BAB 3

Family Completed 14625

Perasaan cintanya makin menebal, dan rasa kehilangan Redzuan semakin menghantui dirinya. Dia tidak mahu kehilangan jejaka itu didalam hidupnya. Redzuan bagai nyawanya sekarang. Tanpa Redzuan, dia tidak akan dapat teruskan kehidupannya.

Setelah sampai, Bella diarahkan turun. Kawasan sekelilingnya agak samar. Terdapat rumah kedai banyak disitu, ada yang sudah tutup, tak kurang juga yang rosak, dan terbiar, tetapi disudut kedai-kedai itu terdapat klinik yang terbuka. Mereka masuk kedalam. Bella hanya mendiamkan diri. Takut ditengking lagi.

“Doc ada tak?” Redzuan bertanya di kaunter klinik itu.

“Dah buat appointment?”

“Dah.”

“Kejap.”

Hati Bella berdebar. Seminit kemudian, jururawat itu menyuruh masuk kedalam, untuk urusan lain.

“Ya? Boleh saya bantu?” Doctor itu menyoal.

“Check up dia.”

Doctor itu mengarahkan supaya baring di katil pesakit itu, setelah diperiksa. Doctor mengesahkan Bella hamil 2 bulan.

“Kasi buang.”

Bella tercenggang. Memandang wajah Redzuan dangan sayu.

“Apa you buat? You dah gila ke? Baby ni tak bersalah, berdosa la, I tak mahu!” Bella menarik diri Redzuan. Berbisik. Kuatir Doktor itu kedengaran.

“Kita berdua dah memang berdosa ok, jangan cakap soal dosa,kalau diri sendiri dah buncit!!”

“Tapi I mahu baby ni!” Tegas Bella.

“Mana you nak? I ke bayi tu? Kalau you nak bayi tu, kita putus! I tak mahu jadi bapak bayi tu, ok! I tak ready lagi!” Bella terkedu. Bella mengalirkan air matanya lagi.

“Look, hunny. Bila I dah betul-betul ready, I akan masuk minang you. Tapi bukan sekarang. Ok?” Redzuan memeluk erat Bella. Menenangkan hati gadis itu.

“Doc, I dah ready.” Kata Bella ringkas. Redzuan diarahkan tunggu diluar.

Proses membuang janin itu mengambil masa yang agak lama. Hampir terlena Redzuan menunggu.

Bella tidak rasa kesakitan yang teramat pada kemaluannya akibat bius yang disuntik Doktor itu. Tetapi setelah ubat bius itu hilang, Bella tidak dapat menahan sehingga terpaksa berpaut pada Redzuan untuk berjalan.

Dan setiap kali Bella merenggek kesakitan, setiap kali itu lah dia akan ditengking. Dia bagai tidak mengenali teman lelakinya itu lagi, panas baran lelaki itu makin lama semakin terserlah. Hati Bella benar-benar terguris.

Setelah beberapa minggu berlalu, Bella sangka Redzuan tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. Tapi ternyata sangkaannya tercundang. Bella cuba mempertahankan diri, kuatir terisi lagi. Tetapi Redzuan tetap memujuk, pelbagai janji ditaburkan, pelbagai kata-kata manis yang disimbah.

“Tak mahu, nanti I termenandung lagi.”

“Please sayang, I tak tahan, dah lama I tak minta kan, kali ini sahaja.”

“Tak mahu.” Bella tetap mengeras.

‘Pannnggg’

Satu tamparan hinggap di pipi gebu Bella.

“Kau awek aku, kau ikut je cakap aku tak boleh ke? Memang perempuan sundal kau ni, kan!!” Tengking Redzuan.

“Sudah! Kita putus!!”

Tanpa banyak bicara lagi, Redzuan menunggang motorsikalnya. Meninggalkan Bella seorang diri di taman itu. Bella tidak terkata apa-apa lagi, pipinya mula memerah memakan tamparan lelaki itu, air matanya tak henti mengalir, penyesalan dihatinya semakin menebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience