BAB6 [KEBANGKITAN AMIR]

Crime Series 3336

Pada malamnya, pintu bilik Amir dibuka. "Esok kau pergi sekolah.. cikgu kau dah tanya pasal kau. " Kata Mek Nab.Amir tersenyum. "Jangan gembira sangat... kalau sekali lagi kau buat hal, aku betul-betul buang kau dari rumah aku. " Mek Nab memberi amaran. Amir mengangguk. Kini, pintu bilik Amir tidak dikunci lagi. Ayah Amir masuk ke biliknya setelah beberapa ketika Mek Nab beredar dari situ. "Macam mana? "Ayahnya bertanya. "Macam mana apa? "Amir membalas dengan soalan. "Yelah.. macam mana? Seronok dapat pergi sekolah balik? " "Oh.. mestilah seronok ayah! "Amir menjawab sambil melemparkan senyuman kepada ayahnya. Ayah Amir memang tahu bahawa Amir memang seorang anak yang suka untuk belajar.

Keesokan pagi, Amir bersiap-siap untuk ke sekolah dengan perasaan yang gembira. Sebaik sahaja Amir melangkah masuk ke perkarangan sekolah, semua mata tertumpu kepadanya, seolah-olah dia bersikap lain daripada orang lain. "Bukan ke budak ni yang basah kuyup haritu? " Masing-masing mula mempersoalkan perkara yang berlaku sewaktu dia dibuli Zikri di tandas. Amir menundukkan kepala dan bergegas ke kelas menunjukkan tanda malu dan tidak senang hati. "Diorang ingat lagi pasal kes tu? "Hati Amir berbisik. Amir melangkah masuk ke dalam kelasnya. Seperti situasi di perkarangan sekolah sebentar tadi, mata pelajar tertumpu pada Amir. Amir buat-buat tidak tahu apa-apa dan terus melabuhkan punggungnya ke kerusi. Sara tersenyum melihat Amir sudah datang ke sekolah semula.

Hamzi yang datang setelah beberapa minit lewat daripada Amir turut terkejut. "Kau dah datang sekolah semula, Mir? " Hamzi terus menyoal Amir sebaik sahaja duduk di kerusinya. Amir hanya memberikan senyuman malu-malu kucing kepada Hamzi. "Sejak kau tak datang ni kan, hidup aku jadi sunyi je kau tahu? Makan tak kenyang, mandi tak basah.. kelas ni pun jadi sunyi tanpa kau.. yelah.. sejak kau takde, aku je yang selalu kena jawab soalan daripada cikg Nurlida." Hamzi berbual panjang dengan Amir. Jam menunjukkan tepat jam 7:30pagi. "Perhatian kepada para pelajar, anda diminta bergegas ke dataran perhimpunan sekarang juga. Terima kasih. " Pengumuman dibuat oleh pengawas yang bertugas pada hari tersebut. Seperti biasa, pada setiap hari Ahad perhimpunan rasmi akan diadakan. "Jomlah, Mir.. dia dah panggil tu.. Nantikan marah pulak pengawas sorang ni. "Hamzi berkata kepada Amir sambil cuba mengusik Sara. "Hahah.."Amir tergelak kecil.

"Baiklah pelajar-pelajar sekalian, peperiksaan PT3 dan SPM dah tak lama lagi dah. tinggal beberapa bulan je lagi untuk kamu semua mengulang kaji mata pelajaran yang kamu rasa lemah. Saya nak kamu semua buktikan kepada orang ramai yang sekolah kita ni adalah sekolah yang cemerlang. " Pengetua sekolah memberikan ucapan. "Perhatian kepada semua pelajar, disini terdapat satu pengumuman. Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 3, anda diminta tunggu di tapak perhimpunan".Pengumuman dibuat sebaik sahaja tamat perhimpunan. "Alaa... ni aku malas ni.. mesti nak bebel pasal exam lagi ni.. "Rungut Mahir yang berada bersebelahan dengan Amir. "Eh Amir, kau dah datang sekolah?" Mahir menanyakan soalan sebaik sahaja melihat Amir berada di sisinya. Amir hanya menunduk. "Kau tak payahlah takut dengan aku.. aku bukannya macam Zafri tu. " Mahir berkata kepada Amir, cuba menenangkannya.

Cikgu Musa, guru disiplin sekolah selaku guru yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tingkatan 3 mula mengorak langkah ke depan pelajar-pelajar. "Baiklah, tujuan saya suruh kamu semua berkumpul di sini adalah untuk memaklumkan bahawa dalam beberapa bulan lagi kita akan adakan perkhemahan khas untuk kamu semua yang bakal menghadapi peperiksaan. Ianya juga untuk menenangkan fikiran kamu sebelum peperiksaan. " Cikgu Musa bercakap panjang lebar. Pelajar-pelajar mula berbisik-bisik pasal pengumuman yang dibuat sebentar tadi. "Cikgu, bulan berapa? " salah seorang pelajar bertanya. "Kita masih lagi tak dapat tarikh yang ditetapkan, tetapi insyaallah sebulan sebelum peperiksaan. "Jawab Cikgu Musa. "Ada soalan lain? "Sambung Cikgu Musa. Pelajar-pelajar senyap. "Okey, jika takde soalan lain, kamu semua boleh pulang ke kelas. "Cikgu Musa mengarahkan mereka setelah tidak ada soalan lain untuk disoal.

Semua pelajar tingkatan tiga sibuk bercakap tentang aktiviti perkhemahan tersebut. "Mir, kau nak pergi tak perkhemahan tu? "Tanya Hamzi kepada Amir. "Tengoklah macam mana... kalau keluarga aku bagi aku pergi.. kalau tak bagi... tak lah jawabnya. "Jawab Amir. "Alaa.. pergilah..... aku nak pergi... tapi kalau takde kau tak seronoklah.. "Pujuk Hamzi, bersikap manja. "Tengoklah.. "Jawab Amir, ringkas. "Amir, kau pergi tak perkhemahan tu? "Suara yang lembut menyapa Amir, iaitu suara Sara. Sara menanyakan soalan itu sambil berdiri di sisi meja Amir. "Tak tahu lagi. "Jawab Amir, ringkas. "Pergilah.. aku pun pergi tau. "Sara turut memujuk. Amir terdiam sejenak, cuba berfikir. "Telah.. aku pergi. "Jawab Amir dengan muka yang tersenyum. "Eh, tadi aku ajak tak nak. "Hamzi cuba mengusik. Zafri mendengar semua perbualan mereka. Belum sempat Amir, Hamzi dan Sara berbual, Zafri datang menyuruh Amir mengikutnya. Amir berasa gementar. Beberapa detik selepas itu, dia teringat akan azamnya ketika dikurung dirumah, untuk mengubah hidupnya menjadi lebih baik. "Cepat"Zafri berbisik perlahan. "Kenapa aku nak kena ikut kau? "Soal Amir. Zafri terkejut. "Ikut cepat! "Zafri meninggikan suaranya. "Kenapa aku kena ikut kau?! Supaya kau boleh buat benda yang sama kau buat kat aku masa di tandas haritu! Kau nak simbah aku dengan air.. ataupun kau nak pukul aku sampai mati?! "Amir mengungkit peristiwa dia disimbah air oleh Zafri. Semua pelajar yang berada di dalam kelas terkejut dengan tingkah laku Amir yang tiba-tiba. "Kau menjawab! "Zafri meninggikan suara sambil melepaskan buku limanya kepadaAmir. Amir menahan tumbukan Zafri. Amir pula yang melepaskan tumbukan kepada Zafri. Mahir dan Akmal terkaku. Mahir sedikit gembira dengan tingkah laku Amir. "Kau jangan ingat kau boleh buat benda yang sama kat aku! " Tengking Amir sambil menundingkan jarinya ke arah Zafri. Selepas beberapa ketikaZafri keluar daripada kelas. Keadaan kembali tenang. Akmal pergi bersama Zafri. Mahir tetap berada di tempatnya. Semua pelajar diam termasuk Hamzi dan Sara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience