BAB5 [BERANI]

Crime Series 3336

"Aduh... Sakitnya.... "Amir merungut kesakitan. Badannya penuh dengan kesan di bedal. "Tak tidur malam lah aku hari ni... huh. "Amir mengeluh. "Tapi takpe.... aku harap lepas ni diorang insaf. "Sambung Amir.

[Sebelum Amir masuk ke bilik]
Mek Nab bangun daripada sofa lalu menghampiri Amir dengan rotan yang berada di tangannya. "Kau nak jadi apa hah?! Tak habis-habis nak malukan aku! "Tengking Mek Nab sambil merotan Amir di setiap pelusuk badannya. Amira dan Nizam hanya tersenyum melihat situasi tersebut. Amir teringat akan pesan ibunya semasa dia belajar untuk mengayuh basikal. "Aku boleh buat... Aku boleh buat... Aku boleh buat! "Jerit batinnya. Amir memberanikan dirinya untuk menepis bedalan daripada Mek Nab. Amir mencengkam rotan Mek Nab. Tiga beranak itu terkejut dengan tingkah-laku Amir yang tiba-tiba. "Kau buat apa ni?! Lepaskan rotan aku! " Pinta Mek Nab. "Mak.... kenapa mak selalu suruh Amir buat semua kerja mak? "Tanya Amir tiba-tiba. "Kau gila ke apa ni, sebab aku mak kau lah aku minta kau buat kerja aku! "Jawab Mek Nab, gelisah. "Apa? Minta? Saya tak rasa macam tu pun mak.... Saya rasa mak mendera saya.. memang sebagai seorang anak saya patut tolong mak, tapi anak-anak mak yang lain pun ada lagi, diorang tak mati lagi mak... Kenapa saya seorang je yang mak dera, sedangkan mak goyang kaki je, rotan saya, marah saya, hukum saya tanpa ada sebab yang kukuh, anak-anak mak kalau buat salah,mak biarkan je diorang macam tu..."Amir meluahkan perasaannya panjang lebar.

"Kau dah pandai kurang ajar sekarang hah?! Sapa ajar kau ni?! Bapak kau ke ajar hah?! " Mak Nab cuba membalas. "Kau masuk blik kau sekarang, jangan harap kau boleh keluar sampai bila-bila! "Sambung Mek Nab. Amir langsung tidak berganjak walau seinci sekalipun. Pandangannya memandang lantai tempatnya berpijak. "Amira, Nizam, kau heret dia masuk bilik sekarang! "Arah Mek Nab. Amira dan Nizam segera mencengkam bahunya dan mengheret Amir masuk ke biliknya. Amir dicampakkannya ke lantai. Pintu ditutup dan segera dikunci.

"Awak, Amir dah balik ke belum? "Tanya ayah Amir sebaik sahaja pulang daripada mencarinya. "Dah.. budak tu dah balik! Dengar sini, awak jangan pandai-pandai nak buka pintu bilik dia ya! Kalau saya nampak awak rapat dengan pintu bilik dia 1meter sekalipun nahas awak! "Ugut Mek Nab kepada ayah Amir. Ayah Amir tidak boleh berbuat apa-apa selain menuruti arahan Mek Nab. Ini kerana mereka telah membuat perjanjian sebaik sahaja Mek Nab membayar kesemua hutangnya dengan along.

[realiti]
"Harap-haraplah diorang berubah sikit. "rungut Amir. "Tapi, betul ke apa yang aku buat ni? "Timbul persoalan sebaik sahaja dia tenang. "Mak, apa yang Amir buat ni betulkan? "Amir bertanya pada emaknya tanpa mengharapkan apa-apa jawapan. "Sekarang, cuma tinggal diorang tiga je.... Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berdepan dengan mereka dan orang sekeliling aku. "Rayu Amir kepada pencipta setiap kewujudan di muka bumi.

Siang berganti malam, malam berganti siang, Amir masih lagi dikurung di dalam biiknya. Makanan hanya diberikan kepadanya jika Mek Nab dan anak-anaknya mempunyai 'peredaran angin' yang baik pada masa tertentu. Tarikh tamat untuk kerja yang perlu dilakukannya secara berkumpulan telah lama tamat. "Kau rasa kenapa dia tak datang lagi sekolah hari ni? "Tanya Siti kepada Sara. "Kau ni, mestilah dia malu... satu badan kut basah kuyup. "Jawab Sara.

"Assalamualaikum kelas. " Cikgu Fikri memberi salam. "Amir mana? Saya nak jumpa dengan dia. " Tanya Cikgu Fikri. "Amir tak datang sekolah lagi hari ni, cikgu. "Jawab Hamzi. " Takpelah kalau macam tu. "Cikgu Fikri terus beredar daripada kelas. "Nampaknya aku kena juga pergi rumah dia nanti balik." Cikgu Fikri berbisik kepada dirinya sendiri.

Tamat waktu persekolahan. Cikgu Fikri bergegas ke keretanya dan ke rumah Amir. "Assalamualaikum! " Cikgu Fikri memberi salam sebaik sahaja turun daripada keretanya. Cikgu Fikri memberi salam beberapa kali tetapi tidak mendengar sesiapa yang menjawab. Amir yang berada di biliknya sedang kusyuk mengulang kaji pelajaran sendirian. Selepas beberapa ketika menunggu, Cikgu Fikri mula melangkahkan kakinya untuk pulang. "Ada apa ya? "Tanya Mek Nab yang baru sahaja pulang daripada tempat kerjanya. Nasib baik pada waktu itu Cikgu Fikri masih berada di perkarangan rumah Amir. " Saya ingatkan takde orang tadi, macam ni makcik, saya nak tanya kenapa Amir dah beberapa hari tak datang sekolah? " Tanya Fikri. Mek Nab terdiam cuba memikirkan cara untuk memutar belit cerita. "Macam ni cikgu, Amir sejak akhir-akhir ni dia tak berapa sihat sikit" " Oh, kalau macam tu boleh saya jenguk dia? " "Ehh, tak payah la cikgu, lagipun dia takde kat rumah, tengah buat pemeriksaan kat klinik... lagipun lusa rasanya dah boleh pergi sekolah dah. " Mek Nab dan Cikgu Fikri berbual panjang. " Nasib baik.. " Pintu hati Mek Nab berbicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience