Part 4

Romance Series 1890

Part 4

“MAAF, maaf!” tiba-tiba satu suara menyapanya dalam bahasa Korea menerpa halwa telinganya. Terus Yasna Malaika buka mata luas-luas. Rupanya dia tertidur juga walaupun dia berniat mahu berjaga hingga sampai ke destinasinya.

Gadis yang duduk di sebelahnya itu dipandang sepi. Kemudian gadis tersebut menunjukkan sesuatu ke arah wajahnya. Cepat-cepat Yasna Malaika menyentuh pipinya, terasa ada air yang mengalir di situ.

Fahamlah dia kini. Pasti sewaktu terlelap tadi dia bermimpi hal yang berlaku sebelum dia membawa diri ke negara ini. Lantas dilapnya menggunakan hujung tudung. Sementara gadis Korea itu terus memandangnya tanpa berkelip. Yasna Malaika pula yang malu sendiri.

“Awak tak apa-apa?” soal gadis Korea itu tiba-tiba.

Tingkahnya tadi segera terhenti. Yasna Malaika angguk kepala laju. Senyum pula bagai tidak ikhlas saja. Bukan apa, dia masih berasa malu kerana kedapatan menangis dalam tidur. Harap-harap dia tak cakap apa-apa masa tidur tadi.

Melihat Yasna Malaika masih lagi kekok dengan dirinya, gadis itu memaniskan wajahnya. Rambut yang diikat satu atas kepala dan langsung tidak mengenakan sebarang mekap di wajah, tetap kelihatan cantik di mata Yasna Malaika. Natural beauty. Yasna Malaika sempat memuji dalam hati.

“Baguslah,” suanya kemudian.

Amboi, ramah pula minah Korea ni. Aku pula yang segan nak buka mulut jadinya. Yasna Malaika angguk kepala lagi. Dia membetulkan duduk, punggung sudah terasa kebas kerana duduk terlalu lama.

“Awak berasal dari mana?” Sekali lagi gadis cantik itu bertanya. Agaknya dia tidak ada kawan bercakap, jadi ringan saja mulutnya mahu ajak Yasna Malaika berbual.

Mendengarkan soalan tersebut, mulalah Yasna Malaika pening kepala. Aduh, apa pulalah dia tanyakan ni. Dia manalah terror bahasa Korea. Yasna Malaika tersengih bagai kerang busuk.

“Sorry, I can’t understand you,” balas Yasna Malaika, tidak mahu gadis itu tertunggu-tunggu jawapannya.

“Maaf. Ops! Sorry.” Mungkin baru perasan yang gadis yang diajaknya berbual itu tidak faham bahasa Korea. Mujur dia faham bahasa English.

“Where are your from?” soalnya kembali dalam bahasa English pula.

“Malaysia.” Sepatah Yasna Malaika membalas.
“Nice to meet you,” suanya kemudian seraya menundukkan sedikit kepalanya ke arah Yasna Malaika.

Yasna Malaika melebarkan senyuman juga melakukan perkara yang sama gadis Korea itu buat tadi tanda dia menghargai ucapan tersebut.

“I’m Eunji. Lim Eunji. You?” akhirnya barulah gadis itu memperkenalkan dirinya.

“Can call me Yasna,” beritahu Yasna Malaika pula. Lim Eunji angguk kepala.

“Here… where you stay?” Walaupun ayat pertanyaan Lim Eunji dalam bahasa English itu tidak tersusun grammarnya, namun dia masih berusaha mahu berbual dengan Yasna Malaika. Siap jarinya ditunjuk-tunjuk ke bawah.

“Traveller A Hostel. Do you know where is it?” Muka kosong Lim Eunji menunjukkan gadis itu sedang berfikir dalam. Terlalu dalam sehinggakan dia tidak mampu menjawab pertanyaan Yasna Malaika tadi.

Aduh, ingatkan dia boleh faham. Garu kepala Yasna Malaika jadinya. Lalu Yasna Malaikan menunjukkan peta yang menunjukkan nama dan arah hostel yang bakal dia menginap di situ nanti.

Lim Eunji diam sambil memandang peta yang dihulurkan padanya. Mungkin sedang meneliti nama hostel yang tertera di situ.

“Tahu!” Tiba-tiba Lim Eunji melonjakkan suara.
Bulat mata Yasna Malaika jadinya. Aik, dia pula yang terlebih teruja ni.

Penumpang-penumpang yang ada di dalam bas tersebut hanya menoleh sekejap ke belakang dan kemudian memandang ke hadapan semula. Malas mahu ambil tahu agaknya. Penat. Maklumlah, rata-rata yang ada dalam kereta ini baru datang dari tempat yang jauh. Macam dirinya juga.

“We… stop Kukdo Hotel then… go to exit 4 Subways.” Bersungguh-sungguh Lim Eunji memberitahu sambil angkat empat jarinya. Yasna Malaika angguk-angguk lagi. Walaupun bahasa English Lim Eunji tidak begitu tersusun, namun dia mengerti. Peta tadi diserahkan semula padanya.

“Thank you,” ucap Yasna Malaika kemudian.
Lim Eunji angkat jari ‘ok’ sambil buat muka comel. Kening gadis itu terangkat lagi. Minah-minah Korea memang suka buat muka comel agaknya. Sempat hatinya berbisik.

Tiba di Stesen Bas yang berada di hadapan Hotel Kukdo, Yasna Malaika mula berdiri. Sempat mengucapkan kata perpisahan pada Lim Eunji yang tidak turun di situ. Next stesen katanya.

Terus saja Yasna Malaika mencari jalan yang dimaksudkan oleh Lim Eunji tadi. Melihat tiang jalan yang berwarna hijau dengan tulisan Korea Euljiro 4 (sa)-ga, Yasna Malaika akhirnya tersenyum sampai telinga.

Nampaknya sekejap lagi dia akan sampai ke hostelnya. Penat yang semakin menjalar ke setiap ototnya benar-benar membunuh semangatnya mahu keluar ke mana-mana malam nanti.

*anggap saja watak Lim Eun Ji tu Jung Eun Ji. Main vocal Apink. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience