BAB 13

Romance Completed 7003

“ Hanis Humaira. Sudikah awak jadi isteri saya? Saya tahu awak masih cintakan saya lagi.”

Aku menggeleng perlahan. Terus aku tutup radio. Air mataku dah menitis ke pipi. Zain. Kenapa awak buat saya macam ni? Saya tak pernah benci awak Zain. Saya sayangkan awak. Cuma saya ego. Ego nak buat keputusan dan stay dengan awak.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu membuatkan aku terus seka air mataku dengan laju. Terus aku berpura-pura meneliti dokumen yang ada di depan mata. Control jangan bagi orang perasan.

“ Masuk!” Laungku tanpa melihat ke arah pintu.

Bila dengar je bunyi derapan kaki yang masuk ke dalam pejabat aku, aku terus mendongak untuk melihat gerangan itu. Kali ni aku betul-betul terkejut. Terkedu. Terkelu. Kenapa? Sebab Zain ada depan mata aku sekarang.

“ Hanis.”

Aku hanya mampu memerhati tanpa mengeluarkan suara. Sebab aku tak tahu nak beri reaksi apa. Aku macam kena kawal. Debaran pun makin memuncak.

“ Awak dah dengar kan suara hati saya dekat radio tadi?”

Dia makin mendekat sampailah dia ambil tempat depan aku. senyuman manis tak pernah lekang daripada bibirnya. Tapi aku masih terpinga-pinga dengan perasaan keliru.

“ Sekali lagi saya tanya awak. Nurul Hanis Humaira. Sudikah awak jadi isteri saya?”

Tiba-tiba dia hulurkan aku sebentuk cincin yang bertatahkan berlian. Aku yang melihat dah tergamam. Kali ni dia betul-betul serius.

“ Dah setahun saya tunggu. Setahun tu saya tak pernah berhenti berdoa agar disatukan dengan awak. Saya makin yakin selepas abang awak kata awak memang tak dapat lupakan saya. Buktinya? Ada gambar saya dalam bilik awak. kan?”

Aku mengetap bibir. Abang!!!! Tak boleh diharap langsung.

“ Sampai bila awak nak larikan diri daripada saya Hanis?”

Redup dia memandang aku. Aku pula terdiam. Please Hanis. Kali ni jangan ikutkan ego kau sangat. Kau dah sayang dia. So terima je la. Arh! Penat berperang dengan perasaan sendiri. Akhirnya aku bangun dan berjalan ke tingkap. Seketika aku mendiamkan diri sampailah aku bersedia berdepan dengan dia. Dia masih menanti dengan penuh sabar.

“ Zain.”

“ Ya.”

Aku pandang dia dengan senyuman kecil.

“ Kenapa?”

“ Saya dah jawab soalan tu dalam radio tadi. Saya yang patut tanya awak kenapa awak tolak saya? Kenapa awak nafikan perasaan sendiri?”

“ Sebab saya takut disakiti lagi. Sebab saya terlalu sayangkan awak.”

“ Saya janji. Saya akan jaga awak sebaik mungkin. Macam saya jaga nyawa saya sendiri.”

Cincin tadi dia hulurkan kembali pada aku. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Tapi dia pandang aku dengan senyuman. Aku kembali tengok cincin tadi.

“ Cantik cincin ni.”

“ Lagi cantik bila si pemakai memakainya. Dan orang tu mestilah awak.”

Aku tersenyum. Tanpa ragu-ragu aku terus mengambil cincin yang dihulurkannya itu. seperti yang dijangka, dia terus menjerit kegembiraan.

“ Yes! Thanks Hanis! Saya janji saya akan lindungi awak, jaga awak, bimbing awak sehingga ke hujung nyawa.”

Aku tergelak kecil.

“ InsyaAllah Zain. InsyaAllah.”

Aku pandang dia dengan perasaan yang sukar ditafsirkan. Yang pasti aku rasa gembira. Terlepas satu beban.

“ Hanis.”

“ Ya saya.”

“ Sematkan dalam jiwa awak. Ruzaini cintakan Hanis Humaira.”

Aku tersenyum malu. Tanpa menjawab, aku berlalu ke luar pejabat.
‘’Dah tu je ke? Okaylah saya lapar! Perut berkeroncong. Bye!’’ jawabku seraya berlalu tinggalkan dia yang terpinga-pinga.’’
‘’Jangan risau, aku akan semat namamu sentiasa di dalam hatiku.’’ Jawabku dalam hati sambil tersenyum ketika menoleh padanya.
Kau tahu isi hatiku, jangan risau.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience