Bab 8

Mystery & Detective Completed 9508

BAB 8

Sepasang mata sedang merenung ke arah mereka berempat yang sedang terkulai di atas tanah. Sepertinya ia tidak sabar sabar hendak melihat kemusnahan mereka berempat. Satu jeritan yang nyaring mampu untuk mengejutkan mereka semua. Darah mengalir laju dari dalam telinga. Mungkin kerana frekuensi jeritan yang terlalu tinggi itu telah memecahkan gegendang telinga mereka.

Mereka terpisat pisat membuka mata sambil menahan kesakitan yang bersarang. Mereka semua menangis, mungkin kerana sakit atau mungkin juga kerana takut. Damia yang sudah tidak dapat menahan amarahnya berkata. "Kau sape sebenarnya? Apa kau nak?" Ketiga yang lain terkejut mendengar kata kata Damia.

Dari dalam kegelapan, kedengaran satu suara berkata. "Kau kenal aku?" Dia masih belum memunculkan diri. Mungkin ingin mereka berempat mengetahui sendiri siapa dia.

Mereka sangat kenal akan suara itu. Suara dari junior mereka sendiri. Serentak mereka menjerit. "Mira." Entah dari mana mereka mendapat kekuatan untuk menjerit sekuat itu. Serentak dengan itu, guruh berdentum. Kilat yang sekali sekala terpancar menerangkan keadaan di sekeliling.

Walaupun keadaan di sekeliling mereka hanya terang sekejap sekejap, namun mereka dapat melihat dengan jelas keadaan di sekeliling. Kubur. Mereka berempat berpeluk kerana ketakutan. Suara yang tadinya bingit ketika petir sambung menyambung kembali sepi. Tidak ada terdengar suara orang perempuan dan suara kanak- kanak menangis.

Di dalam kegelapan, Mira berjalan mendekati mereka. Apabila semakin lama dipandang, wajahnya menjadi pucat, sebelah kulit mukanya terkopak dan menunjukkan tulang rahang yang dibaluti dengan darah kering. Matanya yang sebelah kiri tertonjol keluar manakala yang di sebelah kanan sudah tiada. Ruang matanya itu dihuni oleh seekor ular berwarna hitam.

"Aku dengar kau nak bertanya sesuatu pada aku. Betul tak?" Semasa dia berkata kata, ulat ulat kecil jatuh dari mulutnya. Apabila tidak mendengar sebarang jawapan daripada mereka, dia menjerit. "JAWAB!" Garau suaranya. Langkahnya semakin laju mendekati mereka.

Suara lolongan anjing terdengar sayup-sayup. Burung hantu terus menyanyi dengan semahu-mahunya. Angin bertiup dengan kencang. Pokok-pokok bergegar macam ada orang yang menggoyangkannya. Ada lembaga besar dan tinggi melintas di depan mereka dan hilang di dalam kepekatan malam.

Dengan terketar ketar, mereka mengiyakan kata kata Mira. Mira tersenyum menunjukkan taringnya yang tajam. Bila bila masa saja taring itu boleh menembusi kulit mereka. Dia memberhentikan langkah di atas sebuah kubur.

"Aku tahu korang sebenarnya nak kenakan aku. Kau nak tanya aku tentang Mira kan? Lepas tu kau nak takutkan aku." Dia berkata dengan suara yang garau. Selepas selesai bersuara, dia ketawa dan diselangi dengan tangisan yang mendayu dayu. " Ya. Aku Mira yang hilang. Ka nak takut kan aku? HAHAHA." Suara ilaiannya yang kuat menghentikan suara lolongan anjing dan burung burung hantu. Pokok pokok juga berhenti bergoyang.

Mereka mula menangis. Menyesal dengan rancangan jahat mereka sebelum ini. Jika bukan kerana rancangan mereka hendak menakut nakutkan Mira, sudah tentu keadaan tidak akan menjadi seperti ini.

Keadaan sekeliling yang tadinya merupakan sebuah kubur berubah menjadi sebuah bilik yang dipenuhi darah. Bau hanyir menusuk masuk ke dalam hidung mereka.

"Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana membalas mesej yang aku hantar. Tahniah, kerana anda semua sudi menyertai membalas mesej itu. Membalas mesej bermakna anda terlibat sama dengan permainan bunuh ini. Sekian." Mira tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience