BAB 5

Family Completed 14625

Selang beberapa hari, dirumah Bella.

‘Pannnggg!!’

Satu penampar hinggap dipipi Bella sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Bella tersunggkur bersama beg sekolahnya.

“Bawa sial punya anak!! Berani kau menconteng arang kat muka kami!! Anak jenis apa kau ni? Dasar anak tak mengenang jasa!!” Suara ayah Bella tersambar-sambar keluar. Bella terpaku, memegang pipi menahan sakitnya.

“Kau memang tak patut lahir dalam dunia ni! Menyusahkan mak bapak!!”

“Sudah abang! Jangan pukul dia!” Ibu Bella menghalang suaminya daripada memijak-mijak anak gadisnya itu. Bella menangis-nangis meminta keampunan. Dipeluknya kaki ayahnya itu. Tetapi diterajang kuat.

Pipi Bella tidak henti-henti ditampar bapanya. Suasana rumah itu sungguh bising dek amarah seorang bapa. Ibu Bella cuba sedaya menghalang. Tetapi kekuatan lelaki tidak dapat ditandingi dengan kekuatan wanita.

“Kau bawa jumpa lelaki yang buntingkan kau! Suruh dia bertanggugjawab!!”

“Maafkan Bella, ayah! Bella janji Bella tak buat lagi, Bella insaf! Maafkan Bella. Mak! Mak! Ampunkan Bella. Bella berdosa pada mak! Bella mintak maaf! Bella minta maaf, mak! Maafkan Bella!!” Terjerit-jerit suara Bella meminta ampun, terasa dirinya begitu tepu dek dosa.

“Sudahlah, nak. Nasi sudah menjadi bubur. Maafkan Bella, bang. Kesian anak kita.”

“Kalau bukan sebab mak kau! Sudah lama aku menghalau kau dari sini!!”

Ibu Bella terdiam, hanya mengalirkan air matanya. Hati ibu mana yang tak terguris melihat anak gadisnya yang masih mentah mengandung anak luar nikah. Hati ibu mana yang tidak terluka anaknya ketelanjuran. Ikut kata hati, mahu sahaja ibunya membuang dan tidak mengaku Bella itu anaknya.

Tetapi kasih ibu tak terbatas. Walaupun luka dihati jelas terpampang diraut wajahnya, dia tetap menerima Bella. Segala itu membuatkan Bella bertambah rasa berdosa membuat mutiara paling berharga mengalir di pipi ibunya.

Malam itu.

Mata Bella kemerahan, bengkak. Dia memegang perutnya. Dirinya lesu, pipinya bengkak ditampar tangan kasar itu. Badan-badannya kesakitan. Bella menangis teresak-esak mengenang nasibnya. Itulah akibat daripada terlalu mengikut nafsu dan kemaruk bercinta.

Dalam kegelapan biliknya dia bagai terdengar tangisan bayi. Bella mulai resah. Dia menutup telinganya, tetapi tangisan itu semakin dekat. Bella tak henti-henti menangis. Sehinggalah dia terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience