Part 2

Romance Series 1890

Part 2

“ABANG, siapa perempuan yang abang jumpa tadi tu?” bisik Joo Chan pada Akif Fahim yang duduk di sebelah kerusinya.

Akif Fahim terus mengerutkan dahinya. Kemudian dia memandang ke arah rakan-rakannya yang lain duduk tidak jauh dari tempat duduk mereka dalam kapal terbang tersebut. Sengaja dia menjawab lambat-lambat pertanyaan lelaki paling muda di antara mereka semua itu.

Melihat muka Joo Chan yang makin tidak sabar mendengar jawapannya, Akif Fahim berdehem sekali namun agak sedikit kuat hingga menarik perhatian pramugari yang baru saja melalui tempat duduk mereka. Pramugari cantik tersebut kembali memandang ke arah mereka berdua.

“Yes, can I help you, sir?” tanya gadis cantik itu berserta senyuman manisnya. Akif Fahim pantas geleng kepala. Tidak lupa memaniskan wajahnya sekali.

Sementara Joo Chan sudah cuba-cuba main mata pula pada gadis tersebut. Namun Akif Fahim segera menarik telinganya. Gadis itu tersenyum dan menggeleng kecil jadinya.

Setelah pasti dua penumpang itu tidak memerlukan apa-apa darinya, dia berlalu dari situ. Apa lagi, terus Joo Chan memasang wajah garang pada Akif Fahim. Akif Fahim hanya jungkit bahu. Majalah yang tersisip di sebelah tempat duduknya itu lantas diambil. Membelek-belek tanpa berniat mahu membacanya.

“Eh, abang!” marah betul Joo Chan.
Akif Fahim masih buat-buat tidak faham. Budak sebelahnya ini, kerjanya memang suka menyibuk hal orang lain. Selagi tidak dapat jawapan selagi itulah dia sibuk bertanya.

Tidak semena-mena kepala Joo Chan diketuk dari arah belakang. Terkejut lelaki penyibuk itu jadinya. Laju kepalanya memandang ke belakang. Melihat wajah serius Hyun Ki, lelaki yang bertindak sebagai ketua kumpulan mereka itu membuatkan Joo Chan mematikan niatnya untuk membalas. Akif Fahim ketawa dalam hati.

“Senyap!” Hyun Ki memberi arahan.
Joo Chan akhirnya tersengih-sengih. Dengan Hyun Ki dia memang tidak berani melawan kata. Lelaki itu terlalu serius untuk dibawa bergurau. Kembali dia memandang ke arah Akif Fahim.

“You owe me something!” bisik Joo Chan, masih tidak puas hati. Kali ini dia tidak bercakap bahasa ibundanya itu lagi. Dia mengepal tangan ke arah lelaki itu sambil ketap bibir. Konon mahu tunjuk kuat, namun Akif Fahim hanya buat-buat tidak mengerti. Dalam hati dia sudah ketawa geli hati. Budak ni, ingat aku takutlah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience