BAB4 [KENANGAN]

Crime Series 3336

Waktu rehat tamat. "Assalamualaikum kelas. " Cikgu Fikri masuk bagi memulakan pembelajaran. "Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarokatu. "Jawab semua pelajar secara serentak. Selesai membaca doa, semua pelajar dibenarkan duduk. Cikgu Fikri melihat terdapat sebuah kerusi kosong yang tidak berpenghuni. "Siapa tak datang? " Tanya Cikgu Fikri, spontan. "Semua datang,cikgu." Jawab ketua tingkatan. "Habis tu kenapa kosong kat belakang tu?" Tanya Cikgu Fikri, hairan. Masing-masing terdiam. "Cikgu,sebenarnya semua datang,tapi tadi ada sorang pelajar dia tak sihat,jadi dia balik ke rumah awal." Jawab Sara cuba memutar-belitkan situasi sebenar bagi melindungi Amir. Zafri sedikit geram dengan tingkah-laku Sara yang cuba melindungi Amir. "Tak cikgu,tadi saya nampak Amir ponteng kelas,saya nampak dia keluar ikut pintu belakang sekolah tadi,masa rehat" Sampuk Zafri,menceritakan separuh realiti. Sara hanya mampu berdiam.

"Amir, nanti kalau mak dah takde, Amir jangan lupakan mak tau, selalu-selalulah jenguk mak kat kubur, rajin-rajinlah sedekahkan Al-Fatihah untuk mak. Boleh kan? "

"Ish mak ni! Kenapa cakap macam tu? "

"Mak kata kalaukan? "

"Mestilah mak... Amir akan selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk mak, selalu jenguk mak dan yang paling penting, Amir akan selalu jaga nama baik mak. "

"Baguslah macam tu... Nanti mak dah takde, jaga ayah baik-baik tau. Jangan bagi sorang pompuan pun rapat dengan ayah.. Kalau tak, nanti mak jadi hantu, mak kacau Amir. "

"Hahah, mak ni... Tapi, kalau mak takde nanti tak seronoklah, takde dah orang nak ajak Amir datang sini lagi... "

"Apa susah, Amir ingatlah baik-baik jalan nak datang sini, nanti mesti Amir dah tak perlukan bantuan orang untuk datang sini lagi. "

"Ha'a lah"

"Amir, kita jadikan tempat ni sebagai tempat rahsia kita nak? "

"Tempat rahsia? "

"Ha'a, kalau Amir rindu mak ke, Amir ada masalah ke, Amir sedih ke, Amir marah ke, Amir merajuk ke, semualah! Amir datang sini je. Tak payah cari tempat lain. Datang sini je. "

"Ooo, Amir faham.... Nanti, kalau Amir rindu mak, Amir datang sini, Amir nyanyi lagu yang mak selalu nyanyi untuk Amir. Lepas besar nanti, Amir nak bawak mak dengan isteri Amir datang sini. hehe. "

"Hahaha.... Yelah Amir....... "

"Walaupun mak takde nanti, mak akan selalu jaga Amir, selalu lindungi Amir, selalu ada kat sisi Amir. "

Amir mengimbas kembali saat-saat indahnya bersama dengan arwah ibunya. Ketika itu Amir masih lagi berumur 10tahun. Air mata Amir keluar tanpa henti, tanpa dipaksa.
~Kupu-kupu terbang bebas di awan luas ~
~Lebah-lebah mengumpul madu yang manis~
~Seluas dunia, seluas Angkasa, luas lagi kasih sayang ku padamu~
~secantik bunga, seharum baunya~
~Cantik lagi dirimu padaku~
~Kita gembira, kita menangis, kita kecewa, semuanya dilakukan bersama~

~Seluas dunia, seluas Angkasa, luas lagi kasih sayang ku padamu~
~Secantik bunga, seharum baunya~
~Cantik lagi dirimu padaku~
~Kita gembira, kita menangis, kita kecewa, semuanya dilakukan bersama~
~Huuuuuu.... huuuuuuu~
~Huuuuuu.....huuuuuuu~
~Semuanya dilakukan bersama~

Amir mengalunkan lagu ciptaannya bersama dengan ibunya suatu ketika dahulu. Amir hanya duduk termenung sambil melihat keindahan pemandangan yang dapat dilihatnya dari atas bukit sehingga petang. Menyedari bahawa hari sudah hampir larut malam, Amir segeran mengambil begnya dan bergegas pulang ke rumah. Ketika mengayuh basikal, Amir teringat akan pesanan ibunya.

"Amir! Cepat Amir! Nak sampai dah tu!"

tiba di pertengahan jalan,Amir terjatuh daripada basikal pacuan tiga roda.Amir menangis kesakitan.

"Alaaahai,Amir. Dah-dah,jangan menangis lagi,Amir kan kuat."

Amir mula berasa tenang apabila ibunya mendukungnya.

"Amir,dengar ni,kita kena berani untuk buat sesuatu perkara.Selagi kita tak berani untuk mencuba, selagi itulah semua benda takkan berubah, faham? "

"Mmm.. "

"Aduh! "Jerit Amir. "Aduh... sakitnya. "Amir berkata. "Ni semua sebab aku mengelamun. " Tambahnya lagi. Amir terus bangkit dan menuntun basikalnya kerana kaki Amir berdarah. Sampai di perkarangan rumah. "Kenapa gelap sangat? Dah tidur ke? Aku rasa awal lagi ni. "bisik hatinya. "Takpe lah.. lagi Bagus... tak payah aku kena rotan. "Sambung Amir. Selesai meletakkan basikalnya di tempat biasa, Amir terencot-encot menaiki tangga. Amir berjalan di dalam gelap menuju ke biliknya. Secara tiba-tiba, lampu di ruang tamu terbuka. Air muka. Amir berubah apabila melihat Mek Nab, Amira dan Nizam sedang berada di sofa. Ayahnya keluar untuk mencarinya. "Kau pergi mana?! "Tanya Mek Nab sebaik sahaja lampu dibuka. "Amir pergi...." Belum sempat Amir menjawab Nizam menyampuk "Kau ponteng sekolahkan? " "Tadi guru tingkatan kau datang, dia kata kau tak pergi sekolah, apa nama dia? Fiiii.... Fiiiiii"sambung Amira. "Fikri! " balas Mek Nab. Amir hanya mampu berdiam. Mek Nab bangun daripada sofa lalu menghampiri Amir dengan rotan yang dipegangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience