Part 8

Romance Series 1890

Part 8

USAI menjammakkan solat Zuhur dan Asar, dia turun ke tingkat bawah dan menuju ke restoran halal Asia Family Restaurant Nami Island. Hidangan yang disediakan lebih bercirikan makanan Korea, mahu tidak mahu terpaksalah juga dia bedal. Mujurlah harga berpatutan.

Baru saja selesai Yasna Malaika baca doa makan, tiba-tiba seorang lelaki duduk di hadapan mejanya. Tidak jadi Yasna Malaika menyuapkan nasi ke dalam mulut. Bulat mata gadis itu memandang kelibat tersebut. Pakai kaca mata besar dan berbingkai bulat. Baju jaket terzip sampai ke dagu dan memakai topi serba hitam. Yasna Malaika jadi pelik.

“Er… I think you are at the wrong sit, sir.” Perlahan Yasna Malaika bersuara. Lelaki itu terus angkat pandangan. Mata mereka bertemu dalam keadaan yang amat terkejut.

“Er… kita pernah jumpa kan?” laju lelaki itu bertanya. Yasna Malaika mengerutkan dahinya. Seingatnya, lelaki kacak yang sedang duduk di hadapannya itu memang pernah dia temui. Iya, di kedai GS25. Lelaki inilah yang meyakinkannya yang minuman susu pisang yang mahu dibelinya semalam selamat diminum oleh orang Islam.

“Banana Milk, right?” soalnya lagi. Yasna Malaika angguk perlahan. Tak sangka, kecil juga tempat ni rupanya. Semalam jumpa di airport, hari ni jumpa di sini pula. Yasna Malaika tersenyum kecil.

“Saya tumpang makan sini ye. Jangan cakap apa-apa dulu. Kita makan saja,” pintanya kemudian. Tidak jadi Yasna Malaika mahu bertanya lanjut. Tingkah lelaki itu bagai cuba bersembunyi dari sesuatu sahaja. Ada orang kejar dia ke? Yasna Malaika memandang sekeliling.

Meskipun padat dengan pelanggan, namun tidak kelihatan seorang pun yang sedang memandang ke arah mereka berdua saat ini. Jangan, jangan… Yasna Malaika memandang semula ke arah lelaki itu. Begitu berselera sekali sampaikan dia telan liur sendiri.

Lapar punya pasal, Yasna Malaika abaikan sebentar perasaan ingin tahunya itu. Nasi dan lauk-pauk dari negara itu dijamahnya dengan penuh berselera. Erm, sedap juga rupanya. Bolehlah, sesuai dengan tekak Asianya ini.

Tidak sampai beberapa minit, Yasna Malaika memandang hidangan lelaki tersebut. Bapaklah! Licinnya! Dia ni dah lama tak makan agaknya. Yasna Malaika telan air liur.

“Kenyang ke?” soal Yasna Malaika perlahan. Lelaki kacak itu angkat kepalanya lalu tersenyum sampai tidak nampak mata.

“Alhamdulillah,” sahutnya kemudian. Kening Yasna Malaika terangkat serta-merta. Islam rupanya. Ingatkan bukan tadi.

“Er…”

“Saya Akif. Awak?” Yasna Malaika mendiamkan diri. Lama dia pandang wajah lelaki itu.

“Awak ada masalah ke?” lain pula Yasna Malaika jawab. Kening Akif Fahim lantas terangkat.

“Panjangnya nama. Nak panggil mana satu?” kali ini Yasna Malaika pula angkat kening.

“Eh, bukan. Saya tanya, awak ada masalah ke? Saya Yasna Malaika.” Akif Fahim ketawa kecil.

“Tahu. Saja nak bergurau. Anyway, thanks Yasna sebab temankan saya makan. Saya pergi dulu. Ada jodoh, kita jumpa lagi. Assalamualaikum,” suanya kemudian dan terus berlalu dari situ. Gerakkannya sama macam tadi, masih berusaha menyembunyikan wajahnya dari kenampakkan.

“Walaikum salam,” sambut Yasna Malaika perlahan. Kelibat itu terus dipandang hingga hilang dari pandangan. Otaknya dikerah, manatau lelaki yang bernama Akif itu ada kaitan dengannya.

Masuk yang ini, sudah dua kali mereka bertemu. Ayat perpisahannya yang diucapnya juga sama macam sebelumnya. Ada jodoh, jumpa lagi. Harap-harap ada jodohlah ye lepas ni. Bisik hati Yasna Malaika nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience