BAB 1

Family Completed 14625

“Bella, budak laki tu pandang-pandang kau la, aku rasa dia nak kenal dengan kau la,bell.” Rakan kelasnya mengusik. Bella hanya tersenyum. Bella terus berjalan, mahu segera pulang ke rumah dari sekolah. Sudah beberapa kali lelaki itu duduk di perhentian bas hadapan sekolahnya. Hanya memandangnya dari jauh.

Sehinggalah, lelaki itu memberanikan diri untuk bersahabat dengan Bella. Mereka berkenalan tak sampai sebulan, terus lelaki bernama Redzuan itu mempelawa Bella untuk menjadi teman istimewanya.

Segalanya indah bak diawangan sehinggalah, suatu hari, Redzuan mengajak Bella ke rumah bujangnya, dengan alasan mahu mengambil barang yang tertinggal, berulang kali Bella menolak dengan hanya menunggu diluar, kuatir orang lain pandang, tidak manis jika anak dara memasuki rumah lelaki bujang malam buta begitu.

Tetapi, sekeras mana pun kerak nasi itu, tetap lembut disimpah air. Bella akur, menunggunya diruang tamu. Rakan-rakan Redzuan tiada, hanya mereka berdua disitu.

Redzuan menerkam Bella dari belakang, mengucup leher gadis mentah itu. Bella menjerit manja. Apabila dua insan berdua-duaan, pasti ada yang ketiga, yang menghasut, menyesatkan anak adam. Mereka bercumbuan. Sampai ke satu tahap, Redzuan mahu lebih dari itu, Bella menegas. Mempertahankan mahkotanya.

“Kalau benar, you cintakan I, you sanggup buat apa sahaja untuk I. Bukankah begitu,sayangku??” Redzuan memandang dalam anak mata Bella.

“I tak biasa la, I tak pernah.”

“Tak apa, I boleh ajar you. Atau you memang tak sayangkan I?”

“I tak sanggup kehilangan you, diri I, milik you selamanya.” Dia membiarkan Redzuan membuka pakaiannya. Malam itu menjadi saksi cinta nafsu mereka. Sang syaitan pula berpesta kegembiraan.

Dan pada hari seterusnya, Redzuan mengajak dia ke rumahnya lagi, meminta benda yang serupa. Bella hanya mengikut tanpa paksaan. Demi cinta, Bella sanggup menyerahkan kesucian dirinya pada lelaki yang tiada ikatan sah.

Demi cinta, dia buta menilai yang baik dan yang buruk. Demi cinta juga, dia terlena dibuai hawa nafsu. Dan demi cinta, dia menghalalkan yang haram. Mengabaikan keraguan demi lelaki yang dia cintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience