BAB 7

Family Completed 14625

Sebaik sahaja Bella mahu memasuki kawasan perumahannya. Dia ternampak dua orang wanita sedang memerhatinya dari jauh. Bella hanya diam, jalan menunduk dan cuba melintasi depan mereka.

“Itulah anak Rohani dan Badrul yang mengandung tu. Sekolah lagi sudah pandai bercinta sampai mengandung.”

“Oh, yeka? Berapa bulan tu?? Kenapa tak dinikahkan sahaja?”

“Nak nikahkan macam mana, lelaki yang buntingkan dia tu dah cabut. Kesiankan.”

“Budak-budak sekarang. Percaya lelaki sangat. Padahan laki tu just nak main-mainkan dia saja.”

“Tahu tak apa. Dengar cerita lagi. Dia pernah gugurkan kandungan dia yang lalu, pastu buang macam tu je. Pastu mengandung lagi. Entah-entah nak buang bayi itu lagi.”

“Ya ALLAH. Macam-macam. Dunia nak kiamat agaknya. Sana sini buang anak. Kita yang dah kawin, tapi tak dapat anak, sibuk nak anak. Dia buang macam tu aje.”

“Tu lah, kesian bayi yang tak berdosa tu. Belum sempat tengok dunia dah kena bunuh. Kejam sungguh!”

“Ehh, Bella nak sampai sinilah, jum pergi.” Kata wanita berbaju kebaya merah itu sambil mengipas-ngipas kipas kecilnya dengan angkuh.

Dua wanita yang agak berumur itu pergi meninggalkan Bella apabila Bella mahu berjalan di hadapan mereka. Air mata Bella tak henti menitis terdengar bualan mereka. Terasa dirinya diperbodoh, dipermain, dan disendakan.

Pada malam itu. Bayi itu menangis lagi. Bella sudah tidak dapat tahan dengan gangguan itu. Tiap-tiap malam suara bayi itu akan datang, dan dia akan mendapat mimpi yang sama berulang kali. Sama ada dikejar, dicekek, atau diserang bayinya sendiri. Dia sendiri ketakutan hendak tidur.

Sejak dari itu, Bella tidak pernah berhenti dari membanjiri pipinya. Matanya sudah bengkak dan hitam akibat menangis terlalu lama. Pelajaranya juga terganggu.

Bella bagai orang kurang siuman, sering murung, bersendirian dan menangis tanpa henti terutama sebelah malam. Kadang kala dia bagai dirasuk menjerit-jerit supaya bayi itu pergi meninggalkan dia.

Disebabkan keluarganya terlalu malu dengan perut Bella yang makin membesar, bapanya mengambil keputusan untuk mengurung Bella dibiliknya. Semua itu menambahkan lagi tekanan Bella. Terasa diri tidak diperlukan lagi.

Lalu Bella mengambil keputusan diluar daya pemikirannya. Dia membuka setiap cermin tingkapnya yang tidak berpagar. Satu persatu. Membaling cermin itu begitu sahaja diatas lantai sehingga berderai. Bella telah meninggalkan sekeping surat buat bonda tercintanya. Lantas dia melompat keluar daripada tingkap yang telah dibukanya.

Tubuh kecil Bella tersadai dibawah rumah flatnya yang setinggi 6 tingkat itu dengan dasyat sekali. Matanya terbeliak keluar. Darah tak henti-henti mengalir dari kepala, hidung, mata dan telinganya, malah kandungannya turut hancur akibat hentakkan yang kuat itu.

MAK,

Maafkan Bella kerana terlalu mengikut perasaan dan nafsu sampai Bella terlupa pada jasa mak yang dah besar dan didik Bella. Bella tak kuat untuk melawan hasutan syaitan. Bella tak cukup tabah dengan dugaan yang datang. Bella rasa diri Bella tiadagunanya lagi. Bella buat semua ini, kerana Bella cintakan dia, mak. Bella tak ada niat pun nak buat mak malu dengan kawan-kawan mak. Apatah lagi ayah. Bella sayangkan mak dan ayah sangat-sangat. Cuma dengan cara ini saja dapat menebus kesilapan yang telah Bella buat. Maafkan Bellaa…

Anakmu,

Nur Syabella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience