Part 6

Romance Series 1890

Part 6

DARI Pulau Jeju, kumpulan lelaki yang baru saja meningkat naik dalam industri hiburan tersebut terus di bawa ke Pulau Nami. Di sana, ada beberapa scene yang akan diambil untuk dimasukkan ke dalam album single pertama mereka.

Penat belum habis lagi, mereka sudah tiba di jeti menuju ke Pulau Nami. Beberapa pengunjung yang naik satu ferri dengan mereka sudah memandang kehairanan.

Pastinya peralatan penggambaran tersebut telah menarik minat mereka untuk mahu tahu.
Namun, semua kru yang terlibat hanya mendiamkan diri. Masing-masing melayan diri walaupun ada beberapa pengunjung berhampiran mereka mula merisik-risik mahu tahu. Jelingan Hyun Ki tidak susah ditebak, lelaki itu meminta dengan cara menggunakan isyarat mata sahaja agar semua ahli-ahli kumpulannya itu mendiamkan diri. Jangan nak beramah-mesra pula. Tidak kena tempat.

Tiba di jeti Pulau Nami, semua turun dengan berhati-hati agar tidak ada yang tercedera. Keadaan sesak itu membuatkan pergerakan masing-masing terbatas.

Akif Fahim tidak kekok membantu seorang kru wanita yang memegang dua kamera sekaligus. Bila kru itu menolak, Akif Fahim ketap bibir. Konon mahu tunjuk garang, makin comel adalah. Kru wanita itu ketawa kecil dibuatnya.

Sesudah semuanya berkumpul di satu tempat yang lapang, Dong Yul iaitu ketua pengurus artis tersebut mula bersuara. Memastikan tidak ada yang tertinggal lagi.

Kemudian dia menuju ke arah beberapa orang kuat yang bertanggungjawab dalam pembikinan muzik video pertama kumpulan di bawah pengawasannya itu. Sementara yang lain masih setia menanti arahan seterusnya dari mereka berdua.

“Abang, penatlah.” Joo Chan mengadu dan terus duduk ke tanah. Kening Akif Fahim, Myung Dae, Yut dan Won Shik pantas terangkat. Sementara Hyun Ki sudah geleng kepala. Lelaki itu memang manja antara mereka semua. Kalau lelaki itu tiada, mungkin agak sunyi kumpulan itu.

Kru-kru yang melihat tersenyum kecil dibuatnya. Sebenarnya, bukan dia seorang sahaja yang penat. Rata-rata semua yang terlibat dengan penggambaran kali ini semuanya penat tahap gaban. Namun atas dasar nama kerja dan tanggungjawab, penat itu ditolak ke tepi sehinggalah tugas-tugas tersebut selesai dengan jayanya.

“Berdiri!” arah Hyun Ki dengan suara ditekan agar tidak mengganggu perbincangan yang sedang berlangsung ketika ini.

Joo Chan mencebik namun tetap juga dia mendengar arahan. Hendak bertikam lidah dengan Hyun Ki, jangan harap boleh menang. Mengalahkan anak CEO saja gamaknya.
Apabila dia berdiri, terus dia menyandarkan pula tubuhnya kearah Yut yang berdiri hampir dengannya.

“Attention!” tiba-tiba Dong Yul bersuara lantang. Mahukan semua yang berada di situ beri perhatian padanya. Apabila semua pandangan terarah padanya, barulah dia melanjutkan bicara.

Setelah perbincangan ringkas yang dilakukan tadi, mereka ambil keputusan untuk bergerak agak ke dalam sedikit dari kawasan yang mereka berdiri sekarang. Tidak banyak tingkah, semua menurut sahaja.

Kemudian Dong Yul menuju ke arah Akif Fahim dan Yut. Dua lelaki tersebut belum terlalu faham bahasa Korea lagi. Ini kerana, Akif Fahim berasal dari Malaysia sementara Yut berasal dari Thailand.

Sebagai ketua pengurus artis, dia perlu bertanggungjawab menerangkan pada mereka berdua dalam bahasa English pula agar tiada yang ketinggalan.

Tiba di kawasan yang strategik, semua kru yang terlibat mula menjalankan tugas masing-masing. Tidak perlu sesiapa yang beri arahan. Mereka sudah maklum dengan tugas masing-masing.

Akif Fahim, Hyun Ki, Myung Dae, Yut, Won Shik dan Joo Chan pula diminta menukar pakaian di tempat yang telah dikhaskan buat mereka berlima. Kemudian sesi mekap pula berlangsung.

Setelah semuanya sudah berada di dalam keadaan bersedia, barulah penggambaran itu dijalankan. Kelihatan sudah ramai pengunjung tempat itu berdiri tidak jauh dari tempat penggambaran.

Penolong Pengarah terpaksa mengawasi keadaan sekeliling agar tidak didekati oleh pengunjung tempat itu sepanjang penggambaran itu berlangsung nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience