Part 7

Romance Series 1890

Part 7

KUMPULAN manusia yang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri itu menarik perhatian Yasna Malaika. Tanpa menunggu lama, dia terus menuju ke arah tersebut.

Melihat kamera yang terpacak di beberapa kawasan, membuatkan gadis itu yakin ada penggambaran sedang berlangsung. Yasna Malaika jadi berminat. Mahu melihat kalau-kalau penggambaran tersebut melibatkan artis-artis Korea yang dikenalinya atau tidak. Bolehlah dia snap beberapa gambar untuk cemburukan Husna.

“Er, artis k-pop apa ni?” tiba-tiba Yasna Malaika ringan mulut bertanya pada gadis Melayu yang berselendang berdiri paling hampir dengannya. Gadis itu pantas memandang ke arahnya dengan reaksi terkejut. Tersengih Yasna Malaika jadinya.

“Eh, ada orang Melayu juga rupanya. Terkejut saya.” Gadis itu urut dada sambil ketawa kecil. Memang betul tekaan Yasna Malaika tadi, gadis itu memang terkejut kerana terlalu fokus dengan aktiviti yang sedang berlangsung di hadapan matanya itu.

“Shadow. Sis tak tau ke? Rookie group.” Ramah dia memberitahu. Serius, Yasna Malaika memang tidak kenal mana-mana artis Korea sama ada terkenal atau tidak. Sebab apa, dia sendiri juga dalam industri yang sama. Bukan sebagai artis cuma krew semata-mata yang bertugas di belakang tabir.

Yasna Malaika angguk kepala juga meski dia tidak kenal. Gadis tadi kembali memandang ke hadapan. Gila minat minah ni dengan mereka. Dia ikut memandang ke hadapan. Mahu tahu ahli-ahli yang berada dalam rookie yang dimaksudkan oleh gadis Melayu tadi.

“Oh ya, sis. Saya Ida. Sis?” gelaran sis sangat popular dalam perbualan yang melibatkan orang-orang yang baru dikenali. Kedengaran lebih sopan berbanding ber'cik' atau panggilan kakak. Itu macam formal sangat pula.

“Yasna. Traveller juga ke or student?” soalnya kemudian. Ida geleng kepala. Entah, untuk pertanyaan yang mana satu.

“Student. Datang sini sebab nak cari bahan untuk assignment individu. Tak sangka rezeki saya hari ni jumpa mereka. Syoknyeee…” Yasna Malaika kerutkan dahi. Teruja benar pula dia. Jumpa artis saja kot, bukan jumpa Malaikat. Geleng kepala Yasna Malaika melihat ulah sahabat baru yang ditemuinya itu.

“Yasna? Student juga ke?” Yasna Malaika geleng kepala. Kedua mereka walaupun masih berbual namun mata tetap menumpukan perhatian pada beberapa scene yang sedang berjalan ketika itu.

Rupanya ada enam orang dalam Rookie Group yang digila-gilakan oleh Ida ni. Not bad, semua pun kacak-kacak belaka. Harap-harap lagu pun kacak jugalah hendaknya.

Kebanyakan lagu dari negara K-pop tersebut bukanlah hebat sangat pun, yang membuatkan orang tergila-gilakan mereka adalah artis tersebut.

Ops! Kalau Husna dengar confirm dia kena ceramah free.

Yasna Malaika memandang jam tangannya. Sudah dekat masuk waktu solat Zohor. Lantas bahu Ida disentuhnya perlahan.

“Er… saya minta diri dululah,” beritahu Yasna Malaika perlahan. Ida angguk-angguk laju. Kemudian gadis itu mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Nota kecil dan pen. Dia menulis sesuatu lalu dikoyakkan dan diberikan pada Yasna Malaika.

“My phone number. Mana tau kalau awak ada masalah selama stay di sini. Boleh contact saya bila-bila masa.” Kertas tadi bertukar tangan kepadanya.

Yasna Malaika angguk kepala kemudian meminta diri dari situ.

"Jumpa lagi!" Mereka bersalaman sebelum berpisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience