Bab 7

Mystery & Detective Completed 9508

BAB 7

Aina.

Aku terpinga pinga. Kini aku berada di sebuah tanah lapang, tiada sebarang cahaya mahupun cahaya bulan yang menemani diriku. Aku berjalan untuk mencari jalan keluar namun seperti kawasan lapang itu tiada penhgujungnya.

Dari kejauhan, aku dapat melihat ramai manusia berada di sekelilingku. Aku menjerit memanggil mereka untuk meminta pertolongan. Aku bersyukur kerana mereka mendengar jeritanku, ada juga yang dapat menolongku keluar dari sini. Apabila mereka melihat aku, mereka berlari ke arahku.

Nasib baik ada orang yang ingin menolongku. Namun apabila mereka semakin mendekati diriku, kini aku tahu bahawa makhluk yang dianggap manusia itu rupa rupanya bukan manusia. Rupa fizikal mereka langsung tidak menunjukkan bahawa mereka merupakan manusia.

Mereka perlahan lahan mendekati diriku. Aku hanya mampu menjerit dan menutup mata. Tidak lama selepas itu, aku merasakan bahawa keadaan di sekelilingku berubah. Aku membuka mata, rupa rupanya aku hanya bermimpi.

Jam yang menunjukkan pukul 1:24am dikerling, lampu bilik masih terpasang. Damia, Farah dan Aini tiada di dalam bilik. Aku terasa ingin membuang air, mungkin kerana terlalu takut melalui mimpi sebegitu.

Apabila aku masuk ke dalam bilik, keadaan di dalam bilik gelap. Setahu aku, aku tidak menutup lampu sebentar tadi. Mungkin ada sesiapa yang telah menutup lampu bilikku. Jadi aku hanya membiarkannya sahaja.

Aku berbaring di atas katil. Belum sempat aku terlena, telefonku bergetar menandakan ada mesej masuk. Aku membukanya.

Apa yang anda akan buat jika anda mempunyai gunting?

Sila jawab dalam masa 10 minit selepas anda membaca mesej ini.

Aku membaca mesej daripada nombor yang tidak dikenali itu dengan kehairanan. Mungkin dia tersilap menghantar mesej, jadi aku memberitahunya bahawa dia tersilap hantar. Tidak lama kemudian, sampai mesej baru daripada nombor itu. Mungkin ingin memohon maaf kerana tersilap hantar.

Aini.

Sila jawab dalam masa 9 minit selepas anda membaca mesej ini.

Tekaanku meleset. Permainan apakah ini? Bagaimana dia boleh mengetahui namaku. Atau mungkin dia merupakan orang yang aku kenali dan dia ingin bergurau denganku. Jadi, aku memutuskan untuk membalas sahaja.

Sudah tentu saya akan menggunting. Contohnya menggunting kertas atau mungkin saya boleh menggunting badan awak.

Aku tersengih seorang diri. Perasaan mengantukku sudah hilang. Memandangkan ada seseorang yang ingin bergurau denganku, jadi aku hanya melayannya sahaja. Selepas itu dia membalas.

Badan anda akan digunting. Sila tunggu giliran anda.

Aku cakap aku yang ingin memotong badannya, tapi mengapa dia membalas begitu. Aku mula rasa malas hendak melayannya. Aku memutuskan untuk melayan novel di .

Tiba tiba, aku terasa seperti kain selimutku bergerak gerak dan ditarik ke bawah. Aku mula rasa gementar. Sebelum ini aku pernah mendengar ada pelajar yang ditarik selimut oleh hantu. Tarikan itu semakin lama semakin kuat. Aku juga turut menarik selimutku. Tidak lama selepas itu, ia berhenti.

Aku memutuskan untuk keluar dari bilik. Sampai betul hati mereka meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik. Aku cuba untuk bangun, tetapi tidak berdaya. Seperti ada sesuatu yang dihempap ke atas badanku.

Tidak lama selepas itu, ada sesuatu yang masuk ke dalam selimutku. Seperti seseorang sedang merangkak. Namun demikian, aku tidak merasakan apa apa. Makhluk itu berhenti di bahagian perutku. Aku menguatkan diri untuk melihat benda yang berada di dalam selimut. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat perutku membesar seperti orang mengandung.

Kesakitan yang tidak terperi aku rasakan di bahagian perutku. Tiba tiba perutku merekah. Dari celah celah rekahan itu, muncul satu kepala. Aku kenal orang itu, Mira. Bagaimana dia boleh..

Aku tidak sedar apa yang telah berlaku selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience