambung Nizam. Amir melangkah ke bilik Nizam.

"Mak, tadi Amir nampak ayah tengah kutip sampah kat pekan masa nak beli buku Abang Nizam."Amir memberitahu emaknya. "Dah tu kenapa? Kau nak aku pergi kutip dengan dia jugak? "Balas Mek Nab. Amir hanya terdiam. "Erm mak, nanti dalam beberapa bulan lagi cik gu ada buat kem perkhemahan... kalau Amir nak pergi boleh tak mak? "Tanya Amir cuba mengubah topik. Mek Nab hanya membisu. Ayah Amir masih belum pulang walaupun sudah malam. Amir sekali lagi dipanggil makan bersama mereka. Selesai makan, Amir membasuh pinggan mangkuk dan menuju ke biliknya. "Kenapa semua orang tak kisah pun pasal ayah? "Amir berbicara sendiri. "Aku rasa diorang dah berubah sikit... walaupun bukan macam yang aku harapkan.. tapi takpelah.. sikit pun jadi."Sambung Amir. Ayah Amir baru sahaja pulang dan terus mandi. "Bang, lain kali tolong hati-hati sikit boleh tak? "Kata Mek Nab kepada ayah Amir sebaik sahaja dia masuk ke bilik untuk menukar pakaian. "Tadi anak kesayangan abang tu dah cerita pasal kerja abang. "Sambung Mek Nab. "Yelah... nanti abang berhati-hati dengan dia. "Jawab ayah Amir, akur.

"Amir dan Zafri, mari sini... ikut cikgu" Cikgu Musa memanggil Amir dan Zafri ketika waktu rehat. Ketika itu waktu rehat hampir tamat, semua pelajar berada di dalam kelas. Amir dan rakannya yang lain, Sara, Hamzi, Siti dan Mahir hairan. "Ni mesti kerja diorang. "Mahir berbisik kepada dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience