BAB 3

Romance Completed 7003

Selepas punctual kad, aku terus berjalan menuju ke bilik pejabatku. Tapi langkahku serta-merta terhenti apabila terasa diperhatikan. Mahu tak mahu aku terus menoleh ke belakang. Dan aku terus terkaku pada tempat saat melihat insan yang sedang mara ke arahku itu.

“ Finally. Dapat juga jumpa awak Hanis.” Dia mengukirkan senyuman padaku.

Aku tersedar. Terus aku beriak macam tidak kenal. Sedangkan wajah ini lah yang aku sering ingat even dah 5 tahun berlalu.

“ Maaf? Awak siapa?”

Tiba-tiba dia ketawa. Dan pada pendengaran aku ketawa dia tu sangat sinis. Macam nak mengata aku. Memang lah dah aku boleh tanya siapa.

“ Awak dah lupa saya? Takkan tak cam muka saya?”

Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Aku yang melihat dah menahan debaran. Ya. Aku mengaku. Dia handsome. So?

“ Tak. Siapa?” sengaja buat muka selamba. Siap kerutkan dahi lagi. Tak nak dia tahu aku berpura-pura.

“ Nurul Hanis Humaira.”

Aku terkedu. Dia masih ingat nama penuh aku.

“ Sampai bila-bila saya takkan lupakan nama itu Hanis. Awak dah banyak tolong saya dulu. Saya Ruzaini. Orang lain suka panggil saya Ruzaini tak pun Zaini. Tapi awak lain. Awak suka panggil saya Zain.”

Aku terkedu lagi. kali ni dia merenung aku dengan pandangan yang redup. Dan aku tak dapat tahan renungan dia tu jadi aku terus tunduk ke bawah.

“ Awak jangan tipu saya Hanis. Awak memang kenal saya. Cara awak pandang saya tadi. You can’t lie me girl.”

Aku mendongak ke arah dia. senyuman hambar diukir. Aku membuat anggukan kecil.

“ Yes. Tapi saya tak nak ingat awak. Awak buat apa cari saya lagi? dan dari mana awak tahu saya kerja dekat sini? Most important mana awak tahu nombor saya?” Serangku bertalu-talu.

Dia ketawa kecil. Arh! Dia memang suka buat aku cair.

“ From your lovely brother. Hakim.”

Aku mengetap bibir. Kuat. Tak guna punya abang. Ish! Tengok lah nanti. Aku akan balas dendam. Tak boleh nak simpan rahsia langsung. Benci!

“ Ya. Awak tanya kenapa saya cari awak kan?”

Aku hanya mengangguk memberi jawapan.

“ I really need your help.”

Tiba-tiba wajah dia berubah. Bertukar keruh. Kenapa pula?

“ Help? Why?” Soalku ingin tahu.

“ Please act like you my girlfriend.”

Kali ni aku betul-betul tergamam. Apa? apa aku dengar tadi?

“ Seriously what?”

Dia membuat anggukan perlahan.

“ Please. Kejap je. tak lama. Berlakon jadi kekasih saya. For a while.”

Okay. Aku betul-betul rasa nak pengsan sekarang. Once again?! Are you kidding me Zain?!

**
Tak ke kiri. Aku ke kanan pula. Mundar-mandir dekat ruang tamu tu. Yang pasti depan Intan dan of course depan abang kesayangan aku tu. Kesayangan lah sangat kan?

“ Adik! Please. Duduk. Pening la abang tengok adik duk mundar-mandir macam ni.”

Arahan abang aku tidak endahkan. Malah aku terus hadiahkan jelingan maut dekat dia.

“ Semua ni sebab abang! Kenapalah abang pergi cakap dekat Zain yang adik kerja situ? Kenapa abang? Abang ni spoil mood betul lah!” berangku lantas duduk di hadapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience