BAB 7

Romance Completed 7003

Abang tengok aku tak puas hati. Kenapa?

“ Abang tak suka bila adik cakap macam tu. Mana adik abang yang dulu? Yang tak mudah give up. Yang selalu berjuang demi sesuatu benda. Mana?”

“ Adik abang yang tu dah lama mati. Semuanya sebab Zain juga abang. Dahlah bang. Adik nak balik. Maybe itu pilihan dia.”

Aku bangun berdiri. Tak tahan lama-lama duduk sini.

“ Hanis? Nak ke mana?” Dia perasan pula. Abang aku dah lama berlalu. Maybe nak beri ruang.

“ Nak balik.” Jawabku acuh tak acuh.

“ Awal lagi. Jom lah main dulu.”

Aku tersenyum sinis. Kalaulah dia tahu apa aku sedang rasakan sekarang.

“ Tak nak. Pergilah main. Saya nak balik. Dan jangan cari saya lagi.”

Aku tahan diri daripada menitiskan air mata. Aku siap ukirkan senyuman lagi di depan Zain. Berlagak kuat. Tengok renungan dia tu memang mampu menggetarkan jantung aku. Tapi aku kena kuat.

“ Pilihanlah orang yang awak cintai. Lepas ni kita dah tak ada apa-apa hubungan. Rasanya lakonan saya pun tamat setakat ini Zain.”

Melihatkan Zain asyik mendiamkan diri. Aku ambil keputusan untuk pergi.

“ Ya. Dia memang cintakan saya.”

Pedih! Perit! Tapi bibir aku masih menarik senyuman. Aku berjaya membelakangi dia.

“ Semoga berbahagia. Selamat tinggal Zain.”

Zain. Bukan dia tapi aku Zain. Aku yang cintakan kau. Aku pun sama. Ya Allah! Kuatkan aku.

**
Rutin harianku berjalan seperti sebelum ni. Biasa-biasa saja. Sampailah ke hari ni. Hari ni lain macam sikit bila masuk je ke pejabat, ada sekuntum bunga atas meja aku. Dengan tanda tanya aku membelek bunga tersebut. Ada kad kecil.

Selamat pagi kekasihku – Zain

Aku mengeluh kecil. Dia nak apa lagi? Kenapa dia buat aku macam ni? Ingatkan bila aku cakap macam tu tempoh hari dia akan betul-betul stop cari aku. Yala dah tiga hari berlalu tanpa khabar berita daripada dia. Aku ingat dah selesailah. Tapi hari ni? Oh tidak!

Tiba-tiba telefon bimbit aku pula berbunyi. Dengan perasaan malas aku menjawab panggilan tersebut.

“ Helo.”

“ Dah dapat bunga tu?”

Daripada aku tunduk tengok bunga terus berdiri tegak. Zain!

“ Nak apa lagi ni? Saya rasa awak silap alamat ni. Sepatutnya bukan saya tapi cinta hati awak kena terima ni. Remember yang kita dah tak ada apa-apa hubungan. Even berlakon sekalipun.” Aku bertegas. Aku dah malas berlembut. Nanti aku juga yang cair. Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience