BAB 10

Romance Completed 7003

Sebulan berlalu.

Aku tersenyum lebar saat melihat pasangan sejoli di atas pelamin saat ini. Bahagianya. Alhamdulillah. Abang dan Intan dah selamat jadi suami isteri. Aku happy kalau mereka happy.

“ Adik.”

Aku mendekati abang yang sedang memanggil.

“ Kenapa? Nak apa-apa ke?”

“ Tak. Cuma nak cakap.”

Abang kerling Intan sekilas sebelum kembali memandang ke arah aku. Nampak serba salah dua orang depan aku ni. dah kenapa?

“ Apa ni? Cuba cakap terus terang.” Gesaku. Tak sukalah nak berahsia-rahsia ni.

“ Dia datang.”

Aku mengerutkan dahi.

“ Siapa?”

Abang tersenyum kecil.

“ Zain.”

Kali ni aku terus rasa nak jatuh. Selepas kejadian bulan lepas aku terus keluar melancong tanpa memberitahu pada sesiapa. Ni pun baru minggu lepas sampai. Tapi kenapa dia datang?

“ Pergilah jumpa dia. Dia rindukan kamu adik.” Suruh abang dengan senyuman.

Dengan keluhan aku turun daripada pelamin. Aku menuju ke khemah perempuan. Ada saja tempat kosong aku terus ambil. Aku pandang jauh ke hadapan. Walau seribu kali aku cuba mengelak daripada dia. Mesti dia akan datang balik. Tolonglah Zain! Aku nak lupakan kau!

“ Assalamualaikum.”

Aku terkedu. Dia dah sedar aku duduk sini.

“ Waalaikumussalam.”

Aku beriak biasa. Dia sudah duduk depan mata aku. Tapi aku terus pandang ke arah lain.

“ Saya rindu awak.”

Terbit juga senyuman sinis pada bibir aku.

“ Dah ada buah hati tu buat cara ada buah hati. Tak payah nak menggatal dekat sini.” Sindirku pedas.

Tapi dia tetap berlagak tenang. Dengan senyuman lagi.

“ Saya cari awak. Tapi awak menghilang.”

“ Saya tak nak ada kaitan dengan hidup awak lagi.”

“ Bukan dia tapi Hanis. Maksud awak?”

Aku tersentak. Tak sangka akak betul-betul cakap dekat Zain macam tu. Aku ketap bibirku kuat.

“ Tak tahu. Dah lupa. Saya nak masuk rumah. Bye.”

Baru aku nak bangun, dia sudah menghalang dengan berdiri tepat di hadapan aku. Tajam dia merenung aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience