BAB3 [DENGKI]

Crime Series 3336

"Chek Nab, Oo Chek Nab! Assalamualaikum! " Zafri datang ke rumah Amir bersama-sama dengan Mahir. "Waalaikumussalam, Ah, kau Zafri! Ada apa kau panggil aku ni? Sampai nak roboh rumah aku. " Tanya Mek Nab. "Heheh, kalau roboh pun takpe... Chek Nab kan orang yang terkaya kat kampung ni. " Usik Zafri. " Kau ingat duit aku tu aku nak guna buat rumah je ke,hah? Ada apa? " Tanya Mek Nab sekali lagi. "Macam ni Mek Nab, tadi Mahir kata dia ada nampak Amir tengah asyik berbual dengan anak Hj. Din kat sawah Pak Ayob tadi. "Zafri menokok tambah cerita.

"Apa? Anak Hj. Din? siapa? " Tanya Mek Nab, kebingungan.

"Ala Chek Nab ni, macam tak tahu pulak, si Sara tu.... Bukan apa Chek Nab, diorang tu baru tingkatan tiga, nanti apa pula orang kampung kata nanti, si Amir tu mungkin tak malu, tapi Chek Nab mesti malu kan? Hancur nama Chek Nab nanti. "Jawab Zafri panjang lebar, cuma menghasut Mek Nab.

"Oo.. budak pompuan yang korang kata paling cantik kat kampung tu! Aku ingat dah..... Takpe, budak tu balik nanti tahu lah aku kerjakan! "Balas Mek Nab, geram.

Zafri berasa puas kerana dia berjaya menghasut Mek Nab. Setelah beberapa minit mereka berbual, Zafri dan Mahir pun beredar daripada rumah Mek Nab. "Korang, aku balik dululah, nanti kena bebel pulak dengan mak aku. "Amir memberitahu rakan-rakannya setelah beberapa minit berehat sambil berbual-bual. "Hah, nak balik dah, kitaorang pun balik jugak lah... lagipun dah takde apa-apa nak dibuat lagi. " Balas Sara setelah mendengar kata-kata Amir. Merekapun segera merajinkan diri untuk bangun dan pulang ke rumah masing-masing. "Assalamualaikum !"Amir memberi salam. Seperti biasa, tiada siapa yang menjawab. Amir melangkahkan kakinya naik ke rumah. Mek Nab yang berada di sofa merah memang sedang menunggu kepulangan Amir. "Kau dari mana? " Tanya Mek Nab, geram. "Sa.... saya dari sawahlah, k... kan saya dah kata semalam kat ayah. " Amir menjawab, gagap. Mek Nab bangun daripada sofa lalu berkata, "Kau pergi dating dengan anak Hj. Din kan, si Sara tu?! " "Ta... takdelah, mana ada, kitaorang pergi buat kajianlah... la... lagipun, Siti, kawan rapat Sara pun ada kat situ. " Amir cuba mempertahankan dirinya.

"Kau tak payah nak tipu akulah! Aku tahulah kau pergi dating dengan dia! Kau ni! Tak habis-habis nak malukan aku! " Mek Nab meninggikan suaranya lalu mengambil rotan yang tersandar di tepi kerusi yang didudukinya sebentar tadi dan terus memedal Amir berkali-kali.

"Mak! Sakit mak! Sakit! " Jerit Amir.

"Kau tahu sakit?! Habis tu, sakit aku?! Kau berani jumpa dengan dia lagi sekali, lagi teruk daripada ni aku buat! Tak kiralah berdua ke bertiga, nahas kau! "Mek Mab cuba memberi amaran kepada Amir sambil membedalnya. Ayah Amir yang baru sahaja pulang daripada kebun menyaksikan kejadian itu.

"Awak buat apa ni?! "Tanya ayah Amir dengan sedikit terkejut. Mek Nab terus berhenti daripada membedal Amir.

"Anak abang ni kurang ajar sangat! Orang kata jangan buat dia buat jugak! " Tegas Mek Nab sambil menjeling Amir.

"Amir, pergi masuk bilik. " Perintah ayahnya. Amir terus berjalan kesakitan menuju ke biliknya.

"Dia buat apa samapai awak rotan dia? " Tanya ayah Amir dengan lembut.

"Awak tak payah tahu lah! "Mek Nab meninggikan suara. Kemarahannya masih belum reda. Nizam dan Amira yang baru sahaja pulang daripada pekan langsung tidak tahu apa-apa mengenai perkara yang terjadi. Amir menangis sendirian di dalam biliknya. "Kau tak boleh menangis Amir! Kau lelaki! Kau kena tabah! " Amir cuba menenangkan dirinya sendiri. Pintu bilik Amir diketuk. Ayahnya masuk tanpa kebenaran Amir. Amir serta-merta mengesat airmatanya.Ayahnya cuba untuk mendengar penjelasan Amir. Keesokan pagi, Amir tidak dibenarkan untuk keluar daripada rumah untuk sehatian.

"Tu dah sampai dah artis kita untuk minggu ini! "Kata salah seorang rakan sekelas Amir. "Kenapa? "Amir bertanya, hairan. "Ala Mir, satu sekolah dah heboh kau pergi dating dengan Sara. "Balas rakannya yang lain. "Mana adalah. "Amir balas. Zafri yang sudah berada di tempat duduknya hanya dapat menahan kemarahan tanpa berbuat apa-apa. Dia tidak ingin untuk menunjukkan sifat sebenarnya di hadapan Sara, takut Sara menjadi tidak suka akan dirinya. "Mal, Mahir, masa rehat nanti kau ikut aku... ada kerja sikit. " Zafri memaklumkan kepada rakan yang selalu bersamanya itu. Ring! Loceng berbunyi menandakan tibanya waktu rehat. Zafri bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke arah meja Amir. Zafri menepuk bahu Amir sambil berbisik, "ikut aku.. " Amir terkejut beruk. Mahu ataupun tidak, dia tetap perlu mengikuti segala arahan daripada Zafri, jika tidak dia mungkin akan menerima sesuatu yang lebih teruk daripada yang sepatutnya. Sara yang masih berada di dalam kelas hanya melihat Amir keluar daripada kelas diiringi Akmal dan Mahir.

Pintu tandas yang berada di hujung koridor ditendang kaki Zafri. Mereka masuk lalu mengunci pintu daripada dalam. Amir ditolaknya hingga ke dinding tandas. "Siapa suruh kau keluar dengan Sara, huh! "Zafri meninggikan suaranya. "Kau tahu kan si Sara tu aku punya?! "Sambung Zafri. " A... aku bukannya buat apa-apa pun... la... lagipun kawan-kawan dia yang lain ada sekali. Kita... kita orang pergi sawah padi Pak Ayob nak buat kajian.. bukannya dating.. " Balas Amir. "Kau ingat aku kisah ke....? Aku tak suka kau keluar dengan Sara!" Zafri meninggikan suaranya sambil mencengkam leher Amir. Amir ditumbuk bertubi-tubi oleh Zafri. "Woi, pergi ambil air. "Arah Zafri kepada rakannya. Amir dipegang Akmal dan Mahir,Zafri menyimbah air yang terkumpul di dalam baldi ke arah Amir. Seluruh anggota badan Amir basah kuyup. Puas hati Zafri mengerjakan Amir. "Kau ingat! Sekali lagi aku dengar orang kata pasal kau dengan Sara, lagi nahas aku kerjakan kau! "Zafri memberi amaran sebelum beredar daripada tandas. Amir yang menangis teresak-esak langsung tidak berganjak. "Kau tak rasa kau dah keterlaluan ke kat Amir tadi? "Tanya Mahir, menunjukkan simpati. "Ada aku kisah. " Jawab Zafri, ringkas.

Selepas beberapa ketika Amir berpatung di tandas, dia bangkit dan menuju ke kelasnya dengan keadaan basah kuyup. Mata setiap pelajar yang melintasi Amir liar memandangnya dengan janggal. Amir mengambil beg galasnya dan terus beredar daripada kelas. Sara melihat situasi Amir, tetapi tidak sempat menanyakan apa-apa soalan. Amir keluar daripada perkarangan sekolah melalui pintu belakang dengan perasaan malu. Dia kemudiannya menuju ke tempat biasa dia pergi bersama arwah ibunya dulu. Di belakang kampung terdapat sebuah bukit, dimana disana mereka dapat melihat pemandangan yang sangat cantik. Tempat itu sangat tersembunyi, hanya Amir dan ibunya sahaja yang tahu jalan menuju ke situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience