BAB 2

Family Completed 14625

Pagi itu, Bella tersedar dari lena, badan-badanya sakit. Loya, dia berlari ke kamar air, memuntahkan sisa semalam. Anak tekaknya terasa pedih, dia memegang perutnya. Dia mula tersentak. ‘Jangan-jangan ada isi di dalam ini.’ Cetus hatinya. Petang itu juga dia ke farmasi, menebalkan muka membeli alat uji kehamilan.

“Beli untuk siapa?” Jurujual itu menyoal. Bella tersentak, dia tahu, usianya begitu muda untuk membeli benda itu.

“Kakak.” Jawap Bella sepatah.

Setelah mendapat alat itu, dia bergegas pulang ke rumah, membaca cara-cara mengunanya dan menguji. ‘Positif.’ Kata hati Bella. Alat uji kehamilan itu terjatuh. Dia hamil. Dia cuba ingat hari dia terlanjur.

“Hampir dua bulan. Ya Allah, apa aku dah buat.”

Bermacam cara Bella sudah cuba, nanas, semuanya. Hasil ujiannya tetap positif.

Keesokkannya dia berjumpa Redzuan di tempat biasa.

“I mengandung”

“What?!!” Redzuan tersentak.

“Macam mana boleh..?? You main dengan siapa??!!” Marah Redzuan. Menengking.

“Dengan you je la, sumpah! I tak ada main dengan lelaki lain.”

“Aduuhh.!! Kau memang tak pandai jaga kan, kan aku dah suruh makan pil tu, kau makan tak??!!”

“Dah, I da makan, semua I dah makan, nanas pun I dah makan, still positif juga.”

Bella mengalirkan air matanya.

“Habis, berapa bulan da tu?!”

“I tak tahu. Tak kan I nak pergi klinik, I baru form four,you lupa ke??”

“Aduhh, menyusahkan aku la kau ni. Dah, kau pergi balik. Esok lepas sekolah, aku ambil kau macam biasa.” Bella hanya menangguk. Redzuan menghidupkan motosikalnya dan menunggang dengan laju.

Dan keesokkannya, seperti yang dijanjikan, Redzuan mengambil Bella di tempat mereka selalu jumpa, Redzuan memberi topi keledar kepada Bella.

“Kita nak pergi mana?” Soal Bella tanpa mengambil topi keledar itu..

“Ikut aje la, jangan banyak soal.”

“Apa kata you masuk minang I? Kita kawin. Kalau family I bantah, kita kawin lari.” Terang Bella. Redzuan hanya diam. Amarah diwajahnya jelas terpampang. Bella dapat mengagak yang kekasihnya itu tidak mahu bayi itu.

“You… tak nak anak ni ke? Ni anak kita. Darah you juga.” Kening Bella mula berkedut. Matanya sayu.

“Kita kawin ye, sayang. Kitt..”

‘Paaanggg’

Redzuan memaling topi keledar itu di pipi jalan. Suasana menjadi tegang. Bella menutup telinganya kerana terkejut. Semua kata-katanya terputus.

“Kau jangan banyak bunyi boleh tak? Kau tahu tak umur kau berapa? Apa orang kata nanti kalau tiba-tiba kita kawin?! Kau nak tanggung malu?!!”

“I tak kira, I .. I sayang kan you.”

“Sudahhlahh!!!” Jeritan Redzuan kuat kedengaran. Keegoan jantannya tercabar. Bella tersentak.

“Pergi ambil helmet tu, ikut aja aku!” Anak mata Bella menitiskan mata, dalam diam, dia membonceng di belakang Redzuan. Redzuan hanya memecut laju tanpa perdulikan perasaan gadis muda itu. Di dalam kelajuan motosikal itu, Bella memeluk erat tubuh Redzuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience