BAB1 [KEHIDUPAN]

Crime Series 3336

"Woi! kenapa kau kata kat cikgu hah? " Tanya Zafri sambil menolak Amir ke dinding. "Ka.. kata apa. Mana ada aku kata apa-apa kat cikgu." Balas Amir dengan gagap." kau dah berani menjawab sekarang eh? " Zafri melepaskan tumbukan ke muka Amir, tanda geram. Akmal dan Mahir hanya mampu melihat sahaja tindakan Zafri itu. Akmal dan Mahir adalah dua orang rakan yang selalu bersama Zafri. Zafri pula seorang kali buli yang sangat digeruni di sekolah. Amir tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada menahan pedih di mukanya. Amir tetap cuba melawan semula tumbukan yang diberikan Zafri tetapi sempat dipegang oleh Mahir dan Akmal.

"Baik kau cepat habiskan budak ni. Kalau ada orang nampak lagi nahas kita nanti. " tegah Akmal takut jika ada pelajar lain melihat kelakuan mereka. Tanpa berfikir panjang, Zafri terus memukul Amir. Setelah puas hati mereka mengerjakan Amir, dengan seta-merta mereka beredar dari belakang sekolah, tempat biasa mereka melepak dan membuli. "Kenapa aku? Apa aku dah buat? Kenapa aku tak boleh lawan diorang? Bukan aku yang mengadu kat cikgu Musa, tapi kenapa aku yang kena? " pelbagai persoalan timbul dari dalam hati Amir.

[flashback]
"Perhatian kepada Amir, Akmal, Mahir dan Zafri, anda diminta ke bilik disiplin sekarang juga. Terima kasih" pengumuman jelas kedengaran di seluruh blok sekolah SMK Kampung Sejiwa. Amir tanpa berlengah bangkit dari tempat duduknya dan bergegas ke bilik disiplin. Tiga sekawan yang masih berada di kantin langsung tidak menghiraukan pengumuman yang dibuat sebentar tadi. " Korang buat apa lagi kat sini? Tak dengar ke pengumuman tadi?" Cikgu Fikri, guru tingkatan mereka tiba-tiba muncul mengarahkan mereka bertiga ke bilik disiplin. " Malas lah cikgu,kita orang nak makan ni, nanti dalam kelas lapar pula tak makan" balas Mahir. "korang nak pergi sendiri ke nak cikgu heret?" tegas Cikgu Fikri. " Yelah yelah..kita orang pergi." balas Zikri.

Setibanya mereka di bilik disiplin, kelihatan Amir sudah bercancang di meja Cikgu Musa, guru disiplin sekolah. "Sampai pun kamu bertiga, ingatkan nak kena heret baru nak sampai. Dah la lambat. " Bebel Cikgu Musa. "Biar lambat asal selamat, cikgu... Ada apa cikgu panggil kita orang ni? " jawab Zikri, selamba. "Cikgu ada terima beberapa aduan yang kamu bertiga ada buat beberapa kesalahan kat sekolah, betul ke? " "Mana ada cikgu, kita orang budak baik" jawab Mahir.

"Tak payah nak tipu saya, saya dapat aduan yang kamu buli Amir, betulkan? " Tanya Cikgu Musa. Mereka bertiga terdiam. Zikri menjeling Amir sambil berkata "Semua tu fitnah cikgu, bukannya boleh percaya pun. "

"Betul ke Amir, diorang tak buat apa-apa kat kamu? " tanya Cikgu Musa pada Amir pula.

"Be... betul.. cikgu. " jawab Amir, gelisah

"Baiklah, saya percaya kamu semua, tapi kamu berempat akan berada di bawah pengawasan saya sampai saya betul-betul pasti tiada apa-apa masalah antara kamu semua. " Jawab Encik Musa panjang lebar.
Mereka berempat pun beredar daripada bilik Encik Musa. Zikri dan rakan-rakannya berjalan di depan manakala Amir berada di belakang berjalan perlahan, ketakutan. Sebelum mereka masuk ke kelas, Zikri sempat berbisik kepada Amir untuk menunggunya di belakang sekolah setelah tamat waktu persekolahan.

[realiti]
Amir perlahan-lahan bangun untuk pulang ke rumah. Amir menganyuh basikal tua milik ayahnya dengan laju kerana takut jika dia akan dimarahi oleh Mek Nab, ibu tiri Amir. Ibu Amir telah meninggal ketika dia berumur 7tahun. Ibunya telah dibunuh oleh konco-konco along kerana tidak dapat membayar hutang sebanyak RM10,000.00 yang dipinjam ayahnya. Kemudian, ayah Amir bekahwin dengan duda anak dua iaitu Mek Nab dengan syarat Mek Nab membayar hutangnya daripada along. Mek Nab sebenarnya telah lama menaruh harapan terhadap ayah Amir tetapi tidak kesampaian kerana ayah Amir dikahwinkan dengan arwah ibu Amir. Mek Nab memang seorang yang kaya.

"Habislah aku.. mesti kena lagi ni. Harap-haraplah mak takde kat rumah. Amin." bermacam-macam ayat yang dibaca Amir untuk mengelakkannya daripada dimarahi Mek Nab. Dengan pipinya yang lebam dan bibirnya yang pecah, Amir tetap menahan kesakitan yang dirasanya. Hampir 30 minit Amir mengayuh basikal, dia semakin hampir dengan perkarangan rumah. Ibunya sudah berada di tangga rumah sambil memegang rotan. Hati Amir mula berdebar-debar. "Alamak! Macam mana ni? " hati kecil Amir berbicara.

Amir memperlahankan kayuhannya. "Kenapa kau lambat?! " tanya Mek Nab sebaik sahaja Amir turun daripada basikal tua ayahnya. "ta.. tadi ada kelas tambahan. Se.. sebab tu lambat sikit" jawab Amir, gelisah. "Apa? Lambat sikit? Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa? Kalau kau nak tipu aku pun agak-agaklah, aku bukannya b*d*h macam kau! " Tengking Mek Nab sambil memegang kuat pergelangan tangan Amir. "Kalau kau tak nak aku rotan kau, kau masuk, kau masak, basuh pinggan, basuh baju, mop lantai, kemas rumah. Lepas aku balik nanti, kalau kau tak siapkan lagi semua kerja ni, nahas kau aku kerjakan! Aku nak ke pekan! Faham tak?! " Sambung Mek Nab panjang lebar. "Fa... faham. " jawab Amir perlahan. "Muka kau tu dah kenapa?! " tanya Mak Nab,ingin tahu. "Ja..jatuh basikal" jawab Amir sekali lagi. Amir terus masuk ke dalam rumah. Selesai sahaja mandi, tanpa berlengah Amir terus membuat kerja rumah yang ditinggalkan ibu tirinya itu. Mek Nab memang sengaja tinggalkan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh dirinya kepada Amir kerana ingin menyeksanya. Amir hanya ada masa untuk dirinya pada waktu malam sahaja. "Mak! Oo mak! Lapar ni! Nasi!" suara Amira jelas kedengaran di seluruh pelusuk rumahnya. Dia yang baru sahaja pulang entah dari mana terus meminta makan tanpa memberi salam terlebih dahulu. "Mak takde, dia pergi pekan. " Jawab Amir. " Dah kalau mak aku takde, kau lah yang sediakan makanan untuk aku! Cepat! "Balas Amira.

"Kak Mira dari mani ni, sekarang baru balik? "tanya Amir.

"Kau tak payah nak sibuk boleh tak. Hidup aku, ikut suka hati akulah, sibuk je! Dah! pergi buat makanan untuk aku. " Balas Amira, menyampah.

Amira adalah anak sulung dan anak kandung Mek Nab. Perangainya memang sama macam Mek Nab. Dia juga sering menyeksa hidup Amir. Pada malamnya, mereka sekeluarga makan di meja makan. Amir hanya dapat makan selepas mereka semua selesai makan. Kekadang, jika tiada lauk yang ditinggalkan,maka terpaksalah Amir berlapar. Walaupun ayah Amir berada di meja makan, dia langsung tidak menghiraukannya semenjak berkahwin dengan Mek Nab. Perangainya betul-betul berubah. Malah,ayah Amir turut menyeksanya.

Keesokan pagi,seperti biasa sebelum pergi ke sekolah dia menyiapkan sarapan untuk ahli keluarganya yang lain. Walaupun dia lelaki,namun dia sudah biasa melakukan kerja-kerja dapur. Dia hanya menggunakan wang yang disimpannya sebagai wang saku.

"Amir, kerja sekolah semalam kau dah siap ke belum?" tanya Hamzi, rakan yang selalu bersama Amir. Bagi Amir,Hamzi lah tempat dia untuk bergantung. "Dah,kerja semalam dah,kerja hari ni belum,kenapa?" Balas Amir,cuba melawak. "Takde papelah..saja jer tanya..mana tahu tak siap lagi."

"Woi! Mana buku Sains kau?" Tanya Zikri sebaik sahaja masuk ke kelas pada pagi itu.

"Ni." Jawab Amir sambil mengeluarkan dan menghulurkan bukunya kepada Zikri. Hamzi hanya melihat situasi itu tanpa berkata apa-apa.

"Apa kau tengok-tengok?! Aku bagi kang!" tanya Zikri dengan suara yang lantang kepada Hamzi sambil menunjukkan buku limanya itu.

"Takde apa-apa. Kau dah dapat apa kau nak kan? Berambus." Jawab Hamzi,tenang.

"Amir, kenapa kau senang-senang je bagi buku kau kat dia?" Tanya Hamzi ingin tahu. "Kau ni, macam tak tahu pula, aku kan selalu jadi mangsa dia." Jawab Amir. "Kau tak boleh macam ni, Mir. Kau kena berani, baru dia takut dengan kau. Aku tengok kau ni terlalu merendah diri, sebab tu diorang ambil kesempatan atas kau. " Bebel Hamzi panjang lebar. "Bukan semua orang boleh buat apa yang dia nak. Aku memang cuba, tapi tak boleh ,nak buat macam mana lagi? "Rungut Amir. "Suka hati kaulah. Aku dah bagi nasihat. Kau je yang tak nak dengar. " balas Hamzi. Amir terdiam. Ringgg! Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran bermula.

Cikgu Nurlida masuk ke dalam kelas Amir bagi memulakan sesi pembelajaran pertama iaitu Geografi. Panjang lebar Cikgu Nurlida mengajar. "Baiklah kamu semua, hari ni saya akan bagi tugasan berkumpulan pada kamu. Setiap kumpulan perlu ada lima atau enam orang pelajar sahaja. Saya nak kamu buat satu kajian berkaitan dengan bentuk muka bumi di tempat-tempat tertentu. Saya nak hasilnya dalam bentuk buku skrap. Faham semua? " Semua orang menjawab faham termasuklah Amir, tetapi hatinya berbisik, "Alaahai, benda macam ni lah yang paling aku tak suka. " "Bagus. Saya nak kerja ni siap selepas satu minggu mulai sekarang. " Balas Cikgu Nurlida kepada pelajarnya.


[NANTIKAN SAMBUNGAN]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience