BAB 8

Romance Completed 7003

“ Nak testing. Nak tengok reaksi awak dulu sebelum tengok reaksi dia.”

Kali ni aku terus rasa tak berdaya. Zain! Awak buat lagi saya merana!

“ Zain! Please! Saya bukan bahan uji kaji awak!”

Terus aku matikan telefon. Tak lupa juga aku buang bateri handpone dan masukkan semula ke dalam handbag. Bunga tadi pula dicampak ke dalam tong sampah tepi meja kerja aku. Puas!

Tapi. Betul ke kau puas? Arh! Kenapa boleh rasa macam ni? Nak nangis!

Tok! Tok!

Ketukan pintu membuatkan aku terus menarik senyum. Tak boleh bermasam muka dengan pekerja. Tapi bila terjengul muka Hakim iaitu abang kesayangan aku tu. Mati terus senyuman aku.

“ Abang masuk ye.”

Tak payah minta izin pun dia tetap dah masuk. Siap duduk depan mata aku lagi. Tak lupa sengihan dia tu.

“ Kenapa? Tak ada kerja ke kacau orang ni?”

Aku menjeling dia dengan rasa ragu-ragu. Mesti ada apa-apa ni.

“ Kenapa buat Zain macam tu?”

See! Dah agak. Mengadu rupanya mamat tu.

“ Abang memang suka tengok adik abang menderita kan? Suka tengok adik abang ni kecewa kan? Kan?”

Abang tersenyum kecil. Tanganku digenggamnya erat.

“ Mestilah tak. Tapi abang lagi tak sanggup tengok adik abang ni menahan perasaan. Pendam.”

“ Habis abang nak adik buat apa lagi? Sudah-sudahlah tu bang. Adik dah penat. Adik dah redha yang Zain tu memang bukan untuk adik.”

Aku melepaskan genggaman. Aku mula mencapai dokumen-dokumen kerja dan mula meneliti. Tapi aku langsung tak boleh fokus. Asyik terfikirkan Zain. Arh! Kacau!

“ Adik tak pelik ke? Kalau betul dia dah ada cinta hati kenapa dia still kacau adik?”

Aku pandang abang dengan perasaan kosong.

“ Sebab dia nak jadikan adik ni bahan uji kaji dia je. Faham? Dah keluar.” Halauku tanpa perasaan.

“ Sebab dia memang sayangkan adik abang ni.”

Aku mencebik. Yela tu. Abang dengan Zain sama je. Annoying! Huh!

**
Hanis. Awak kena tolong saya sekali lagi. Please. Kakak saya nak jumpa kita berdua. Tolong jadi kekasih saya balik. – Zain

Sebab message kasihan dia tu la kini aku berdiri di sebelah dia. Aku hanya mampu tahan perasaan. Kenapa mesti aku? Cinta hati dia tu kan ada. Kenapa tak bawa je dia. yang aku ni pun satu. Kenapa mudah sangat terima perlawaan dia tu?

Sebab kau masih sayangkan dia Hanis.

Tak. Aku Cuma kasihan.

Jangan ego Hanis.

Aku mengerling Zain. Aku ego ke? Yala tu. Tapi demi kebaikan aku. Takkan la aku sanggup lukakan hati aku sendiri.

“ Hanis.”

Aku tersedar daripada lamunan saat ditegur. Aku hadiahkan senyuman kecil buat kakak Zain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience