Bab 2

Mystery & Detective Completed 9508

BAB 2

*tut tut*

Handphone ku berdering menandakan ada mesej masuk.

"Huh! Siapa pula yang text aku ni. Ganggu betul orang nak study." Aku membebel seorang diri. Tanganku menyentuh skrin telefon untuk membuka mesej. Diana rupanya yang menghantar mesej kepadaku.

Yang mana satu pilihan anda?

A. Gergaji

B. Pisau lipat

C. Gunting

D. Mesin pengisar

Sila jawab dalam masa 10 minit selepas anda membaca mesej ini.

"Membazir masa aku je baca mesej ni." Aku kembali meletakkan telefon di atas meja dan sambung mengulangkaji pelajaran.

5 minit berlalu. Perasaanku bercelaru. Semua gara gara mesej yang misteri itu. Aku mengambil telefon dan membaca mesej itu sekali lagi.

"Apa salahnya kalau aku reply. Mungkin dia saja nak gurau ngan aku kot." Aku bermonolog di dalam hati. Aku membalas mesej itu.

D.

Selepas mebalas mesej itu, barulah hatiku berasa tenang. Belum sempat aku mencapai pen, sekali lagi telefonku berbunyi. Mesej daripada nombor yang sama.

Tahniah. Anda telah memilih jalan yang paling cepat untuk mati. Sila tunggu giliran anda.

Aku mengeleng kepala membaca mesej yang mengarut itu. Aku mengabaikannya dan mula mengulangkaji pelajaran.

Jam menunjukkan pukul 2:48am. Namun mataku belum menunjukkan tanda tanda mengantuk. Tiba tiba aku tercium bau yang sangat wangi sehingga membuatkan hidungku terasa sakit.

Kepala ku terasa berdenyut denyut, jadi aku memutuskan untuk tidur. Selepas sahaja berbaring di atas tilam, aku terlelap.

Aku tersedar dari lena apabila terasa seperti ada cahaya terang yang menyuluh mukaku. Apabila aku membuka mata, aku berasa hairan melihat persekitaran yang tidak sama dengan bilik tidurku.

Aku memerhati sekeliling. Rupa rupanya aku berada di dalam sebuah mesin pengisar gergasi. Aku menjerit untuk menyelamatkan diri dengan harapan agar ada yang mendengar jeritanku.

Tiba tiba aku terdengar suara orang berkata. "Ouh sudah bangun rupanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi menyertai permainan ini. Sekarang giliran anda sudah tiba. Anda diminta bersedia." Itu suara Diana. Ya, aku kenal suara dia.

Selesai sahaja dia berkata. "Tik." Kedengaran seperti suis dibuka. Mesin pengisar dihidupkan. Aku menjerit. Tetapi bunyi mesin pengisar mengenggelamkan suaraku.

Kebiasaannya, aku mengisar buah buahan, tapi kali ini diriku sendiri yang dikisar. Darah memercik memenuhi mesin pengisar. Sekejap sekejap ia berhenti. Tidak sampai 5 minit, tubuhku hancur. Darah memenuhi ruang di dalam mesin pengisar itu.

Benar katanya, ini merupakan cara paling cepat untuk mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience