BAB 4

Family Completed 14625

Keesokkan harinya, Bella ke rumah bujang Redzuan. Memujuk lelaki itu. Redzuan mempelawa Bella memasuki rumah itu, tapi Bella membantah kerana ada tiga orang rakan rumah Redzuan.

“I minta maaf, I tak patut lawan cakap you. I cintakan you.”

“Apa yang you tau pasal cinta? Apa yang I minta semua you tak mahu bagi, cinta apa itu?”

“I sanggup buat apa sahaja untuk you. Asalkan you kembali kepangkuan I.”

Redzuan memandang rakan rumahnya. Rakan-rakannya tersenyum nakal.

“You ‘layan’ kawan-kawan I.”

Bella tersentak. Tetapi, kerana cinta, dia akur. Menyerah diri pada rakan rumah teman lelakinya untuk membuktikan cintanya pada kaum adam itu.

Tetapi kuasa ALLAH, tiada tandingannya apabila dia disahkan mengandung lagi. Bella memberitahu Redzuan perkara itu, dan menyuruh supaya bertanggungjawap, tetapi lelaki itu bantah bulat-bulat mengatakan bayi itu bukan benihnya.

Bella menangis tidak berlagu, bayi itu juga terpaksa dibuang jugakah untuk mengelak daripada ditanggung malu??

Bella bagai hilang akal, tiap malam, kemana sahaja dia akan terbayang bayi yang dibuangnya dahulu, terbayang tangisan itu datang, dan datang lagi.

Kelakuan Bella makin lama, semakin berubah. Sering murung dan tidak banyak bercakap seperti biasa. Semua yang berlaku akan diceritakan pada sahabat baiknya, Laila. Sebagai seorang sahabat, semestinya akan diceramah dan dinasihat supaya berubah.

“Kau patut ceritakan hal sebenar dekat family kau, tak kan kau nak gugurkan kandungan kau tu lagi, tahun depan kita nak ambil SPM. Kau suruh Redzuan bertanggungjawab.”

“Dia tak mahu, dia suruh buang lagi, aku dah tak sanggup.” Bella tak dapat menahan sebaknya.

“Apa kata kau bagitahu family kau?”

“Aku tak mahu malukan mereka. Mesti dia orang buang aku punya. Aku dah kotor!”

Laila tidak tahu hendak buat apa lagi. Dia turut bersedih atas padah yang menimpa diri sahabatnya akibat ketelanjuran itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience