BAB 4

Romance Completed 7003

Selepas saja aku dengar permintaan dia semalam. Aku terus lari masuk ke dalam pejabat aku. siap kuncikan pintu lagi. Sebab permintaan dia tu memang tak boleh pakai! Nak aku jadi bodoh lagi ke? Macam dulu? kalau aku terima permintaan dia tu bermakna aku juga sedang menempuh bahaya. Ya. Menempuh untuk hati disakiti lagi. Sanggup ke?

“ Abang tak sengaja. Lagipun dia bersungguh-sungguh. Abang nak buat apa lagi? Kesian pula abang tengok.”

Amboi ! Amboi! Amboi! Cekodok dia je cakap macam tu. Kalau si Zain tu tidak pernah tinggalkan kesan dalam hidup aku tak apa lagi.

“ Hanis. Kenapa kau tak terima je permintaan dia tu? Aku rasa dia memang perlukan pertolongan kau.”

Aku tengok Intan dengan riak tidak percaya. Abang aku pula sudah tersengih. Sebab dia rasa Intan sekepala dengan dia. Mana tak sekepala dah dua orang depan aku ni ada hubungan. Dah nak kahwin pun. Huh! Langsung tak boleh nak tolong.

“ Kau nak aku terima? Kau gila? Kau nak benda yang sama berulang lagi? Kalau aku jatuh hati pada dia lagi macam mana? Kau sanggup tengok aku tahan derita aku macam dulu? Kau sanggup ke Intan?”

Aku jadi pasrah. Jadi tak bermaya. Kenapa mesti aku Zain? Kenapa tak orang lain?

“ Sebab aku tahu korang berdua akan saling mencintai satu hari nanti. Dan time tu dia akan terima dan sedar perasaan kau dekat dia.” Lembut Intan berkata dengan senyuman.

Abang aku pula tiba-tiba bangun dan ambil tempat di sebelah aku. Bahu aku dipautnya mesra. Kepala aku pula diusap perlahan.

“ Trust me adik. Kalau adik tak bermakna pada dia, dia takkan saja-saja minta tolong pada adik.” Abang cuba memujuk.

Aku pula terdiam. Tapi.

“ Tapi kenapa lepas 5 tahun? Tu tak membuktikan lagi ke yang adik tak penting langsung dalam hidup dia?” Aku cuba membantah.

Abang menarik senyum. Intan pun sama. Dua-dua orang ni sepakat ke apa?

“ Kalau tak penting dia takkan tanya fasal adik dekat abang hampir setiap hari.”

Aku tergamam. What?

“ Hanis. Terima lah. Tak salah kalau kau tolong dia kan?”

Aku meraup wajahku perlahan.

“ Please. Tolong saya Hanis.”

Kali ni aku terus bangun dan menoleh ke belakang gara-gara terkejut saat mendengar suara garau itu. Zain!

**
Sunyi sepi. Ya. Itu yang aku rasakan sekarang. Nama je ada orang dalam kereta ni. Tapi tiada seorang pun yang terasa nak buka mulut. Radio pun bukan tak ada tapi empunya kereta tidak buka. Memang sengaja nak bagi sunyi sepi ke apa?

Aku sempat kerling dia sekilas. Aku teringat lagi fasal semalam. Aku tak tahu semenjak bila dia muncul dan dari mana dia dengar perbualan aku dengan abang dan Intan. Yang pasti dia betul-betul merayu dekat aku semalam. Dan sebab ada penyokong tegar, aku terpaksa bersetuju. Tapi aku kena keraskan hati. Jangan benarkan hati aku jatuh cinta lagi. Oh yeah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience