BAB 1

Romance Completed 7003

KRINNGGGGGGGGG!

Haishhhhh… Rengusan geram ku lepaskan tanda protes pada panggilan telefon yang mengganggu ku ketika ini. Siapalah manusia yang sibuk menelefon di kala dirinya sedang dihujani dengan tugas yang banyak.Mahu atau tidak, suka atau pun tidak dengan kasarnya aku terus ambil telefon dan jawab panggilan tanpa melihat nama di skrin.

“ Helo! Siapa ni? Nak Apa? Kalau takde apa nak cakap boleh letak terima kasih!”

Dengan terkial-kial aku membelek dokumen-dokumen di depan mata aku dengan teliti. Satu persatu sampai selesai dan akhirnya aku menurunkan tanda tangan.

“ Amboi! Garangnya!”

Tapi kerjaku terhenti sebaik mendengar suara itu. Eh! Macam aku kenal je suara ni. Aku tengok sekali lagi nama di skrin. Tak save pun number ni. Siapa?

“ Sapa ni?” Soalku ingin tahu. Pen yang aku pegang tadi pun terus diletakkan atas meja semula.

“ Sampai hati awak sanggup lupakan saya erk?”

Aku merengus geram. Nak main tarik tali pula dia ni.

“ Eh helo! Saya tengah sibuk dan tak ada masa nak layan permainan awak. kalau tak nak cakap saya letak.” Ugutku kasar. Ada hati nak main dengan aku. aku dah lah tengah sibuk.

Tiba-tiba terdengar suara orang ketawa di corong telefon. Sah dia tengah gelak dekat aku.

“ Rileks la sis. Garangnya. Saya lah. Ruzaini. Dah lupa ke?”

Aku tersentak. Ruzaini?

“ Dah lupa ke? Kawan sekolah awak dulu.”

Aku mula tersenyum tapi sangat hambar. Oh. Zain.

“ Ha. Nak apa? Dari mana dapat nombor saya ni?”

“ Adalah. Boleh saya jumpa awak?”

Aku tersenyum sinis.

“ Jumpa? Motif? Sorry. Tak ada masa. Saya busy. Bye.”

Terus aku meletakkan panggilan dengan rasa yang tak dapat ditafsirkan. Wajah diraup perlahan. Sampai terhambur juga keluhan kecil daripada mulut aku. Perkara yang aku tak nak berlaku akhirnya akan berlaku juga. Apa perlu aku buat?

Kenapa aku jadi macam ni bila dengar nama Ruzaini? Yala. Dulu aku pernah ada kisah dengan dia. Kisah yang rasa sangat tidak baik. Sampai aku simpan perasaan dekat dia. Tapi itu kisah lama. Sekarang? Dah tak ada. Dan tak harap langsung perkara macam ni akan terjadi. Kenapa mesti dia muncul balik?

“ Arh! Kusut!”

**
‘ Alia. Tolong aku. ‘ – Hanis.

‘ Asal ni beb? Jap aku call kau.’ – Intan

Belum sempat aku nak balas whastupp dia. Terus telefon bimbit aku berbunyi. Dengan pantas aku jawab panggilan Intan.

“ Beb. kau okay ke ni? ada problem?”

Tak sempat nak bagi salam terus kena sergah. Intan. Intan.

“ Assalamualaikum Intan payungku yang tersayang.” Perliku.

“ Hehe. Waalaikumussalam.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience