Bab 4

Mystery & Detective Completed 9508

BAB 4

Farah.

Sementara menunggu Mira menghantar mesej, aku mengajak Damia menemani ku ke tandas. Entah mengapa malam ini aku berada takut untuk ke tandas seorang diri. Mungkin teringatkan tentang Mira yang diceritakan Damia. Namun, Damia malas kerana dua hendak membaca novel. Begitu juga dengan Aina dan Aini.

Akhirnya, aku terpaksa memberanikan diri. Aku membawa telefonku bersama agar kurang rasa takutku. Senang aku melepaskan hajat, telefonku bergetar.

Rupa rupanya ada mesej masuk. Dari Mira agaknya.

Apakah perkara yang paling anda takuti?

Sila jawab dalam masa 10 minit selepas anda membaca mesej ini.

Aku tergelak kecil membaca mesej daripada nombor yang tidak dikenali itu. Soalan jenis apakah yang dia persoalkan. Mungkin ada sesiapa yang ingin bergurau denganku.

Aku membalas.

Saya paling takut kalau muka saya yang cantik menjadi hodoh. Satu lagi saya takut kalau saya mati dalam keadaan menakutkan contohnya badan dikerat kerat. Kenapa awak tanya saya soalan itu? Awak nak takutkan saya ea?

Tidak sampai dua saat aku menghantar, mesej berbalas.

Ya. Sila tunggu giliran anda.

Aku keluar dari tandas selepas baca mesej itu. Aku berhasrat ingin menunjukkan mesej itu kepada mereka yang lain. Sebelum keluar. Aku menuju ke sinki untuk membasuh tangan sekaligus mencuci muka dan menggosok gigi.

Semasa aku sedang membasuh tangan, aku terasa seperti mukaku dicucuk cucuk dengan sesuatu. Aku mengangkat muka dan alangkah terkejutnya apabila aku melihat wajahku dipenuhi dengan luka dan darah yang mengalir. Dalam ketakutan, aku segera membasuh muka. Aku yakin ini semua hanya mimpi.

Selepas membasuh, aku melihat sekali lagi ke dalam cermin. Darah sudah hilang. Namun, mukaku kelihatan amat hodoh sekali. Sebelah mataku terkeluar, lidahku terjelir sehingga ke leher dan kulitku dipenuhi dengan luka yang bernanah. Aku menangis melihat mukaku.

Aku segera teringat pada meseh yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali itu. Entah mengapa aku amat yakin bahawa dialah penyebab semua ini. Semasa aku sedang menangis, seorang pelajar masuk ke dalam tandas. Dia melihat mukaku tanpa perasaan takut dan berdiri di sebelahku.

Dia berkata. "Awak takut ke muka awak jadi macam tu?"

Aku terus menjawab dalam sedu sedan. "Mestilah dah macam hantu."

"Awak jangan risau. Saya pun macam awak jugak." Wajahnya telah bertukar, lebih kurang macam rupaku. Aku terjerit melihat rupanya.

Dia menyambung lagi. "Muka awak jadi macam hantu sebab tidak lama lagi awak akan jadi hantu." Kata perempuan itu sebelum lesap begitu sahaja.

Aku ingin menghantar mesej kepada nombor tadi. Jari jemariku terhenti apabila melihat mesej yang aku hantar kepadanya.

"mati dalam keadaan menakutkan contohnya badan dikerat kerat"

Perasaan takut mula bersarang di dalam hati. Aku menyesal kerana membalas mesej itu. Sekali lagi aku melihat ke cermin. Namun, wajahku yang menakutkan itu telah tiada. Aku berasa amat lega dan berlari menuju ke bilik.

Semasa aku sedang berlari, aku jatuh tersemban kerana ada sesuatu yang memegang kakiku. Mira. Namun, rupanya amat menakutkan. Tidak dapat aku jelaskan. Dia semakin mendekati mukaku dan akhirnya semua menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience