BAB 6

Family Completed 14625

Dalam kegelapan itu, Bella bagai tercari-cari sesuatu. Resah. Dia bagai kehilangan. Dia cuba mencari. Tetapi tidak pasti apa yang dicarinya. Dia sendiri binggung.

Tiba-tiba dia ternampak sebuah rumah sampah disitu, bunyi tangisan bayi itu semakin lama semakin kuat dari rumah sampah itu. Dia pun ke sana, melihat bayi siapa yang menangis. Sebaik sahaja ternampak bayi itu, dia segera mengambil dan mendodoi bayi itu supaya berhenti menangis.

“Mama jahat!! Mama buang baby!! Kenapa mama buang baby??!! Apa dosa baby pada mama!!” Tiba-tiba bayi itu bersuara. Bella memaling bayi itu. Bayi itu dengan sendirinya merangkak dan menyerang Bella. Bella terasa sakit dicekek bayi itu.

“Toolonng!! Maafkan mama!! Maafkan mama!!”

Bella terbangun, dia menarik nafas panjang kerana tidak dapat bernafas. Peluh didahinya tak henti-henti mengalir. Dia mengucap panjang. Itu hanya mimpi. Itu hanya mimpi. Cetus hatinya. Jam tepat menunjukkan pukul 3 pagi.

Dia mengeluh. Dia kembali baring. Matanya tidak dapat lelap. Terbayang segala imbasan Redzuan memaling janinnya di rumah sampah itu. Mengugurkan anak hasil hubungan haram itu. Semuanya kembali menghantui.

“Apa yang harusku lakukan untuk menebus segala dosaku??!!”

“Adakah ALLAH akan mengampunkan dosa zinaku dan membunuh bayi yang tidak berdosa itu??”

Tangisan itu datang lagi. Apa yang harus aku lakukan lagi?? Bella jadi tak keluan. Bayi itu bagai memanggil-manggil nama Bella. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan lagi. Semua jiran tetangganya dengan pantas mendapat tahu yang Bella mengandung anak luar nikah.

Sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi, Bella lantas mengajak rakan karibnya, Laila pulang.

“Kenapa kau buat aku macam ni?” Bella mula menyoal dengan tenang.

“Buat apa?” Laila tak mengerti apa yang dimaksudkan Bella.

“Pengkianat!” Bella bagai disampuk terus menjerit. Mereka terhenti di tepi jalan.

“Kenapa kau ni? Siapa kianat kau?”

‘Paaaanngg!!’ Belum sempat Laila ketahui sebabnya, satu tamparan singgah di pipinya. Laila menahan sakit dengan memegang pipinya.

“Kenapa kau ni, Bell??!!”

“Aku ingat kau sahabat baik aku!! Tak sangka kau sanggup bongkarkan rahsia aku?! Sahabat jenis apa kau ni?!” Air jernih Bella mula membasahi pipinya, begitu juga Laila.

“Aku bagitahu keluarga kau untuk kebaikkan kau juga.”

“Kebaikan apa??!! Kau tahu tak apa dia orang buat dekat aku??! Kau tahu tak??!!” Air jernih Bella terus deras mengalir.

“Maafkan aku, Bell. Aku menyesal.”

“Dah terlambat!!!” Teriak Bella. Bella berlalu tanpa perdulikan Laila.

“Aku buat untuk kebaikkan kau. Kau sahabat aku!” Laila menarik tangan Bella dari belakang. Bella terhenti. Dia cuba menahan tangisannya.

“Mulai hari ini, kau dan aku, putus sahabat. Buat selama-lamanya!!!” Bella menyentap tangan Laila.

“Bella!!” Jerit Laila. Sedikit pun tidak dihiraukan Bella, dia mengesat air matanya dan berlari meninggalkan Laila. Laila menangis teresak. Dia tak menyangka perbuatannya disalah anggap oleh kawan karibnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience