BAB 5

Romance Completed 7003

“ Ehem ehem.”

Aku tersentak. Oh. Ada suara rupanya. Aku ingatkan dah bisu tadi.

“ Terima kasih Hanis.”

Aku menarik senyuman tipis. Kalau tak kerana mereka berdua tu tak ingin aku terima. Buat hati pedih dan lara je.

“ Tapi kenapa saya? Dan untuk apa?”

“ Sebab kita pernah rapat dulu. Dan untuk membuktikan pada orang tua saya yang saya pun ada pilihan sendiri.”

Aku terdiam. Jadi, masalah aturan keluarga la ni? No wonder.

“ Dan sebab saya Cuma kenal awak.”

Aku tersenyum tawar.

“ Ramai lagi la yang awak kenal. Bukan saya saja. Ha. Apa nama Julia tu. Bukan ke dia makwe awak dulu? so kenapa tak minta tolong dia? Ke dia tak nak?”

Tiba-tiba aku terdengar dengusan dia. Aik? Kenapa?

“ Jangan sesekali ungkit nama dia depan saya. Kami berdua dah tak ada apa-apa hubungan. Habis je sekolah kami putus. Sebab dia tak jujur. Tak macam awak Hanis.”

Aku terkedu. Okay! Terus pandang ke luar tingkap. Jangan cepat cair! Jangan cepat menerima. Buat biasa. Focus!

***
Aku benci keadaan sekarang. Seorang bapa. Seorang mak. Seorang pula bakal isteri. Seorang lagi pula kak. Ish! Rasa macam nak lari keluar daripada rumah ni sekarang juga. Yala. Dari tadi asyik kena perhati je. Teruk sangat ke aku ni? Bukannya aku pakai seksi pun. Aku pakai tudung dan tutup aurat kot.

“ Kali ni tolong jangan bantah cakap Zaini. Zaini tetap dengan keputusan Zaini. Zaini tak nak Gia or sesiapa except this girl.”

Aku terteguk air liur saat mendapat jelingan maut daripada perempuan yang bernama Gia tu. Ala! Kes cemburu ni. Kenapalah Zain tolak Gia ni. Nak kata tak cantik. Cantik. Tinggi. Model pula tu. Cuma seksi je. sakit mata aku tengok.

“ Akak setuju dengan pilihan Zaini.”

Aku tersentak. Kak Zain setuju? Alhamdulillah. Kak Zain baik orangnya. Eh! Dah kenapa aku bersyukur pula ni? ingat Hanis! Ini Cuma lakonan je. Lakonan!

“ Papa pun sokong.”

Okay. Kali ni rasa nak tersenyum lebar. Papa dia pun baik. Bestnya! Cuma bila tengok renungan tajam mama Zain buatkan aku kecut perut. Ala. Mama dia tak baik pula. Tak sokong. Huhu.

“ Aunty.” Okay. Perempuan ni dah mula menggedik. Nak pujuk la tu. Eii! Sakit pula hati aku tengok. Sabar Hanis! Sabar.

“ Zaini. Why her? Gia lagi perfect.”

Si mama mula membantah. Tapi Zain tetap maintan cool. Siap tersenyum lagi. aku yang tengok pun boleh jadi tenang.

“ Sebab dia adalah Hanis. Dia bukan orang lain.”

Tiba-tiba si kak Zain datang dan memeluk aku. Okay. Spontan! Aku sangat terkejut.

“ Akak tahu kamu boleh membahagiakan Zaini.” Aku tersenyum sumbing. Akak. Kalaulah akak tahu saya Cuma berpura-pura. Mesti akak benci saya.

“ Mama tetap tak suka. Mama tetap nak kamu kahwin dengan Gia.”

Aku dapat tengok wajah manis Zain tadi bertukar keruh. Kesian pula aku tengok. Aku nak bantu tak apa kot?

“ Maaf Datin. Tapi Datin tak patut tentukan masa depan Zain. I mean Datin tak patut sekat kebahagiaan dia. Dia berhak buat pilihan demi kebahagiaan dia. Even tak dengan saya. Datin tak boleh pentingkan diri sendiri.”

Okay. Aku rasa aku dah melebih. Semua orang tepat memandang ke arah aku. Erk! Aku ada salah cakap ke? Aku terus toleh ke arah Zain yang mula mengukirkan senyuman itu.

“ Zain. Saya buat salah ke?” Soalku berbisik.

“ No. Awak betul. Saya sokong.” Dia turut berbisik dan kembali fokus pada mama dia.

Okay. Aku tak nak bersuara dah. Shut up!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience