Bab 6

Mystery Completed 9550

BAB 6

Aini.

Aku melihat Aina. Dia sudah tertidur rupanya. Jam menunjukkan pukul 11:45pm. Aku keluar dari bilik kerana hendak mencari Farah dan Damia. Dari tadi tidak muncul muncul. Entah entah mereka tertidur di bilik rakan mereka yang lain.

Aku cuba bertanya kepada sesiapa sahaja yang aku jumpa tentang Farah dan Damia. Namun tiada sesiapa yang ternampak mereka. Mustahil. Kemana pula mereka pergi. Hilang tanpa khabar berita. Entah kenapa, perasaan risau mula bersarang di dalam hati.

Tiba tiba Mira datang dan berkata. "Kak Aini. Cari Kak Farah ngan Kak Damia ke? Saya tahu mana diorang. Jom ikut saya." Mira terus menarik aku mengikutinya. Aku terpinga pinga. Bagaimana dia mengetahui bahawa aku sedang mencari Damia dan Farah? Mungkin dia terdengar aku bertanya orang lain agaknya.

Aku mengikuti langkah Mira. Dia mengajak aku naik ke blok B, tingkat dua yang menempatkan pelajar tingkatan empat. Dia menunjukkan sebuah bilik kepadaku. "Kak Farah ngan Kak Mia ada di dalam bilik 00-17." Aku hairan kerana setahu aku mereka berdua tidak rapat dengan junior.

Aku melangkah perlahan lahan untuk ke bilik itu. Aku berpaling ke belakang untuk mengajak Mira menemaniku. Namun, Mira sudah tiada. Cepat betul dia turun dari tangga. Tetapi tiada pula kedengaran sebarang bunyi tapak kaki.

Aku meneruskan langkah untuk ke bilik itu. Dari luar aku melihat keadaan di dalam bilik sudah gelap. Benarlah tekaan ku sebentar tadi bahawa mereka berdua telah tidur di bilik lain.

Aku terasa ingin mematikan sahaja hasratku untuk mengejutkan mereka. Aku melangkah turun dari tangga. Tiba tiba aku mendapat panggilan telefon dari Damia. Apabila aku menjawab panggilannya, dia cuma senyap. Mengigau ke apa minah ni.

Aku mematikan panggilan itu kerana Damia tidak bercakap. Sambil melangkah menuruni tangga, aku membebel seorang diri kerana rancangan untuk menyoal siasat Mira terbatal begitu sahaja. Tiba tiba telefonku bergetar. Rupa rupanya ada mesej.

Jika anda diculik dan akan disiksa, manakah yang anda akan pilih.

A. Saya dibunuh.

B. Saya merasa.

Sila jawab dalam masa 10 minit selepas anda membaca mesej ini.

Nombor yang menghantar mesej itu tidak terdapat di dalam kenalanku. Aku menggaru kepala menjawab memikirkan soalan yang pelik bin ajaib ini. Siapa pula yang ingin bergurau denganku. Mungkin Mira yang ingin mengusikku.

Bila difikirkan tentang jawapan kepada oalan itu, sama sahaja nasib yang akan menimpa aku. Jika aku memilih untuk dibunuh, aku tetap merasakannya. Mungkin orang yang dibunuh itu akan mati tetapi yang merasa tidak akan mati. Memandangkan aku masih mahu hidup aku memilih B.

Selang beberapa saat selepas itu, mesej daripada nombor yang sama masuk.

Kembar anda akan dibunuh manakala anda akan merasakannya. Tetapi anda tetap akan mati.

Jantungku berdegup kencang apabila mendapat mesej itu. Tapi aku cuba berfikiran positif, mungkin itu hanya permainan semata mata. Aku meletakkan telefon di dalam poket. Selepas itu, aku baru tersedar bahawa aku masih melangkah di tangga yang sama. Aku berpusing ke belakang. Gelap. Sama seperti di depan.

Aku mula panik. Tiba tiba aku melihat seseorang sedang berjalan ke arah aku. Jaraknya semakin dekat dan aku dapat melihatnya semakin jelas. Rupa rupanya, dia bukan berjalan. Tetapi sedang merangkak. Aku cuba lari, tetapi aku tidak dapat melangkah. Kaki ku tidak dapar bergerak.

Dalam kesamaran, aku dapat melihat sepasang tangan sedang memegang kakiku. Makhluk yang sedang merangkak itu semakin mendekatiku. Aku dapat melihat dengan jelas kakinya melangkah melebihi kepalanya. Aku dapat mendengar dengan jelas bunyi tulang tulang patah. Mukanya tertutup dengan rambut yang panjang mengurai.

Tiba tiba dia mengangkat muka. Mukanya kosong. Aku menggeletar. Kakiku menjadi kebas, aku tahu aku boleh rebah bila bila masa sahaja. Tangan yang memegang kakiku sebentar tadi kini sudah tiada. Badanku hilang imbangan, aku jatuh tergolek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience